Edited by seribulan at 12-3-2022 12:22 AM
Status COVID-19, 11 Mac 2022
Kes Sembuh = 24,444
Jumlah Kes Sembuh = 3,418,443
(90.56%)
*Kes Baharu Positif = 32,800* (541 Import)
Jumlah Kes Positif = 3,774,786
*Kes Kematian = 76* (21 BID)
Jumlah Kes Kematian = 33,643 (0.89%)
Kes Aktif = 322,700 (+8,280)
Kes dirawat di ICU = 380 (-9)
Bantuan Alat Pernafasan = 231 (+2)
Kementerian Kesihatan Malaysia
12 Mac 2022
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 11 MAC 2022 PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 10 Mac 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19: - Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Enam (6) negeri iaitu Kelantan (79%), Johor (68%), WP Putrajaya (67%), WP Kuala Lumpur (62%), Selangor (57%), dan Pulau Pinang (57%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
- Katil Bukan ICU: 13 negeri iaitu Selangor (111%), WP Putrajaya (111%), WP Kuala Lumpur (91%), Terengganu (90%), Perlis (89%), Perak (89%), Melaka (77%), Kelantan (73%), Sarawak (72%), Pahang (61%), Johor (61%), dan Pulau Pinang (57%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
- Katil PKRC: Hanya satu (1) negeri iaitu Melaka (60%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
- Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 229 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator26%.
Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2 di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.
KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19. Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga. Pada 10 Mac 2022, sebanyak 2,048 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1): - 771 kes (37.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 1,277 kes (62.4 peratus) adalah kategori 1 dan 2.
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 10 Mac 2022: - Kes sembuh: 26,457 kes [3,393,999 kes kumulatif (90.7%)];
- Kes baharu: 30,787 kes (3,741,986 kes kumulatif);
- Kes import: 608 kes [564 warganegara (92.8%); 44 bukan warganegara (7.2%)];
- Kes tempatan: 30,179 kes [29,295 warganegara (97.1%); 884 bukan warganegara (2.9%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 389 kes (153 kes disahkan COVID-19; 236 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 229 kes (96 kes disahkan COVID-19; 133 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19 Daripada 30,787 kes harian yang dilaporkan pada 10 Mac 2022: - Kategori 1: 10,921 kes (35.47%);
- Kategori 2: 19,642 kes (63.80%);
- Kategori 3: 93 kes (0.30%);
- Kategori 4: 74 kes (0.24%); dan
- Kategori 5: 57 kes (0.19%).
Daripada 224 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 10 Mac 2022: - 58 kes (25.89%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 94 kes (41.96%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 72 kes (32.14%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 122 kes (54.46%) berumur 60 tahun dan ke atas;
- 96 kes (42.86%) mempunyai komorbid; dan
- 2 kes (0.89%) adalah ibu megandung.
KLUSTER COVID-19 - Jumlah kluster: 6,869 kluster;
- Jumlah kluster baharu: 4 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat: 6,450 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 419 kluster.
NILAI RT Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari. Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 10 Mac 2022 NEGERI | NILAI R[size=12.375px]T | Sarawak | 1.37 | WP Kuala Lumpur | 1.16 | Terengganu | 1.15 | Perak | 1.10 | Negeri Sembilan | 1.07 | Kedah | 1.05 | Selangor | 1.04 | Pahang | 1.03 | Pulau Pinang | 1.03 | Melaka | 1.02 | WP Putrajaya | 1.02 | Perlis | 1.00 | Kelantan | 0.98 | Johor | 0.97 | WP Labuan | 0.86 | Sabah | 0.74 | MALAYSIA | 1.04 |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; - Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
- Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
- Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA Lampiran 1 Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana) Kategori 2A | Kategori 2B | Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafas | Demam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh | Batuk tanpa demam atau sesak nafas | Kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea) | Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makan | Sakit dada | Hilang deria bau | Tidak boleh makan atau minum | Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal) | Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur | Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal) | Memerlukan bantuan untuk berjalan | Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian | Gejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan | Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian | Perubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar | | Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam |
KES BAHARU MENGIKUT MUKIM NEGERI KEDAH (11/3/2022)BALING - 92
BAKAI 8
BALING 3
BONGOR 2
KUPANG 17
KUPANG 4
PULAI 18
SIONG 4
TAWAR 26
TELOI KANAN 10
BANDAR BAHARU - 42
BAGAN SAMAK 28
RELAU 3
SELAMA 2
SERDANG 7
SUNGAI BATU 1
SUNGAI KECHIL ILIR 1
KOTA SETAR - 540
ALOR MALAI 49
ALOR MERAH 2
ANAK BUKIT 22
BUKIT LADA 2
BUKIT PINANG 11
DERANG 5
DERGA 38
GAJAH MATI 10
GUNONG 9
HUTAN KAMPUNG 5
JABI 26
KANGKONG 23
KOTA SETAR 31
KUALA KEDAH 41
KUBANG ROTAN 6
LANGGAR 44
LENGKUAS 2
LESONG 3
LIMBONG 1
MERGONG 27
PADANG LALANG 16
PENGKALAN KUNDOR 75
PUMPONG 19
SALA KECHIK 5
SUNGAI BARU 5
TAJAR 20
TEBENGAU 6
TELAGA MAS 4
TELOK CHENGAI 5
TELOK KECHAI 17
TITI GAJAH 7
TUALANG 4
KUALA MUDA - 807
BUJANG 17
BUKIT MERIAM 6
GURUN 58
KOTA 3
MERBOK 19
PEKULA 16
PINANG TUNGGAL 58
RANTAU PANJANG 3
SEMELING 48
SIDAM KIRI 58
SIMPOR 7
SUNGAI PASIR 144
SUNGAI PETANI 360
TELOI KIRI 10
KUBANG PASU - 264
AH 5
BINJAL 4
BUKIT TINGGI 12
GELONG 9
HOSBA 7
JERAM 16
JERLUN 31
JITRA 53
KEPELU 2
KUBANG PASU 1
MALAU 12
NAGA 41
PADANG PERAHU 4
PELUBANG 17
PERING 4
PUTAT 2
SANGLANG 3
SUNGAI LAKA 11
TEMIN 14
TUNJANG 10
WANG TEPUS 6
KULIM - 435
BAGAN SENA 3
JUNJONG 17
KARANGAN 4
KELADI 47
KULIM 124
LUNAS 29
MAHANG 9
NAGA LILIT 25
PADANG CINA 52
PADANG MEHA 22
SEDIM 11
SIDAM KANAN 33
SUNGAI SELUANG 45
SUNGAI ULAR 11
TERAP 3
LANGKAWI - 64
AYER HANGAT 2
BOHOR 3
KEDAWANG 9
KUAH 40
PADANG MATSIRAT 2
ULU MELAKA 8
PADANG TERAP - 43
BATANG TUNGGANG KANAN 2
BATANG TUNGGANG KIRI 2
BELIMBING KANAN 4
BELIMBING KIRI 2
KURONG HITAM 1
PADANG TEMAK 5
PEDU 4
TEKAI KANAN 9
TEKAI KIRI 13
TUALAK 1
PENDANG - 96
AYER PUTEH 51
BUKIT RAYA 7
GUAR KEPAYANG 3
PADANG KERBAU 10
PADANG PELIANG 2
PADANG PUSING 10
RAMBAI 10
TOBIAR 3
SIK - 54
JENERI 9
SIK 23
SOK 12
TELOI 10
YAN - 71
DULANG 3
SALA BESAR 25
SINGKIR 2
SUNGAI DAUN 19
YAN 22 KUMULATIF KES - 2508
|