CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 0

Gimnas artistik negara terlepas gangsa

[Copy link]
Post time 14-5-2022 10:31 AM | Show all posts |Read mode

ZUL Bahrin beraksi dalam acara gimnastik artistik berpasukan lelaki kategori kekuda berpelana. FOTO Bernama

Hanoi: Kekecewaan jelas terpancar pada wajah gimnas artistik negara apabila terlepas peluang meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa dalam acara berpasukan pada Sukan Sea ke-31 di Gimnasium Quan Ngua di sini hari ini.

Ketika skuad negara dibarisi Luqman Al Hafiz Zulfa, Ng Chun Chen, Zulbahrin Mat Asri, Tan Fu Jie, Teoh Chuen Feng dan Muhammad Sharul Aimy sudah berkira-kira pingat gangsa dalam genggaman, bantahan dilakukan pasukan lawan menafikan hasrat mereka itu.

Skuad bimbingan Ng Shu Liang itu sekadar mengutip keseluruhan 295.850 mata.

Pingat emas dimenangi pasukan tuan rumah, Vietnam yang mengumpul 331.250 mata manakala Filipina dan Singapura masing-masing meraih perak dan gangsa setelah mengutip 301.600 dan 297.650 mata.

Ketika ditemui pemberita, Ng berkata beliau tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya yang majoriti pertama kali membuat penampilan pada temasya Sukan Sea biarpun gagal meraih pingat.

Beliau berkata prestasi ditampilkan barisan gimnas negara memberi petanda positif mereka berpotensi menghasilkan keputusan lebih baik pada kejohanan akan datang.

"Tumpuan kita selepas ini dalam acara all-around individu. Luqman dan Chun Chen yang pertama kali menyertai Sukan Sea juga menunjukkan prestasi yang baik dan saya harap mereka dapat mempamerkan prestasi terbaik dalam acara tersebut," kata Ng.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ara-terlepas-gangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203145 Replies : 4835
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12577 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6278 Replies : 39
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 7918 Replies : 2
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7618 Replies : 41
Memperkenalkan......mesin pengesan hujan!!!!
ChairmanMemperkenalkan......mesin pengesan hujan
Views : 10860 Replies : 81
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10710 Replies : 42
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7103 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 2.513716 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list