View: 3141|Reply: 33
|
[Politik]
'Cash is king, king itu rakyat', pembohongan oleh orang yang tak siuman - Tun M
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 14-8-2024 10:50 PM
LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kenyataan seteru politiknya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggambarkan rakyat sebagai raja atau ‘king’ menerusi pendekatan cash is king.
Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri keempat dan ketujuh negara menyifatkan kenyataan yang dibuat Najib itu sebagai satu pembohongan oleh orang yang tidak siuman.
Bahkan, Ahli Parlimen Langkawi dan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu juga mendakwa, Najib yang sinonim dengan gelaran ‘Bossku’ itu sudah berulang kali menipu rakyat Malaysia termasuk di Dewan Rakyat.
"Saya hairan kenapa Najib diberi tempat untuk dia bercakap bohong, macam tak siuman (dia bercakap)… kononnya cash is king, king itu rakyat, jadi sekarang bila kita jumpa rakyat, kita (kena panggil) Duli Yang Maha Mulia rakyat. Bukan macam itu… itu cakap bohong.
"Dulu dia kata nak malu buat apa pasal dia boss, boss curi tidak apa, jadi ada dalam Parlimen dia kata kita tak bayar satu sen pun hutang, mana tak bayar, kita bayar berbilion Ringgit… dia kata tak bayar, dia cakap tak betul.
"Orang ini mempunyai niat nak jadi Perdana Menteri, dia harap kalau UMNO menang dia akan diampun sekali lagi, sekarang ini semua orang nak jadi Perdana Menteri lagi, (Tan Sri) Muhyiddin pun nak jadi Perdana Menteri juga sekali lagi," bidas Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Jamuan Hari Raya Parlimen Langkawi, di Dataran Telaga Walk di sini, pada Isnin.
Dr Mahathir mengulas kenyataan yang dibuat oleh Najib ketika menjayakan Debat Perdana pada Khamis lalu mengenai pendekatan cash is king yang diperkenalkan Ahli Parlimen Pekan itu semasa menerajui negara sebagai Perdana Menteri keenam.
Semasa berhujah dalam Debat Perdana dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Najib mempertahankan pendekatan cash is king yang dibawanya dengan menyifatkan langkah itu lebih mudah untuk membantu rakyat ketika susah.
Sambil merujuk 'king' itu adalah rakyat, beliau berkata, pengenalan pembayaran tunai secara terus kepada rakyat yang diperkenalkan di bawah pentadbirannya sebelum ini dan diteruskan sehingga hari ini berjaya menyegerakan bantuan kepada rakyat.
Selain membidas pendekatan cash is king, Dr Mahathir turut menyifatkan analogi 'kek' yang dinyatakan Najib dalam debat berkenaan sebagai tidak menggambarkan keperibadian sebenar pemimpin itu.
"Dia buat macam itu ka (kongsi kek) semasa dia jadi Perdana Menteri? Saya ditutup sama sekali untuk bercakap, bukan pembahagian sama rata, masa dia (Najib) jadi Perdana Menteri tak ada sama rata, sekarang bila tak jadi Perdana Menteri mesti sama rata (pula)?" soal Dr Mahathir lagi.
Astro Awani
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
....najib makin x siuman |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi atok kau pun sama je..klu tak..mcm mana anak2 kau tu blh jd billionnaire..patutnya klu business anak kau rugi..x yahlah bail out |
|
|
|
|
|
|
|
marah la tu..bila...xde yg tggl tuk ku... |
|
|
|
|
|
|
|
jas7512 replied at 16-5-2022 05:51 PM
Tapi atok kau pun sama je..klu tak..mcm mana anak2 kau tu blh jd billionnaire..patutnya klu business ...
Itu sebab diorang daddykasi
Malu apa bossku
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 16-5-2022 07:47 PM
Itu sebab diorang daddykasi
Malu apa bossku
Iols sampi skrg wonder betul ke gambar ni betul2 terjadi |
|
|
|
|
|
|
|
Najib ni macam all the taim high on designer drugs. Sama geng dengan Kak Jad dedulu, airhead gilerr |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 16-5-2022 07:47 PM
Itu sebab diorang daddykasi
Malu apa bossku
Takde masker lain ke bossmu?
Hat bebudak gak dipakainya |
|
|
|
|
|
|
|
tu laaa.bailout guna duit petronas ni najib ikut legacy dia laa.dia lagi laa.. ckp mcm org senile.ada ke zaman hussein onn bailout ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasa 2x5, kau kata aku, aku kata kau. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg mabuk jibun ni. Mabok lagi penyokong jibun. Duit itu rakyat ? Gituhhh. |
|
|
|
|
|
|
|
masa dengar tu pun iols rasa cam pelik. Tak sangka ayat tu muncul dari mulut heshe. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya putarrrr halimmmm. Cara ckp pun tau saje je nk ampu pengundi. Kalau 1 keluar dari mulut jibun, 10 jgn percaya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 17-5-2022 07:06 AM
giler ah dia punya gigih spin. betul2 mood berperang pahlawan bugis 24/7 agaknya. perang mulut. |
|
|
|
|
|
|
|
pandai najib ni nak spin, konon king tu rakyat....
padahal cash is king, duit adalah raja...semua ikut telunjuk duit.
kalau king tu refer pada rakyat, duit itu rakyat? jadah apa rakyat ramai yg duit pun takde nak makan....
yg orang politik & "king" sebenar kt malaysia ni yg betul2 kenyang |
|
|
|
|
|
|
|
bodo punya statement najib nak putar selagi boleh... |
|
|
|
|
|
|
|
ulamalu replied at 16-5-2022 10:46 PM
Rasa 2x5, kau kata aku, aku kata kau.
Atau...Aku jual tanah...betul...ko jual tanah...salah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia ni bukan pasal Tun M, Najib or Anwar or Zahid or My. haihhh bila la news kita ni nak productive with inputs yg manfaat |
|
|
|
|
|
|
| |
|