CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2996|Reply: 49

Umpan Konon Nak Bagi Makan, Lelaki Hempuk Kepala Kucing Sampai Menggelupur Guna Batu Bata

[Copy link]
Post time 20-6-2022 02:20 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Tular di media sosial baru-baru ini, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah kedai memaparkan tindakan seorang lelaki yang didakwa dengan sengaja membaling batu-bata ke arah seekor kucing sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian kepala.


Menerusi perkongsian seorang pengguna, Hawa yang juga memuat naik rakaman terbabit, memaklumkan lelaki berkenaan sememangnya kurang senang dengan kehadiran beberapa ekor kucing di kawasan kedai itu.









“Lelaki itu memang tak puas hati dengan semua kucing yang ada dekat situ, dia umpan bagi makan kemudian cari peluang untuk bunuh.


“Dalam video ini, kucing itu tengah makan kemudian dia ternampak batu-bata dekat tepi, terus ‘hempok’ dekat kepala kucing sampai ‘menggelupor’ berdarah,” katanya.


Sementara itu, Hawa turut berkongsi jenis dan nombor pendaftaran kereta yang dipandu lelaki tersebut seperti mana yang dikesan melalui rakaman CCTV.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai menggesa pihak berkuasa segera menjalankan siasatan mengesan keberadaan lelaki tersebut serta memberi hukuman yang setimpal atas perbuatan kejamnya itu.


“Haiwan ini patut kita lindung, ada undang-undang, tolong cari, tangkap lelaki tersebut,” komen Azhari.


“Biar lelaki ini kena tangkap, kesian kucing itu,” ujar Teah.


Selain itu, Muhammad Muiz turut mengingatkan orang ramai untuk bertindak menggunakan akal dan jangan sesekali menzalimi haiwan.


“Tolonglah ada rasa kasih pada haiwan, macam-macam kes orang seksa haiwan, bagi makan racun, langgar, baling, tendang, pukul tanpa rasa bersalah, siap gelak ketawa, ingat, haiwan pun tahu rasa sakit,” pesannya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 02:28 PM | Show all posts
biadapnya lahai
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Try hempuk kepala dia plak. Sekali mental ghupenye.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tengok tadi, jahat gle. Mule2 dia bg makan, dia survey, pastu diam2 amik batu lempar kat kepala, mengelupur kucing tu. Jate tk guna tu cepat2 masuk kete.
Tapi lpas tu kucing nampak elok, jate tu nk pergi dekat tibe2 je kucing tu mengelupur. Rase nye dia letak racun kt wetfood tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 03:00 PM | Show all posts
mohon tangkap n biarkan dia dihentak batu
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 03:03 PM | Show all posts
Kejamnya perbuatan moga segera tertangkap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2022 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak dah, mesti gemuk
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
immaryjane replied at 20-6-2022 02:57 PM
Baru tengok tadi, jahat gle. Mule2 dia bg makan, dia survey, pastu diam2 amik batu lempar kat kepala ...

Kejamnya lahai..tak suka jangan buat cmtu. Bingai betul la org mcm ni. Tempat mak aiols pub sama,adik ai ckap org letak racun kat makanan . Jahat giler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 04:19 PM | Show all posts
immaryjane replied at 20-6-2022 02:57 PM
Baru tengok tadi, jahat gle. Mule2 dia bg makan, dia survey, pastu diam2 amik batu lempar kat kepala ...

Allahu.. jahatnyaaaaaaaaaaaaaaaaa manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Vavi sungguh... Ku doakan pelaku ini dapat balasan yg paling menyakitkan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap jantan ni mampus dlm keadaan terhina dgn kadar segera
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 05:23 PM | Show all posts
aku bela banyak kucing. petua aku, kalau marah sangat dengan kucing, jangan siksa diorang

gomol sampai diorang rimas

nanti next time diorang nampak ko, automatik lintang pukang macam nampak hantu
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 05:25 PM | Show all posts
kejadian ni kat semeling & report polis pun org dah buat.
No plat pun dpt & org track katanya dah lama tak bayar & ada 2 saman.
Pakat nak belasah se round 2 kalau dpt ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm xbetul je jantan xguna tu. Mental agknya
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Meow tu x kacau dia pon... mengongg
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 20-6-2022 05:25 PM
kejadian ni kat semeling & report polis pun org dah buat.
No plat pun dpt & org track katanya dah la ...

Sebelum org tibai dia dh serah diri awal2 dh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejamnyeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
psycho
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh jadi serial killer...hati kering. Semoga dia mati dalam keadaan seksa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 06:37 PM | Show all posts
jate bawak vios dugong kuning mmg perangai hamsap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.080806 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list