View: 22363|Reply: 107
|
[MERGED]Ladang Gadong berhantu ~ by poshbabe & Syd
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by BabeYSHa at 11-10-2010 09:07
'Suara' minta tolong di Ladang Gadong
Oleh SHARILFUDDIN SAARI
[email protected]
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Ladang Gadong di Kuala Langat, Selangor yang menyimpan kisah tragis melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain, kini mula menerima gangguan suara misteri.
Beberapa anggota polis yang bertugas mengawal lokasi pembunuhan kejam itu mendakwa mendengar 'suara-suara' meminta tolong hampir setiap malam.
Ekoran itu, polis dikatakan terpaksa menambah bilangan anggota yang berkawal daripada dua kepada lima hingga enam orang mengikut syif setiap hari.
"Pada mulanya, hanya dua anggota bertugas namun bilangannya terpaksa ditambah kerana ada yang mengalami gangguan-gangguan ketika bertugas.
"Mereka diganggu 'suara-suara' itu yang sayup-sayup kedengaran meminta tolong," kata sumber sambil memberitahu salah seorang suspek kes itu juga mengakui 'didatangi' lembaga.
Menurutnya, 'suara-suara' itu biasanya muncul dari dalam ladang kelapa sawit terbabit di waktu tengah malam semasa anggota-anggota sedang berehat di pondok kecil yang dibina mereka tidak jauh dari tali air.
Katanya, anggota-anggota terbabit juga tidak dapat memastikan dari arah mana 'suara-suara' itu kerana keadaan ladang yang amat gelap selain ia hanya sayup-sayup kedengaran.
Katanya lagi, bagi langkah berjaga-jaga anggota tidak melakukan rondaan seorang diri sebaliknya dijalankan secara berkawan pada setiap jam.
Sementara itu, menurutnya, sebatang tali air di ladang tersebut dipercayai telah dijadikan oleh suspek-suspek sebagai tempat pembuangan tulang-tulang mangsa di dalam kes berkenaan.
Katanya, bagi mengumpul bahan-bahan bukti itu, sebuah jengkaut digunakan untuk membuat dua tambak di bahagian kiri dan kanan tali air tersebut.
"Sebuah jentera Bomba dan Penyelamat pula ditugaskan untuk menyedut air di dalam tali air itu. Setelah kering, barulah forensik menjalankan kerja-kerja mengumpul bukti seperti tulang.
"Ia bagaimanapun terpaksa mengambil masa kerana tulang-tulang yang bercampur dengan selut itu terpaksa dibersih satu persatu," ujarnya.
Kata sumber itu lagi, cabaran lain dihadapi anggota bertugas adalah kawasan tersebut mempunyai bilangan lalat yang luar biasa dipercayai ekoran kematian ternakan seperti kambing serta haiwan peliharaan, iaitu anjing.
"Kalau duduk sebentar sahaja, lalat akan memenuhi muka. Haiwan-haiwan itu mati kerana kini tidak lagi diberi makan sejak tuannya ditahan polis," ujarnya.
Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamarudin Shamsudin, 44; pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, di sini untuk urusan pembelian tanah.
Berikutan kehilangan keempat-empat individu itu, polis menahan lapan suspek untuk membantu siasatan kes berkenaan pada 9 dan 10 September lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by medangmru at 6-10-2010 20:15
setelah dibunuh dengan kejam sekali,mungkinkah roh arwah sosilawati itu sudah aman di alam barzakh atau tidak? kata orang kalau dibunuh,rohnya mesti disempurnakan dengan betul betul kalau tidak syaitan dan iblis akan buat hal dengan roh roh yang dibunuh itu.ada mendengar cerita cerita yang berkaitan ngan pembunuhannya tak?
al fatihah ke atas arwah sosilawati dan mangsa yg lain lain juga.lets share the information
Suara' minta tolong di Ladang Gadong
Oleh SHARILFUDDIN SAARI
[email protected]
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Ladang Gadong di Kuala Langat, Selangor yang menyimpan kisah tragis melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain, kini mula menerima gangguan suara misteri.
Beberapa anggota polis yang bertugas mengawal lokasi pembunuhan kejam itu mendakwa mendengar 'suara-suara' meminta tolong hampir setiap malam.
Ekoran itu, polis dikatakan terpaksa menambah bilangan anggota yang berkawal daripada dua kepada lima hingga enam orang mengikut syif setiap hari.
"Pada mulanya, hanya dua anggota bertugas namun bilangannya terpaksa ditambah kerana ada yang mengalami gangguan-gangguan ketika bertugas.
"Mereka diganggu 'suara-suara' itu yang sayup-sayup kedengaran meminta tolong," kata sumber sambil memberitahu salah seorang suspek kes itu juga mengakui 'didatangi' lembaga.
Menurutnya, 'suara-suara' itu biasanya muncul dari dalam ladang kelapa sawit terbabit di waktu tengah malam semasa anggota-anggota sedang berehat di pondok kecil yang dibina mereka tidak jauh dari tali air.
Katanya, anggota-anggota terbabit juga tidak dapat memastikan dari arah mana 'suara-suara' itu kerana keadaan ladang yang amat gelap selain ia hanya sayup-sayup kedengaran.
Katanya lagi, bagi langkah berjaga-jaga anggota tidak melakukan rondaan seorang diri sebaliknya dijalankan secara berkawan pada setiap jam.
Sementara itu, menurutnya, sebatang tali air di ladang tersebut dipercayai telah dijadikan oleh suspek-suspek sebagai tempat pembuangan tulang-tulang mangsa di dalam kes berkenaan.
Katanya, bagi mengumpul bahan-bahan bukti itu, sebuah jengkaut digunakan untuk membuat dua tambak di bahagian kiri dan kanan tali air tersebut.
"Sebuah jentera Bomba dan Penyelamat pula ditugaskan untuk menyedut air di dalam tali air itu. Setelah kering, barulah forensik menjalankan kerja-kerja mengumpul bukti seperti tulang.
"Ia bagaimanapun terpaksa mengambil masa kerana tulang-tulang yang bercampur dengan selut itu terpaksa dibersih satu persatu," ujarnya.
Kata sumber itu lagi, cabaran lain dihadapi anggota bertugas adalah kawasan tersebut mempunyai bilangan lalat yang luar biasa dipercayai ekoran kematian ternakan seperti kambing serta haiwan peliharaan, iaitu anjing.
"Kalau duduk sebentar sahaja, lalat akan memenuhi muka. Haiwan-haiwan itu mati kerana kini tidak lagi diberi makan sejak tuannya ditahan polis," ujarnya.
Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamarudin Shamsudin, 44; pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, di sini untuk urusan pembelian tanah.
Berikutan kehilangan keempat-empat individu itu, polis menahan lapan suspek untuk membantu siasatan kes berkenaan pada 9 dan 10 September lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
ko menyibuk nk tau nape? ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
pembunuham misteri kan alamak nape marah sangat |
|
|
|
|
|
|
|
anak dia berkawan dgn anak kawan saya.......kesian sangat sangat....mereka mimpi emaknya menangis nangis minta tolong |
|
|
|
|
|
|
|
aik......kenapa ok je cakap pasal org lan di sini,tentang arwah sosilawati tak leh apa hal......![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
pembunuhannya kan misteri adoooooooooooooooooi |
|
|
|
|
|
|
|
kan dah banyak thread bincang pasal kes nih |
|
|
|
|
|
|
|
mana ye?sorrylah kalau tak nak bincang.jgn masuklah thread nih.ignore je ye. yg lain lain tu tak payah membebel,jgn masuk le thread nih.HABIS CITE |
|
|
|
|
|
|
|
you nak tau konon2 ada psikik yg boleh bg citer mistik ke pasal pembunuhan ni? |
|
|
|
|
|
|
|
you nak tau konon2 ada psikik yg boleh bg citer mistik ke pasal pembunuhan ni?
beldandy Post at 14-9-2010 15:38 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
ade sape sape psikik kat sini yg boleh bagitau what really happened to them ? Dulu ade 2-3 forumner yg boleh tgk shalini lah, si polan polan lah..why not test skill kat sini? |
|
|
|
|
|
|
|
TT kene hentam depan belakang ni...
aku biarkan dulu thread ni kat sini.....tgk2 kalau ada poremer kat sini leh tgk "belakang tabir " ni....kalau dah merapu nanti...aku kasik close... |
|
|
|
|
|
|
|
anak dia berkawan dgn anak kawan saya.......kesian sangat sangat....mereka mimpi emaknya menangis na ...
poshbabe01 Post at 14-9-2010 15:23 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
lu ni dah mkn ubat ke blom??? anak2 DS mesti la trauma...adeh la...mod!!! tolong die ni sket sebelum thread ni jadi thread ala2 sarinah tu... |
|
|
|
|
|
|
|
lu ni dah mkn ubat ke blom??? anak2 DS mesti la trauma...adeh la...mod!!! tolong die ni sk ...
siape_aku Post at 14-9-2010 04:02 PM ![](http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
Sabo....sabo....
aku akan pantau dulu...kendian br leh tutup ke...ape ke...![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hadoih korang
kasik chan la kat TT. tak pasal2 korang hantam dia. mana la tau ko ada sesapa ada teori apa2 dari sumber2 yg 'tertentu'
aku rasa bukan niat TT nak speak ill of the dead. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin tajuk topik tak berapa kene...sepattnya Misteri pembunuhan Sosilawati "....dan isi topik tu skit sebanyak tak berapa nak seswai... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# nurulcomfykid
nak tau cerita ttg pembunuhan, tgk la berita n bace surat khabar.....tapi si TT ni die sebut pasal ROH tak tenteram.... mcm la tak biase dgn thread2 merepek si posh ni seblom2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
give some respect untuk keluarga mangsa2 yg terlibat ok ....rasenye thread ni tak perlu..... nanti org speku mcm2 dah jadi fitnah.... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian TT kena hentam....meh aku hentam lagi, ko ni kenape TT? tak kesian ke kat keluarga arwah? ade ke tetiba ckp roh tak tenteram, baik ko doa2 kan |
|
|
|
|
|
|
|
ade sape sape psikik kat sini yg boleh bagitau what really happened to them ? Dulu ade 2-3 forum ...
stania83 Post at 14-9-2010 15:49 ![](http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
rasanya TT nak info yg cenggini kut...
kutla ada forumer hebat blh mimpi ke atau dpt berita dr seberang sinun ttg apa yg dah terjadi pd mangsa..
kalau gitu ai pun nk dgr gak..
tapi bab roh2 tu hanya allah je lah yg tahu mereka tenteram atau tidak..lagipun semua arwah beragama islam..tentu di sembahyangkan oleh keluarga masing2..TT tak yah risau roh tu tak tenteram...
errr roh2 magsa yg lain tu tak mengacau plak ek? hahahahahha |
|
|
|
|
|
|
| |
|