CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 77875|Reply: 982

Proton Inspira dah boleh order-Terima 1,100 tempahan dalam masa 10 hari!!

  [Copy link]
Post time 13-10-2010 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by along3746 at 26-10-2010 14:11

Model ganti Proton Waja

Oleh JOHARDY IBRAHIM

[email protected]



GAMBAR yang dikeluarkan oleh Proton Berhad menunjukkan separuh badan bahagian depan dan belakang model terbaru Proton yang boleh mula ditempah di semua rangkaian Proton Edar, mulai esok.



SHAH ALAM 12 Okt. - Model baru Proton yang namanya masih dirahsiakan, akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.
Terdapat tiga varian enjin MIVEC yang disediakan iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik.
Bermula Khamis ini, orang ramai yang berminat memiliki kereta yang dikenali sebagai model pengganti Waja ini boleh membuat tempahan di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.
Nama model kereta yang diberi nama kod P3-90A ini juga akan diumumkan esok yang dipercayai mendapat 'inspirasi daripada nama tempatan,' manakala pelancaran rasminya ke pasaran ialah pada 10 November ini.
Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan 'pemanduan sebelah kanan Lotus' untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.
Semalam, para pengedar Proton telah dibawa memandu uji kereta ini, manakala hari ini, sekumpulan wartawan pemotoran termasuk Utusan Malaysia telah memandu ujinya dari Pusat Kecemerlangan Proton di sini sehingga ke Genting Highlands.
Difahamkan, Proton meletakkan sasaran untuk menjual lebih 1,000 unit sebulan kereta ini dengan jangkaan versi 1.8 liter transmisi automatik bakal menjadi pilihan utama.
Berdasarkan penelitian Utusan Malaysia, terdapat pengubahsuaian minimum dibuat ke atas kereta ini iaitu pada bahagian jeriji depan dan bamper belakang berbanding Lancer.
Kereta ini disasarkan kepada pengguna Proton Waja dan Persona serta model-model jenama lain yang sekelas dengannya, yang mahu menaik taraf kepada kereta baru yang bergaya sport tetapi tetap sesuai untuk keluarga.
Proton kenakan syarat ketat mengenai penerbitan gambar kenderaan itu dalam akhbar dan gambar yang tersiar hari ini ditentukan oleh pengurusan syarikat itu sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2010 02:10 PM | Show all posts
Beli lah barangan buatan Malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:12 PM | Show all posts
harap tidak dipanggil semula...setelah 2,3 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:16 PM | Show all posts
mahal nye,,tetapi belilah barangan buat malaysia konon,,kalau mahal,,sape nak beli,,,
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:19 PM | Show all posts
besh... tp kalau pakai enjin 4B11T lagi besh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:20 PM | Show all posts
mahal nye,,tetapi belilah barangan buat malaysia konon,,kalau mahal,,sape nak beli,,,
dunham_bush Post at 13-10-2010 14:16



    Proton dah deal dgn bank yg kereta tempatan boleh pinjaman sampai 12 tahun..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2010 02:22 PM | Show all posts
Proton dah deal dgn bank yg kereta tempatan boleh pinjaman sampai 12 tahun..
Dunhill. Post at 13-10-2010 14:20



    Loan 12 tahun? Interest berapa % pulak tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:23 PM | Show all posts
jom tempah...ada bau2 jepun ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2010 02:25 PM | Show all posts
Loan 12 tahun? Interest berapa % pulak tuh?
RedDevils Post at 13-10-2010 14:22



    dah tentu lebih rendah dari keta jepun...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:28 PM | Show all posts
12 tahun?after 12 tahun,,kerete dah jadi tak serupe kerete dah
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:28 PM | Show all posts
naper lampu depan cam xlawa
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:29 PM | Show all posts
1.8 manual tuh mmg lazatttttt
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:29 PM | Show all posts
Keter tak tengok lagi, dah boleh amek order.
dasat betul rakyat mesia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:29 PM | Show all posts
jom tempah...ada bau2 jepun ni....
lkick2113 Post at 13-10-2010 14:23



    Kedai aksessori dah sediakan badge Mitusbishi utk ditepek(selepas menanggalkan badge Proton) ..

   Begitu jugak kedai2 Ah Beng dah get ready dgn bodykit extra-vaganza utk model baru ni..

   Berdarah lah hidung owner Lancer lepas ni...melambak atas jalan dah...dah macam Myvi
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:30 PM | Show all posts
tengah bukak dompet..cukup ke tak cukup...baru je bayar nasik rm 6 tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:30 PM | Show all posts
sama harga dgn honda city dan toyota vios...mana satu pilihan anda?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2010 02:31 PM | Show all posts
12 tahun?after 12 tahun,,kerete dah jadi tak serupe kerete dah
dunham_bush Post at 13-10-2010 14:28



Apa yang pentingggg?
Dapat melaram dgn kereta baru..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:32 PM | Show all posts
Test driver kata, keter baru ni lagik bagus ride and handling nya berbanding Lancer ori.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:33 PM | Show all posts
yang mana berkenan dan ada duit lebih untuk beli, then beli saja lah.

kalau tidak berkenan and/or tiada duit, tidak payah banyak bunyi. beli sahaja apa yang kita berkenan dan mampu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2010 02:33 PM | Show all posts
siapa yg dah beli lancer tu cepat2 lah jual sebelum harga jatuh mendadak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.049547 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list