View: 90631|Reply: 1099
|
Himpunan Kisah Seram [Update: Kumpodot(pg 36), XBB(pg37), siput sedut(pg 38)]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by siputsedut at 14-12-2010 18:47
Atas galakan kak bicha dan pembulian dorongan pakcik ronin dan pakcik halimi :@:@:@:@:@:@
sipukk mau share kisah seram suam suam kuku yang jadi dekat family sipukk
-------------------------------------------------------------------------------------
Kisah 1: Siapa tu?
Kisah ni terjadi pada bulan puasa baru-baru ini. Sipukk tinggal dengan abang dan kakak ipar di satu kawasan perumahan dekat Selangor. Sebelah kanan rumah, ade sekeluarga ustaz dan ustazah tinggal. Manakala disebelah kiri rumah pula, sekeluarga pakcik ni tinggal. Sipukk ni, pergi kerja naik bas. Jadi tau-tau lah bas..pagi2 hazab kan..So, seawal jam 630 pagi dah nak kene gerak dari rumah. Jadi, sepanjang bulan puasa baru-baru ni, biasanya lepas sahur, sipukk akan terus bersiap-siap untuk pergi kerja..dan kalau ada lebihan masa, sipukk akan tolong kakak ipar jemur kain di subuh hari nan hening lagi sejuk.
Pada hari kejadian, kebetulan pula lepas sahur, sipukk ada masa berlebih-lebih. Jadi dengan lenggang seratinya sipukk menuju ke porch depan rumah untuk jemur kain (mesin basuh dengan ampaian ada dekat porch depan). Sipukk pun macam biasa lah, ambil kain kibas-kibas ampai, ambil kain kibas-kibas ampai. Dalam tengah gigih menjemur kain tu, tiba-tiba sipukk ternampak sesusuk tubuh lelaki tua depan rumah jiran sipukk Dia duduk atas simen porch dan sedikit menunduk. Sempat la jugak sipukk termelatah terkejut. "Oh, pakcik jiran sebelah (jiran kiri) ni tengah rehat-rehat ambil angin lepas sahur kot", bisik hati kecil sipukk. Jadi Sipukk pun buat-buat tak nampak tapi mash menjeling dengan ekor mata dekat pakcik tu.
Tapi sipukk pelik jugak. Kalau kawan-kawan semua kan...bila terdengar jiran keluar jemur kain, mesti pandang lepas tu tegur kan? Berbasa basi sesama jiran kan?. Motip pakcik tu memang duduk diam dan tunduk je. Tapi Sipukk tak layan sangat perasaan dan sambung buat kerja. Lepas siap jemur kain, sipukk masuk dan siap2 nak g kerja. Bila keluar balik, tengok pakcik tu dah tak ada. Sempat la sipukk cerita dekat akak ipar pasal pakcik tu sesubuh lagi dah melepak depan rumah. Kitorang fikir dia memang nk tunggu nasi jatuh ke perut dulu kot.
Beberapa minggu selepas tu, tibalah hari raya nan mulia. Sipukk pun macam biasa la..beraya ke rumah jiran-jiran. Sipukk pergi ke rumah jiran selang sebuah rumah dari rumah abang(jiran sebelah rumah pakcik kiri tu) . Sembang punya sembang...tetibe akak tu cakap..."Eh dah tau kan pakcik ttooott (jiran kiri) dah tak ada?", kata akak tu. "Takde pergi mana?", tanya akak ipar sipukk. "Laaaa..takde dah meninggal la yang oi", kata akak jiran kepada kami. "Bila lagi kak?", tanya sipukk..."Sebelum puasa aritu, time pukk balik kampung cuti", kata akak tu. Serentak dengan tu sipukk dengan akak ipar saling pandang memandang. Kalau pakcik dah takda sebelum bulan puasa..sapa yang dekat porch rumah dia time puasa aritu?
![](static/image/smiley/default/funk.gif)
-------------------------------------------------------------------------------------
Senarai himpunan hikayat Cikk Sipukk
Siputsedut- Kisah 1: Siapa tu?--> page 1 post #1
Siputsedut-Kisah 2: Motivo mau kacauin guwe???? Apa salah guwe? nangessss -->page 2 post #30
Siputsedut-Kisah 3: Siapa abang botak ni? -->page 10 post #229
XBB- Kisah 4: Hantu senyum --> page 15 post #372
XBB- Kisah 5: Dia merenungku dari dalam chermin -->page 17 post #417
Kak Shida81- Kisah 6: Suka karok? --> page 23 post #555
Kak Shida81 -Kisah 7: Jangan gangguku..Ku tak rela...--> page 24 post #577
sun_moon- Kisah 8: Kawanku sixth sense--> page 24 post #593
bang joe_duan- Kisah 9: Dimanakah orang tua itu? -->page 26 post #627
XBB- Kisah 10: Double Trouble --> page 33 post # 809
Kumpodot- Kisah 11: Daddy long leg-->page 34 post # 834
Kumpodot- Kisah 12: Kamu yang bercahaya--> page 36 post #899
XBB- Kisah 13: Pocong tidak berkepala -->page 37 post # 910
Siputsedut- Kisah 14: Bukakan mataku!--> page 38 post #928
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
huwaaaaaaaaa harap tak kene lahar ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
laharrrrrrrrrrr!!!!
![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Atas galakan kak bicha dan pembulian pakcik ronin dan pakcik halimi
sipukk mau share ...
siputsedut Post at 28-11-2010 01:53 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
bukan buli...tp dorongan.... ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum lahar.. nak mintak sipukk sambung dulu..
dah abis sume cite karang baru nak lahar...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
laharrrrrrrrrrr!!!!
dragger Post at 28-11-2010 02:15 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
huwaaaaaaaaaaaaaa motivooooo terus melahar gitu? ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum lahar.. nak mintak sipukk sambung dulu..
dah abis sume cite karang baru nak lahar...
halimi78 Post at 28-11-2010 02:21 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
hahahahaha...mati idea..kene makan mekdi dulu baru dapat ilham balik ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Thanx for sharing....
Apa nak lahar pula.....cerita tetap cerita.....kehadiran o ...
ronin Post at 28-11-2010 02:23 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
orang sama...pakcik pernah dengar pasal qarin tak? roh orang meninggal..dalam masa 40 hari selepas meninggal..qarin masih ada di dunia ni...rasa-rasanya..adakah itu qarin? ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# siputsedut
hahahahhah!!... gurau je la cik tt.. mlm2 camni .. takkan nak seram je... mesti la ada selingan gurauan... ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nak komen dulu
motip sipukk x tido lagi ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
gurau sajorkkk pokcik
siputsedut Post at 28-11-2010 02:22 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
tau...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# siputsedut
   boleh jadi qarin.. boleh jadi makhluk lain yg mengambil kesempatan..
pedulikan je siapa dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
orang sama...pakcik pernah dengar pasal qarin tak? roh orang meninggal..dalam masa 40 hari ...
siputsedut Post at 28-11-2010 02:24 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
qarin tu adalah sejenis jin.....adakah bebas dlm bulan puasa? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
waaaaa
skeri hoccay baca malam2 nih ![](static/image/smiley/default/funk.gif) ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nak komen dulu
motip sipukk x tido lagi
KumbangPolkaDot Post at 28-11-2010 02:25 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
huwaaaa yang...penat..tapi tak ngntuk..nangis lebat..mohon lempang bg ubat tidur kat iols ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
qarin tu adalah sejenis jin.....adakah bebas dlm bulan puasa?
ronin Post at 28-11-2010 02:27 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
taktau ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|