View: 2791|Reply: 30
|
[Politik]
Kerajaan Selangor saman pembangkang burukkan imej negeri
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 4-8-2023 04:57 PM
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. - NSTP / FAIZ ANUAR
BANGI: Kerajaan Selangor mengesahkan sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pembangkang yang didakwa memburukkan imej serta pencapaian negeri.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata tindakan itu menyusul selepas kerajaan negeri serta anak syarikat mendapati dakwaan yang dibuat itu jelas bersifat tuduhan liar yang memberi persepsi buruk.
Malah katanya, cubaan pihak pembangkang untuk memburukkan pencapaian kerajaan terutama dari segi pencapaian ekonomi berlaku sejak sebelum tempoh berkempen lagi, namun dilihat tidak berjaya.
"Hari ini mereka yang terdesak terpaksa mengitar beberapa isu yang telah dijelaskan secara tuntas di dalam (sidang) Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
"Insya-Allah satu atau dua hari lagi beberapa surat tuntutan akan sampai dan saya percaya kerana ia adalah satu fitnah yang dilemparkan semata-mata untuk mencarik imej kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Tekad Insan #Kita Selangor, di sini, hari ini.
Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci individu yang bakal menerima surat tuntutan berkenaan.
Beliau yang juga calon DUN Sungai Tua dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) berkata, pihak pembangkang tidak mempunyai isu tempatan untuk dimainkan lagi, lantas terpaksa mengulangi isu yang pernah dibangkitkan sebelum ini.
"Kita cuba memperjelaskan (isu tempatan) tetapi apabila kita diserang dalam isu Persekutuan, sudah tentu kita kena jawab.
"Sudah tentu ketentuannya adalah untuk menentukan hala tuju negeri. Tetapi bagaimana negeri hendak dibangunkan, juga harus ada kaitan dengan isu Persekutuan.
"Apa yang terjadi dalam masalah Perikatan Nasional (PN), mereka tidak ada isu negeri (tetapi) yang ada cuma fitnah dan kitaran isu yang pernah dibangkitkan dan dijawab serta juga mengulang benda yang sedikit sebanyak ditangani di peringkat Persekutuan," katanya.
Beliau turut yakin tempoh kempen berbaki kira-kira seminggu sebelum 12 Ogos ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk menjelaskan tawaran PH setakat ini.
Baru-baru ini PH mengumumkan manifesto dikenali Tawaran Kita Selangor: Lima Tekad Untuk Lima Tahun.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1135921/kerajaan-selangor-saman-pembangkang-burukkan-imej-negeri |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tidak dibalas dgn 'FAKTA DAN BUKTI' yg jelas...banding ngn saman?????? |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 4-8-2023 05:05 PM
Kenapa tidak dibalas dgn 'FAKTA DAN BUKTI' yg jelas...banding ngn saman??????
bodo. pihak yg mendakwala kena tunjuk bukti. pihak yg dituduh boleh jawab dkt mahkamah |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-8-2023 05:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Manja sungguh... |
|
|
|
|
|
|
|
nikaido replied at 4-8-2023 05:10 PM
bodo. pihak yg mendakwala kena tunjuk bukti. pihak yg dituduh boleh jawab dkt mahkamah
'mende politik' tak perlu bawa ke mahkamah...kalo x seperti yg didakwa...dan ada bukti...sdh memadai...kenapa nak risau kalo d pihak yg benar. |
|
|
|
|
|
|
|
Amirudin ni kalau tengok depan2, good looking. Senyum dia manis. |
|
|
|
|
|
|
|
awat kalut?? tok jamal relax je kempen utk lawyer dia |
|
|
|
|
|
|
|
dulu korang kemain buruk2kan kerajaan BN, lepas tu PN.. tade pon nak saman. Kerajaan Lembik.... pi ngadu kat mama... |
|
|
|
|
|
|
|
so kalo kerajaan negeri kedah saman kerajaan persekutuan x salah la kan....sebab untuk burukkan imej kerajaan negeri |
|
|
|
|
|
|
|
PH macam dan panic di Selangor. Something big is about to happen on the 12th. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh aje.... tu yg nak tengok tuh
sapa yg kenaaaaaaaa
kita ulaaaaaammmmmmm.......
|
|
|
|
|
|
|
|
Geng2 pondan hasil didikan lombu bodow si gay tua hanat penutoh lubang jubur jantan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MissYouSayang at 4-8-2023 08:39 PM
Makin menyampah aku dgn puak madanon ni... Hari2 kita disajikan madanon nak tunjuk bagus dgn menyerang pihak lawan bertubi2...ko kena igt bila ko tumbang nanti, pihak lawan yg naik tu nanti akan balas balik apa yg ko dah buat dkt dorg..mcm la madanon ni suci sangatttt.. sampai bebila la politik dendam ni akan berterusan.....(yang untung dapiq la) |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai belajar dari PMX ke dok asyik nak menyaman sana sini
Dah goyah kerrr
|
|
|
|
|
|
|
|
raja petra kan dedah kata dia & adik dia sakau komisen project vincent tan.lagi satu part dia jual kawasan sepjg sungai apa ntah kat selangor tu.
Ketaq lutut la kot tu... depa attack & fitnah Kedah sana sini boleh pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah lama cakap.... Budak ketot tak boleh diajak bergurau.. Dia bergurau ejek orang boleh. Tapi bila dia pulak kena usik, cepat je mengadu kat emak. |
|
|
|
|
|
|
|
Alah manjanya. Sikit sikit saman, sikit sikit saman. Malaslah nak kawan macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan paling terkoyak dlm sejarah |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 4-8-2023 05:05 PM
Kenapa tidak dibalas dgn 'FAKTA DAN BUKTI' yg jelas...banding ngn saman??????
Bukti biar la mahkamah tengok...tunjuk kat kau buat apa? Kerja pun mengadap forum je |
|
|
|
|
|
|
| |
|