Edited by pengecattaik at 12-8-2023 12:06 AM
Pas, Bersatu dan Gerakan dicadangkan menukar nama parti gabungan mereka kepada Pergaduhan Nasional (PN) ekoran apa yang beraku dalam pilihan raya enam negeri sekarang.
“PN ni, sembang kuat, konon nak menang, lawan PH campur BN. Lepas tu depa gaduh sama sendiri. Masing-masing keras kepala, semua nak jadi calon.
“Yang lebai cara lebai. Yang Bersatu, cara Bersatu. Nama Perikatan Nasional tu, elok la, tukar jer nama baru, Pergaduhan Nasional. Sedap bunyi. Asal PN jer gaduh, asal gaduh jer PN,” tulis seorang netizen, Haji Mohamad Yahya.
Yang terbaru, dua kawasan Dewan Undangan Negeri di Langkawi menyaksikan Pas meletakkan calon bebas di dua Dun berkenaan.
Timbalan Yang Dipertua Pas Langkawi, Mazlan Ahmad, bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Kuah, manakala Timbalan Ketua Pemuda Pas Langkawi Safwan Hanif Shafie menjadi calon di Ayer Hangat.
Tiga individu pemimpin Pas yang lain pula menjadi wakil calon, pencadang dan penyokong bagi setiap calon Bebas berkenaan.
Mereka kini berdepan dengan tindakan disiplin namun mereka sedang dipujuk agar menarik balik pencalonan itu.
Sebelum penamaan calon, Pas Tasik Gelugor di Pulau Pinang membuat demonstrasi membantah pemilihan Presiden Gerakaan, Dominic Lau yang menjadi calon PN di Bayan Lepas.
Di Hulu Selangor kumpulan yang menyokong Ketua Bahagian Bersatu di situ membakar bendera PN dan dokumen Bersatu.
Ketua Armada Bersatu Hulu Selangor Mohamad Zikri Faiz bin Zahar meletakkan semua jawatannya dalam Bersatu dan seterusnya keluar dari parti itu.
Di Rantau Panjang, Kelantan, gambar calon Pas yang akan bertanding di satu kawasan Dun berkenaan telah dibakar secara berjamaah oleh pemimpin dan penyokong Pas di situ.
|