CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 25388|Reply: 66

Wanita Terkejut, Kekok Bekas Suami Kini Jadi Menantu

[Copy link]
Post time 28-8-2023 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita, Nisa (bukan nama sebenar), sama sekali tidak menyangka naratif hidupnya berlaku dalam keadaan di luar jangka.


Nisa bercerai dengan bekas suaminya dua tahun lalu dan selepas itu bertemu jodoh pula dengan seorang lelaki lain.


Namun, kini bekas suaminya itu muncul semula dalam hidupnya tetapi sebagai menantu.


“Saya akui agak kekok dan sukar untuk membiasakan diri dengan perubahan ini, namun saya reda jika ini jalan yang Allah pilih untuk saya,” ungkapnya kepada Panorama.




Gambar Hiasan




Mengimbas kisahnya dari awal, cerita Nisa, perkahwinan yang dibina bersama bekas suami, Ali (bukan nama sebenar) lebih lapan tahun musnah angkara orang ketiga, sekali gus menjadikan dirinya bergelar janda selama dua tahun.


Cerita Nisa, punca dia bercerai adalah kerana suaminya, Ali berlaku curang dengan teman sepejabatnya bernama Kira (bukan nama sebenar).


“Ali terpikat dengan Kira yang merupakan staf baharu di tempat kerjanya dan Kira pula melayani lelaki itu biarpun tahu bahawa Ali sudah mempunyai isteri.


“Ketika itu saya yang tidak boleh memaafkan suami lalu memilih untuk mengundur diri, maka bermulalah kehidupan saya sebagai seorang janda,” ujarnya.


Nisa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya dan mula membina hidup baharu di sebuah negeri di selatan tanah air.


Di sana, dia bekerja di sebuah syarikat swasta yang agak terkenal.


Nisa menyewa bilik bersama seorang teman sepejabatnya yang juga menjadi sahabat karibnya.


Sahabatnya itu bekerja di bahagian sumber manusia dan cukup akrab dengan seorang pengurus atasan syarikat tempat mereka bekerja iaitu Encik Zul (bukan nama sebenar).


Encik Zul merupakan seorang lelaki berusia pertengahan 50-an, namun masih segak dan tegap. Dia juga merupakan seorang duda yang kematian isteri akibat kanser usus.


Ujar Nisa, tidak banyak yang dia tahu tentang Encik Zul dan kesemua maklumat mengenai lelaki itu hanya diketahui menerusi kawannya.


Satu hari, syarikat tersebut mengadakan majlis jamuan potluck dan kesemua pekerja diminta untuk datang bersama juadah istimewa mereka.


“Saya memilih untuk memasak ayam masak merah yang boleh dikatakan menu signatur saya. Adik-beradik saya pernah cakap, ayam masak merah saya memang cukup enak dan mampu tambat hati ibu mentua,” kongsi Nisa.


Ternyata, majlis itu menjadi titik pertemuan Nisa dengan Encik Zul yang ketika itu mula terpikat dengan air tangan Nisa.


Lelaki itu asyik memuji masakan Nisa dan tanpa segan silu meminta kawan Nisa itu untuk memperkenalkannya.


“Encik Zul berkata, dia serius mahu berkenalan dengan saya dan memandangkan saya juga sedang solo, maka saya menyambut salam perkenalan itu dengan hati terbuka dan kami mulai berkawan.


“Selepas beberapa bulan, hubungan kami semakin akrab dan Encik Zul melamar saya sebagai isterinya,” ujar Nisa yang kemudiannya berkahwin dengan lelaki itu tahun lalu.


Jelas Nisa, sepanjang berkenalan dengan suaminya itu, dia belum sempat bertemu dengan tiga orang anak Encik Zul yang kesemuanya bekerja dan tinggal di ibu kota.


Suaminya itu kemudian memanggil kesemua anaknya untuk pulang ke rumah bagi berkenalan dengan ibu tiri mereka.


“Selepas mendengar bunyi enjin kereta di luar rumah, maka saya dan suami terus membuka pintu rumah dan bersedia menyambut anak-anak yang pulang.


“Alangkah terkejutnya saya apabila melihat wajah bekas suami, Ali dan isterinya Kira di pintu rumah,” ujar Nisa.


Ternyata, Kira merupakan puteri sulung Encik Zul dan lebih mengejutkan bekas suami Nisa kini bertukar status menjadi menantunya.


Biarpun pada awalnya sukar menerima hakikat itu, Nisa yang kini merupakan ibu tiri Kira bagaimanapun bersyukur kerana jodoh kali keduanya itu cukup membahagiakan. sehingga dia lupa pada perbuatan bekas suami.


“Saya dan suami amat bahagia dan saya fikir, itu lebih penting daripada melayan perasaan sakit hati dan dendam terhadap bekas suami dan juga Kira,” tuturnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2023 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Hasanahnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
antikorok: Hasanahnya


Mana boleh kawinkannn.. cite mohong
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 28-8-2023 09:43 AM
Mana boleh kawinkannn.. cite mohong

Kan chuols
Citer drama sinetron Priskiess sangat,
tetibah terkawin dgn si bos ni, eh rupa2nya penyondol ex somi tu anak kepada laki baru,
Plot twist kemainnn. Dalam banyak2 hidangan potluck, tetibah dia punya ayam masak merah yg teramatlah common tu pulak paling sedap dlm ramai2 yg masak tuh teros terpikat jatuh cinta, mcm yg lain masak suma tak sedap tak terigau2 angau bos dia tuh

Yihh sangat sinetron ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 10:03 AM | Show all posts
remake keluarga 69 kah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 28-8-2023 09:43 AM
Mana boleh kawinkannn.. cite mohong

Kenapa tak boleh kawen? Cer lukis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2023 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 28-8-2023 09:43 AM
Mana boleh kawinkannn.. cite mohong

Anak tiri dia la uols, Kira yg caras laki dia tu anak suami baru dia.
Dia tak tau pun rupanya dia kawen ngn ayah kira tu.
Lepas kawen dia baru kenal anak2 suami baru tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 10:22 AM | Show all posts
Boleh la kawin. Yg win bekas laki dia dpt anak dara anak org have2.
Cuma kalau dia dgn bekas laki dia ada anak, lps tu bekas laki dia dgn bini ada anak, lps tu dia dgn laki baru dia ada anak.
Agak kompius juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2023 10:29 AM | Show all posts
antikorok replied at 28-8-2023 09:54 AM
Kan chuols
Citer drama sinetron Priskiess sangat,
tetibah terkawin dgn si bos ni, eh rupa2nya pen ...

air tangan dia special... mcm air tangan berlendir acik viral yang sapu ke muka pemuda kesurupan tu....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 10:36 AM | Show all posts
Berbelit2 ceritanya shnga  terpaksa pula melatar kedudukan orang itu dgn orang ini. Sudahnya fhm anak tiri (pompuan) kawen dgn ex-suami. So jadilah ex-suami sbg menantu or ex-isteriku ibu mertuaku.  Betul2 terjadi ke ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 11:20 AM | Show all posts
hasanah. kalau tak buat kena fire pulak dengan bos...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 11:32 AM | Show all posts
First layer boleh terima lagi tapi kang bila semua dah beranak pinak..bercucu..ah sudahhh..haru...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 11:35 AM | Show all posts
ada sesiapa boleh lukis tak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 11:46 AM | Show all posts
hasanah betul..
mmg hari2 admin kena create cerita ehhh nk bg kita ngate ke dia?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
cerita macam dalam majalah dewi remaja dulu dulu suka publish cerita main dengan kawan parents la, driver parents la hahhahhah
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 12:00 PM | Show all posts
kira anak tiri dia skrg adalah perampas laki first dia lah yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2023 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pening kepala bila baca kisah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
matseh replied at 28-8-2023 10:22 AM
Boleh la kawin. Yg win bekas laki dia dpt anak dara anak org have2.
Cuma kalau dia dgn bekas laki d ...

Boleh kawen ke uols.. Sbb laki dia dah kire muhrim ngn ank dia wpun dorang bercerai.. Bukan ke???
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 01:39 PM | Show all posts
- Nisa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya dan mula membina hidup baharu di sebuah negeri di selatan tanah air. (tak semestinya johor)

- Encik Zul merupakan seorang lelaki berusia pertengahan 50-an (bukan umur sebenar), namun masih segak dan tegap (bukan fizikal sebenar). Dia juga merupakan seorang duda yang kematian isteri akibat kanser usus (bukan penyakit sebenar).



semuanya bukan sebenar
hasanah semata
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah bosan ni semua stock2 cerita myfirsttime diolah semula.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.572449 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list