CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8378|Reply: 39

Wanita Buntu Nak Cari Duit, Harga Ubat Sama Nilai Dengan Rumah Teres

[Copy link]
Post time 29-8-2023 09:21 AM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU – Seorang wanita yang menghidap penyakit kanser limfoma sejak setahun lalu buntu untuk mencari wang sebanyak RM420,000 bagi menampung perbelanjaan perubatannya.


Norfarahain Abd. Manap, 34, berkata, dia dan suaminya, Muhammad Adam Abdullah, 29, tidak mampu untuk membeli ubat yang disyorkan doktor kerana me­nyamai nilai sebuah rumah.


Katanya, dia memerlukan suntikan pembrolizumab bagi meningkatkan peluangnya untuk hidup lebih lama.


Foto: Kosmo




“Ubat itu dapat meningkatkan sistem imunisai badan bagi mengesan, melawan sel tumor selain meningkatkan peluang hidup penghidap kanser seperti saya.


“Saya disahkan menghidap kanser itu pada Ogos tahun lalu dan sudah melakukan kemote­rapi sebanyak enam kitaran,” katanya.


Namun, menurut Norfarahain, sel kanser kembali aktif dan sudah mencecah tahap dua dan merebak ke paru-paru sejak Jun lalu.


Tambahnya, imbasan tomografi berkomputer mendapati, kanser itu sebesar 12 sentimeter di paru-paru hingga mengganggu sistem pernafasan.


“Ia menyebabkan saya kerap batuk, sesak nafas dan badan kerap lemah dan keletihan,” katanya.


Sementara itu, Muhammad Adam yang juga bekas tentera berkata, permohonan bantuan daripada Kementerian Pertahanan juga belum ada maklum balas.


Katanya, dia tidak sanggup untuk melihat isterinya terus menderita dan memohon bantuan pelbagai pihak bagi mengumpul dana untuk membeli ubat tersebut.


“Saya mengenali Norfarahain yang berstatus ibu tunggal empat tahun lalu dan mendirikan rumah tangga pada 17 Februari lalu selepas kagum dengan kekuatan dan semangatnya meneruskan kehidupan.


“Namun, pendapatan saya RM2,000 sebulan tidak mampu menampung kos untuk tanggung persekolahan anak berusia 10 dan 13 tahun, beli ubat cairkan darah, susu khas selain vitamin,” katanya.


Orang ramai yang ingin meri­ngankan beban Norfarahain boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank miliknya di 162786154316. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2023 09:53 AM | Show all posts

Hidapi kanser limfoma sejak setahun lalu, buntu cari wang untuk ubat berharga sama nilai sebuah rumah teres

‘Harga ubat sama nilai sebuah rumah teres’

https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... sebuah-rumah-teres/

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
29 Ogos 2023, 8:10 am


Muhammad Adam memerhatikan Norfarahain meminum susu khas ketika ditemui di Johor Bahru baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita buntu untuk mencari wang sebanyak RM420,000 bagi menampung perbelanjaan perubatan bagi mengubati penyakit kanser limfoma yang dia hadapinya sejak setahun lalu.

Norfarahain Abd. Manap, 34, berkata, dia dan suaminya, Muhammad Adam Abdullah, 29, tidak mampu untuk membeli ubat yang disyorkan doktor kerana me­nyamai nilai sebuah rumah.

Katanya, dia memerlukan suntikan pembrolizumab bagi meningkatkan peluangnya untuk hidup lebih lama.

“Ubat itu dapat meningkatkan sistem imunisai badan bagi mengesan, melawan sel tumor selain meningkatkan peluang hidup penghidap kanser seperti saya.

“Saya disahkan menghidap kanser itu pada Ogos tahun lalu dan sudah melakukan kemote­rapi sebanyak enam kitaran,” katanya.

Namun, menurut Norfarahain, sel kanser kembali aktif dan sudah mencecah tahap dua dan merebak ke paru-paru sejak Jun lalu.

Tambahnya, imbasan tomografi berkomputer mendapati, kanser itu sebesar 12 sentimeter di paru-paru hingga mengganggu sistem pernafasan.

“Ia menyebabkan saya kerap batuk, sesak nafas dan badan kerap lemah dan keletihan,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Adam yang juga bekas tentera berkata, permohonan bantuan daripada Kementerian Pertahanan juga belum ada maklum balas.

Katanya, dia tidak sanggup untuk melihat isterinya terus menderita dan memohon bantuan pelbagai pihak bagi mengumpul dana untuk membeli ubat tersebut.

“Saya mengenali Norfarahain yang berstatus ibu tunggal empat tahun lalu dan mendirikan rumah tangga pada 17 Februari lalu selepas kagum dengan kekuatan dan semangatnya meneruskan kehidupan.

“Namun, pendapatan saya RM2,000 sebulan tidak mampu menampung kos untuk tanggung persekolahan anak berusia 10 dan 13 tahun, beli ubat cairkan darah, susu khas selain vitamin,” katanya.

Orang ramai yang ingin meri­ngankan beban Norfarahain boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank miliknya di 162786154316.

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai..siannya
Mariah kita.bantu.sikit2 utk wanita2 ni...
Anak2.masih remaja plak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la mak sedara aku bgtau
Berabis 1/2 juta untuk treatment anak dia penghidap kanser limphoma ni
Alhamdulillah baik dh sepupu aku tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
spital gomen x leh treat ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kazen aku dpt kanser otak, doktor kata xde peluang hidup, lalu kazen aku ikut cara rawatan dokc noordin darus, posa sunat senin & khamis, hari lain posa air, minum air jer sepnjang hari, dia minum air rx, air teh hijau & teh durian belanda. Kita kena usaha, kan...ajal blum datang, xdelah perit sangat pikir pasal duit rawatan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2023 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
AkokKocik replied at 29-8-2023 01:40 PM
Kazen aku dpt kanser otak, doktor kata xde peluang hidup, lalu kazen aku ikut cara rawatan dokc noor ...

Jadi perkembangan dia macamana?

Dr saya cakap,makan makanan hijau memang antioksidan dan anti inflamatori. Jadi kena amalkan juga makan ulam2 selain saranan dr nordin tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah tengok kat YT pesakit eksplain rawatan harga sebuah rumah.

Apa pun harap bertabah, sebab nak kemo balik2 ni kena ada kekuatan.iols pun tak kuat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2023 01:58 PM | Show all posts
Maaf cakap lah kak, lebih baik mati aje. Tapi sebelum mati tu beribadah lah sebaiknya. Paling tidak mati tu memberi peluang kepada orang lain untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
CatMiow replied at 29-8-2023 01:47 PM
Jadi perkembangan dia macamana?

Dr saya cakap,makan makanan hijau memang antioksidan dan anti inf ...

Hidup lagi dia, kanser tu dh hilang, yg paling penting bagi pesakit kanser adalah sokongan kuat dr kluarga & fikiran positif dlm diri pesakit sndri.

Kazen aku kata dia kadang2 rasa down, rasa putus asa, boring asyik minum air waktu hari posa air, tp mak dia slalu bri kata semangat, xsemestinya dpt kanser mati krana kanser, slagi Allah blum jemput balik, kena usaha, doa & tawakal.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan...limphoma nie yg Ade benjol2 tu kan? ank bujang sulung haku ade 2 benjolan kat tgn n Kiri die... Ade masa beso Ade masa mengecut pulak... nk keje g wat checkup la
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
AkokKocik replied at 29-8-2023 01:59 PM
Hidup lagi dia, kanser tu dh hilang, yg paling penting bagi pesakit kanser adalah sokongan kuat dr ...

Yup betul, tak semestinya yang kanser mati sbb kanser, tapi kalau nak kasar sikit, kalau mati sbb kanser  jangan rasa jijik, hina dan down. Itu yang saya pegang. Sekurangnya ahli keluarga sedia sebelum ketiadaan kita.

Kadang ada kematian yang tak dijangka lagi kesian, ada kes bulan lepas atau awal bulan ni, laki tak balik seminggu, tahu tahu orang jumpa meninggal masuk dalam longkang, ada baby kecik lagi dalam 6bulan.

Bayangkan perasaan ahli keluarga, bayangkan kalau masa nak nazak dia masih sedar, sedih dan minta la dijauhi petaka sedemikian...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 02:57 PM | Show all posts
AkokKocik replied at 29-8-2023 01:59 PM
Hidup lagi dia, kanser tu dh hilang, yg paling penting bagi pesakit kanser adalah sokongan kuat dr ...

dia amalkan ni untuk berapa lama sampai kanser tu boleh hilang?
kanser ni makanan yg paling kena elak gula.
bulan lepas aku naik grab... grab driver ni cerita anak dia kena kanser...muda lagi awal 20an anak dia.
dah buat chemo dah semua... sekarang ni katanya cancer free. aku tanya selain chemo dia ada buat rawatan lain tak?
dia cakap makan ubat2 doktor & minum EVOO tiap hari.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
AkokKocik replied at 29-8-2023 01:40 PM
Kazen aku dpt kanser otak, doktor kata xde peluang hidup, lalu kazen aku ikut cara rawatan dokc noor ...

Mohon screenshot ye komen tuan. Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 29-8-2023 01:02 PM
spital gomen x leh treat ke

ubat2 yg ditulis tu kalau kat spital gomen kene beli jugak.
bil iols lymphoma survivor treat kat hkl dgn sjmc. kat sjmc pakai insurans cmpny+insurans sendiri...kat hkl buat chemo tapi byk ubat kene beli sendiri.
insurans company tu smpai habis limit la.

before chemo tu nak kene pasang amende entah kat bahu (op) dlm rm95k. kalau buat kat hkl byr murah lagi tp kene masuk q agak lama. so decided buat kat sjmc tapi insurans personal hanya lepas 60k je setahun. nak guna separuh insurans+separuh cash eh insurans plak tak bagi (iols tatau la pasaipe). so husband iols bayarkan 60%, arwah fil 20%, pakcik 20%. duit bil ada (gaji+saving+39k dpt dr insurans) guna utk chemo 12cycles. bila congak2 lbh krg gitu gak la harga treatment smpai baik. almost 3thn gak la dia bercuti kerja pun hampir2 diberhentikan. Alhamdulillah lepas tu sihat smpai skrg beranak pinak.

harap fmly ni tabah...InsyaAllah akan ada org bantu sikit2 pun ok dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2023 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
CatMiow replied at 29-8-2023 02:46 PM
Yup betul, tak semestinya yang kanser mati sbb kanser, tapi kalau nak kasar sikit, kalau mati sbb  ...

Ni Kes India tu ke? Suami dah berapa hari kat dlm longkang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 04:08 PM | Show all posts
komen2 dlm forum more supporting & positive, nah munger
compare kata nista dlm ig/fb
ramai kata mcm2 scam sakit skrg nih
bil perubatan mahal2 bukak crowd fund
mcm kes nad jenal
tp iyelah we're not in their shoes...

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
pekanwoohoo replied at 29-8-2023 01:58 PM
Maaf cakap lah kak, lebih baik mati aje. Tapi sebelum mati tu beribadah lah sebaiknya. Paling tidak  ...

Xblh kata lbh baik mati aje, itu jawapan org yg berputus asa dgn rahmat Allah & Allah xsuka hambanya yg berputus asa...bukan aku kata, ustaz yg kata, wktu tu aku sakit teruk sampai aku rasa nk mati jer tp bila aku dgr cramah ustaz ni pasal putus asa, aku jd bersemangat balik buat rawatan....skrg aku dh sembuh & join korang berporom ni...hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
___ replied at 29-8-2023 02:57 PM
dia amalkan ni untuk berapa lama sampai kanser tu boleh hilang?
kanser ni makanan yg paling kena e ...

Kazen aku kata dlm masa 6-8 bulan tp bergantung pd tahap teruk & semangat utk sembuh....setahun kazen aku tu hilang dari radar, xjumpa di mana2 majlis kluarga sedara mara sbb dia xnak org tengok betapa kurusnya, dia kata tingginya 5'5 dgn berat 38kg...memang tinggal tulang.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.057031 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list