|
Kuala Lumpur: Bukan hanya masyarakat Melayu serta peribumi Sabah dan Sarawak, malah Cina dan India selain rakyat asing turut terpengaruh dengan amalan pemakaian susuk sekali gus menjadi cabaran kepada pakar perubatan mencari penyelesaian terbaik dalam mengendalikan pesakit terbabit.
Ia memerlukan kesedaran dan pengetahuan mantap mengenai susuk bagi mengelak kesilapan semasa diagnosis dan mengurus pesakit itu, namun selalunya pengamal perubatan tidak campur urusan pesakit melainkan jika mengalami jangkitan atau kecederaan pada otot.
Berdasarkan kajian kes susuk yang diterbitkan dalam Jurnal Pembedahan Mulut dan Maksilofasial Malaysia mendedahkan, pesakit dirujuk ke hospital terdiri daripada pelbagai bangsa, malah tidak terkecuali rakyat asing seperti Indonesia, Euroasia dan Korea.
Daripada 64 kes direkodkan dalam kajian itu, seorang pesakit lelaki yang tidak diperincikan maklumatnya dikesan memakai 80 susuk pada badannya selain 50 susuk ditemui pada seorang wanita Korea berusia 90 tahun serta lima pesakit masing-masing dengan lebih 20 susuk selain pesakit termuda ditemui berusia 15 tahun.
Mengakui perkara itu, pegawai perubatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kota Tinggi, Johor, Dr Shazwanie Azeera Soberi berkata, dia pernah mengendalikan kes susuk di jabatan kecemasan pada 2020 dan 2022 membabitkan pesakit Melayu serta kaum lain.
Katanya, lazimnya pesakit berbangsa lain lebih terbuka bercerita mengenai rahsia mereka memakai susuk berbanding masyarakat Melayu.
"Saya pernah merawat seorang pesakit Cina lelaki ini berusia 77 tahun yang mengadu sakit tangan kanan selepas terjatuh.
"Selepas buat X-ray, saya tanya dia ada pasang apa-apa ke dia tergelak dan mengaku memakai emas (susuk) pada kedua-dua lengannya.
"Dedahnya, dia pakai susuk itu zaman muda ikut kawan kerana atas tujuan hendak kuat," katanya.
Selalunya, katanya, susuk itu tidak akan dikeluarkan terutama yang tidak mendatangkan simptom atau masalah kepada pesakit kecuali dengan permintaan pesakit.
Sementara itu, Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial Hospital Cyberjaya, Dr Mohd Khairul Anwar Mohd Tahir berkata, kebanyakan kes pesakit memakai susuk ditemuinya bukan hanya dalam kalangan masyarakat Melayu, ia juga menjadi kepercayaan Cina, India serta peribumi Sabah dan Sarawak.
"Daripada perbualan bersama pesakit, biasanya orang Melayu mengamalkan susuk bagi tujuan mengikat, tarikan kecantikan dan dikasihi manakala India dan Cina lebih kepada melindungi diri daripada bala mahupun kejadian tidak diingini serta meningkatkan keyakinan diri.
"Kebanyakan pesakit saya jumpa di Sabah dan Sarawak dalam kalangan individu berusia dan di Lembah Klang saya ada jumpa pesakit muda dalam lingkungan 20-an," katanya.
Katanya, selalunya pesakit dicadangkan membuang susuk itu menerusi pembedahan kecil dengan bius setempat mahupun pembedahan yang memerlukan pesakit ditidurkan menggunakan bius umum jika kedudukan susuk itu menjejaskan struktur otot yang lebih dalam.
"Selalunya kita akan cadangkan pesakit buang susuk terutama apabila selalunya kita nampak susuk itu pada bahagian tubuh badan yang cedera akibat kemalangan.
"Biasanya bagi pesakit berusia akan menuruti saja cadangan doktor, tetapi orang muda selalunya enggan kerana pelbagai faktor termasuk pantang larang.
"Apabila dia enggan kita tidak akan memaksa malah tetap profesional jalankan tugas sambil menerangkan risiko apabila tidak mengeluarkan susuk itu selebihnya terpulang kepada pesakit itu sendiri," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Cina hindu pakai susuk sbb nak kuat cari duit..mulayu pakai susuk sbb nak cantikk.. hahahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nmpk rupanya susuk ni dlm x ray.. ingat ilang mcm tu jee.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah terbaca pelwkon hollywood zaman dulu kala pun pakai susuk.. mmg cantik nak mampus laa.. nama aku lupe.. dia pakai susuk pas tu masuk ratu cantik pas tu menang paa tuu jd retis pas tuu kaya.... sekiann |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 zaman bbnu pernah baca si Fann Wong tu pakai susuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Byk menda² syirik aku teringin nk buat pakai susuk ni la
|
|
|
|
|
|
|
|
Degawan bapak Irasol tersenyum sinisss
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah akhirnya ada plak citer daripada doctor pasal pemakaian susuk.. aku ingat kisah mandrem melayu je pakai susuk...
Aku tengok org pakai susuk ni biasa2 je.. takde la wow.. cuma mmg heran la muka mcm orang utan, tp ada jantan2 duk gila... |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 23-9-2023 02:54 PM
Wah akhirnya ada plak citer daripada doctor pasal pemakaian susuk.. aku ingat kisah mandrem melayu j ...
Sekali lafaz je ye sis utk perenggan kedua itu… hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Org kapiaq pakai susuk, nak mati pun kena cabut atap ke?
Ke setan susuk tu cuma melekat kat org islam je.. |
|
|
|
|
|
|
|
yang hilang tu zhulian , yang kekal emas
|
|
|
|
|
|
|
|
susuk dia dh expired kut sis tak renew roadtax
|
|
|
|
|
|
|
|
rumah orang putih ada ni sis, modern dah kalau nak keluar susuk emas
|
|
|
|
|
|
|
|
senior kaka ada sorang pakai susuk emas kt bahagian genital part, aset part, dan pipi tujuan bagi suami syg.
sekarang suami dia tambah madu baru sebab kaka suspek dia dh kena kanser fuki sebab berat badan dia susut tetiba muka pucat cm vampire kena sunlight
jauhilah perbuatan syirik , dosa yang tiada ampun maaf.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada sorang sistur dia pakai susuk gigi emas harap masa kunyah satay tak terlekat daging
|
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 23-9-2023 12:38 PM
Nmpk rupanya susuk ni dlm x ray.. ingat ilang mcm tu jee..
Baru ni i baca fb sorg doc ni..dia share pic xray patient dia..nampak la susuk bersepah kt muka org tu..pastu ramai pulak gang doctors, nurses and radiographers pakat komen psl experience dia org jumpa org pakai susuk ni...ada yg pakai kat konek rupanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
nw111 replied at 23-9-2023 04:05 PM
Baru ni i baca fb sorg doc ni..dia share pic xray patient dia..nampak la susuk bersepah kt muka or ...
Pakai kat kote tak de ke effect persembahanyya nanti.. kot merudum je tak mampu tegak |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 23-9-2023 03:39 PM
rumah orang putih ada ni sis, modern dah kalau nak keluar susuk emas
Kalau kapiaq Malaysia nak kluar ikut mana setan tu |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 23-9-2023 03:36 PM
yang hilang tu zhulian , yang kekal emas
Kalo kita sengaje sengaje cucuk jarum tuu.. agak agak effect sama dgn susuk tak.. hahshshs.. soklan bodo aku nak soal nii sbb saje je le nak tau |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 23-9-2023 04:08 PM
Pakai kat kote tak de ke effect persembahanyya nanti.. kot merudum je tak mampu tegak
Pakai sbb nak gagah le tu...mau sekali main taham 2 jam agaknya
You pegi la tgk fb hafiz rahim...syok baca komen2 depa |
|
|
|
|
|
|
| |
|