View: 4964|Reply: 26
|
[Dunia]
12 perkara orang miskin buat, pandangan Warren Buffett
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 19-11-2023 05:38 PM
Warren Bufffet, salah seorang pelabur yang paling berjaya di dunia mempunyai reputasi kebijaksanaan di dalam bidang menguruskan kewangan melalui konsepnya yang ringkas tetapi sangat mendalam.
Masaalah kewangan yang menjadi beban kehidupan zaman sekarang, setiap orang mampu membuat keputusan yang berkesan bagi menguruskan kewangan masing-masing dengan lebih baik.
Mengabaikan pembangunan diri
Menurut Buffett, pelaburan terbaik yang boleh dilakukan adalah pada diri sendiri. Meningkatkan kemahiran dan pendidikan boleh meningkatkan potensi pendapatan dengan ketara. Pengetahuan dan kebolehan adalah aset yang tidak boleh diambil oleh sesiapa pun daripada anda.
Bergantung pada kad kredit
Memiliki kad kredit mudah, tetapi kadar faedah yang tinggi boleh membebankan pemilik jika tidak membayar baki penuh setiap bulan. Buffett menasihatkan agar tidak berbelanja untuk benda yang tidak perlu yang bakal menyebabkan bebanan hutang kad kredit.
Kerap mengunjungi bar dan pub
Perbelanjaan untuk aktiviti sosial seperti minum di bar boleh bertambah. Memilih lokasi yang sesuai untuk bersosial seperti berkumpul di rumah membantu menjimatkan wang dengan ketara.
Mengejar teknologi terkini
Gajet baharu mungkin menggoda, tetapi model tahun lepas masih berfungsi dengan baik. Buffett sendiri mempunyai sejarah berpegang kepada teknologi yang masih berfungsi dan bukannya tren. Adalah penting untuk menilai sama ada teknologi terkini benar-benar berbaloi untuk dibelanjakan.
Berbelanja berlebihan pada pakaian
Buffett, seperti jutawan lain mementingkan kesederhanaan memilih pakaian. Klasik dan bertahan lama berbanding pakaian yang berjenama dan mahal mampu menjimatkan kos.
Membeli kereta baharu
Kereta terkenal dengan susut nilai yang cepat. Buffett mengesyorkan membeli kereta second-hand yang masih elok, bukannya terpikat dengan tarikan model baharu.
Keahlian gym yang tidak digunakan
Buffett menggalakkan gaya hidup aktif tetapi berhati-hati terutama keahlian gym. Rutin kecergasan percuma atau yang berkos rendah sama sahaja kesannya jika diamalkan secara konsisten.
Langganan yang tidak perlu
Perkhidmatan langganan (subscriptions) jika tidak dipantau dengan teliti boleh menjadi bebanan kewangan. Semak bil selalu dan batalkan jika ianya tidak memberi faedah.
Kebergantungan terhadap produk kosmetik
Buffett menasihatkan agar tidak menggunakan secara berlebihan atau menggabungkan produk-produk penjagaan kulit yang tidak perlu. Mencari rutin yang mudah dan berkesan boleh menjimatkan wang dan kulit anda.
Keluar makan
Walaupun bergaul itu penting, kerap keluar bersosial boleh menyumbang kepada perbelanjaan yang tinggi. Memilih alternatif mesra bajet seperti masak sendiri atau menonton filem di rumah mampu mengurangkan kos dengan ketara.
Perjudian
Walaupun perjudian mungkin kelihatan seperti jalan pintas kepada kekayaan, Buffett menekankan kepentingan memahami kemungkinannya. Dia menggesa orang ramai membuat keputusan kewangan yang memihak kepada pengumpulan kekayaan jangka panjang mereka, bukan untuk keseronokan sementara.
Merokok
Merokok, selain implikasi kesihatan adalah tabiat yang mahal. Berhenti boleh membawa kepada peningkatan yang ketara dalam belanjawan peribadi anda.
Nasihat kewangan Warren Buffett, berasaskan pengalaman pelaburan berdekad-dekad, menawarkan pandangan berharga untuk sesiapa sahaja yang inginkan kestabilan.
Dengan mengambil kira semua ini, kita mampu membuat keputusan yang tepat untuk mengurus kewangan dengan lebih baik bagi membuka peluang menjana wang lebih untuk masa jangka panjang.
https://finance.yahoo.com/news/warren-buffett-12-things-poor-143028989.html
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Uishh ok okeh warren.
Thn depan wee olllsss start bjimat |
|
|
|
|
|
|
|
out of 12, aku ada 2. kereta - on a low scale sebab tukar in every 7-8 years. dan keluar makan on a very high scale - almost everyday makan luar sbb malas masak. |
|
|
|
|
|
|
|
Keluar makan dan langganan yang idok perlu.
Idok juga aku kaya. Har. Camna nak jadik kaya kalau kerja makan gaji 100% takda meniaga tapauweh ka apa2 barangan hanat masa kini. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 19-11-2023 12:45 PM
Keluar makan dan langganan yang idok perlu.
Idok juga aku kaya. Har. Camna nak jadik kaya kalau ker ...
Kenapa ticer tak join hai o...bukan ke ramai geng cikgi2 jual penapis air? |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 19-11-2023 04:50 AM
Kenapa ticer tak join hai o...bukan ke ramai geng cikgi2 jual penapis air?
Ada yang ajak tapi aku tak minat scam orang. Biaq pi la deols. Ramai kena tipu2 jah sampai rugi puluh ribu k penapis air tak terjual. Har. Bodo. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengurusan kewangan aku senang je: live within your means.
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus cikgu mcm ni. saya cukup tak suka bila cikgu cikgi sibukkkk nak menega segala tapuwer la...tudung segala mcm tudung la...tu belum lagi menega segala kuih muih raya....
|
|
|
|
|
|
|
|
asamfish replied at 19-11-2023 05:23 AM
bagus cikgu mcm ni. saya cukup tak suka bila cikgu cikgi sibukkkk nak menega segala tapuwer la... ...
Aiols tak minat. Bisnes perlu komitmen tinggi untuk berjaya hasilkan duit. |
|
|
|
|
|
|
|
Xkeluar mkn.
Tapi rajin tapau sbb malas masak. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm byk2 point tu iols ada satu je...
kebergantungan terhadap produk kosmetik
tapi iols tetap tak kaya raya holiday tetap economy class |
|
|
|
|
|
|
|
Suka lepak mamak dan tomyam.
Suka pergi Pasar Kemboja.
Hujung² dihina miskin oleh Kemboja, Siam dan Mamak, Pakistan, Bangla |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm list tu klu iols nk stop subscribe astro
Tgk movie pun dh x minat sbb klu masuk je xdan 5 min dh start ngantuk hujung2 tersengguk2 hapah citer pun x phm, faktor usia maybe
So tgk kt rmh lg kondusif
Jimat dh situ sbb klu tgk movi luar dgn ticket dh berapa, pakej mkn luar lg, menyinggah beli2 goodies lh, kudap lh
Nk kena control tu semua sbb harga msg2 serious x masuk akal
Moga lbh bnyk saving lps ni
Utk uols2 semua jgk
|
|
|
|
|
|
|
|
I ada 2 ...byk beli/mkn luar sbb malas giler nak masak and kebergantungan kpd product kosmetik...i tak kaki mekap..tapi my skincare sangat mahal... beribu2...tapi i sanggup je hadap skincare mahal tu sbb sangat elokkk kat kulit i.. |
|
|
|
|
|
|
|
kad kredit sekarang byr bulan2 rm3k+
makan luar di mana memang breakfast makan kt luar tpi lunch dan dinner masak
langganan yg x perlu, aku dh terminate unifi, astro dan coway semua tu xada
kenderaan baru entahlah skrg aku guna motor jer gie kerja |
|
|
|
|
|
|
|
i tkde semua tu kecuali no6 dan no10
kt malaysia beli keta used lagi byk pakai duit . sbb used tetaplah mahal namati, pastu kos nak repair/ make up balik pun mahal namatiso nasihat dia cuma terpakai 11 aje lah ye |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 19-11-2023 01:53 PM
Xkeluar mkn.
Tapi rajin tapau sbb malas masak.
iols tetap kena ada urusan masak2 kat rumah hari2 (utk anak2) walopon sehari mesti at least sekali makan kat luar. i paling tak suka tapau/delivery, sbb i rasa makanan tu jadi tak sedap kalau tapau (dah lambat baru nak makan) ... fallacy je sbnrnya hehe |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 19-11-2023 01:54 PM
dlm byk2 point tu iols ada satu je...
kebergantungan terhadap produk kosmetik
Sama lah.. bab kosmetik ni susah skit nak jimatkan.. sebab berkaitan kerja juga.. masa kerja kena nampak kemas, cantik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Warren Buffett Says Poor People Waste Money On These 12 Things
Sean Fisher, AI Editor
Sun, November 19, 2023 at 12:00 AM GMT+8·3 min read
Dave Allocca / Starpix / Shutterstock.com
Warren Buffett, one of the most successful investors in the world, has a reputation for his simple yet profound financial wisdom.
Neglecting Personal Development
According to Buffett, the best investment one can make is in oneself. Enhancing skills and education can boost earning potential significantly. Knowledge and abilities are assets that no one can take away from you.
Relying on Credit Cards
Credit cards can be convenient, but high interest rates can quickly overshadow any benefits if you don’t pay the full balance monthly. Buffett advises against needless spending that could lead to credit card debt.
Frequenting Bars and Pubs
Spending on social activities like drinking at bars can add up. Opting for more affordable social gatherings, like home get-togethers, can help save significantly.
Chasing the Latest Technology
New gadgets may be tempting, but often, last year’s model serves just as well. Buffett himself has a history of sticking to functional rather than flashy tech. It’s important to assess if the latest upgrades genuinely provide added value for the price.
Overspending on Clothes
Buffett, along with other billionaires, leans towards simplicity in his wardrobe. Choosing classic, durable clothes over flashy, expensive brands can result in significant savings.
Buying New Cars
Cars are notorious for their rapid depreciation. Buffett recommends buying pre-owned cars and holding onto them for as long as they’re reliable, instead of falling for the allure of the new models.
Unused Gym Memberships
Buffett promotes an active lifestyle but cautions against unused gym memberships. Free or low-cost fitness routines can be just as effective if regularly practiced.
Unnecessary Subscription Services
Subscription services, if not carefully monitored, can become a financial drain. Review these regularly and cancel those that don’t provide value.
Over-Reliance on Skincare Products
Buffett advises against overusing or needlessly combining skincare products. Finding a simple and effective routine can save both money and your skin.
Regular Nights Out
While socializing is essential, frequent nights out can be a significant expense. Opting for budget-friendly alternatives like home-cooked meals and movie nights can cut costs considerably.
Gambling
While gambling might seem like a shortcut to wealth, Buffett emphasizes the importance of understanding the odds. He urges people to make financial decisions that favor their long-term wealth accumulation, not momentary thrills.
Smoking
Smoking, beyond its health implications, is a costly habit. Quitting can lead to a significant boost in your personal budget.
Warren Buffett’s financial advice, grounded in decades of investment experience, offers valuable insights for anyone seeking financial stability. By being mindful of these common money pitfalls and making informed decisions, we can better manage our finances, paving the way for long-term wealth and success.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena baca versi BI untuk meletakkan nasihat dia pada konteks yang betul e.g. bab keluar makan tu. Omputih punya nights out tak sama acik tapau lauk balik keje sbb tak sempat masak
Regular Nights Out
While socializing is essential, frequent nights out can be a significant expense. Opting for budget-friendly alternatives like home-cooked meals and movie nights can cut costs considerably.
btw satu nasihat dia yang aku pegang ialah rule 1/3. Pecahkan your portfolio kepada one third cash, one third long term fund and one third physical asset. Sangat tepat untuk zaman mengumpul harta dulu.
satu lagi ialah pesan arwah mak aku jangan berhutang. ofkos konteks dia lain tapi aku telan juga. Hasilnya aku cuma berhutang on my first car and my first house. Lepas tu semua rumah, rumah, rumah aku beli cash! Done membongak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|