View: 9064|Reply: 41
|
Bakal Berkahwin Bulan Hadapan, Pengantin Mengaku Salah Rogol Gadis Bawah Umur
[Copy link]
|
|
Muar: Seorang lelaki yang dijadual melangsungkan perkahwinan bulan depan, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol kenalan bawah umur hingga melahirkan anak, dua tahun lalu.
Tertuduh, Mohamad Haidil Haiqal Abdullah, 20, yang ditemani tunangnya, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Mengikut pertuduhan, dia yang bekerja di kebun kelapa sawit didakwa merogol mangsa yang berusia 13 tahun di sebuah rumah di Kluang, dengan kejadian itu berlaku antara Mei hingga November 2022.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa mangsa sudah melahirkan bayi pada Mei iaitu seminggu selepas dia ditahan polis pada 30 April tahun lalu.
Hujahnya, hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas bayi yang dilahirkan mangsa mendapati, ia sepadan dengan tertuduh.
"Dalam kes ini, mangsa masih di bawah umur dan kesalahan ini adalah serius. Pihak pendakwaan memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh," katanya.
Selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan, mahkamah memutuskan untuk tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Mahkamah menetapkan 27 Februari ini untuk fakta kes, hukuman serta laporan sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat memandangkan tertuduh pesalah muda.
Sumber : Harian metro |
|
|
|
|
|
|
|
utk tunang heols, salam takziah. mohon fikir blk lah dik psl nak kawen tu. |
|
|
|
|
|
|
|
vaveee tonyok! mereput la dalam penjara. kalau tunang tu nak proceed jugak nikah, mmg bangang.
kesian mangsa rogol & anaknya. muda sgt lagi |
|
|
|
|
|
|
|
2thn lps maksudnya lelaki ni umur 18thn lah ya...
|
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 15-1-2024 03:18 PM
utk tunang heols, salam takziah. mohon fikir blk lah dik psl nak kawen tu.
Stress nya baca berita ni. Kesian baru umur 13 dah ada anak. Now budak tu dah umur 15 tahun la kan.
Btw, rasanya bertunang lepas kes kot. Sbb kes happen 2 tahun dulu |
|
|
|
|
|
|
|
haah kot chuols bertunang lps kes tp sbb ayat news kata tunang okt ni hadir, maka iols bersimpati dan mohon tunang heols fikir leklok psl isu ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 15-1-2024 04:02 PM
haah kot chuols bertunang lps kes tp sbb ayat news kata tunang okt ni hadir, maka iols bersimpati ...
Maksud nya tunang mmg tahu dah ada kes dan planning nak kawen next month…tunang pon berani memperjudikan nasib masa depan sendiri. x tau nak komen camne |
|
|
|
|
|
|
|
mesti budak tu tak tutup aurat, sbb tu kena rogol, ujar usetat lowbuy ketum |
|
|
|
|
|
|
|
So si tunang dan mangsa tu orang yang berlainan kan?
13 tahun ya. Baru setahun tinggalkan sekolah rendah |
|
|
|
|
|
|
|
Ditemani tunangnya gais. Ditemani tunangnya.
Stinki ngok2 pon tadak tunang. Perogol can do better than nate beghok jahane mahkluk hino tu. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm tipikal mat rempit je ni
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 15-1-2024 04:17 PM
Ditemani tunangnya gais. Ditemani tunangnya.
Stinki ngok2 pon tadak tunang. Perogol can do better t ...
Tu aku ckp kebanyakan perempuan ni dah tahu perangai hazebadah laki masing2 sebelom kahwin |
|
|
|
|
|
|
|
Wait, kenapa aku rasa tunang dan mangsa adalah orang yang sama?
Dicaj rogol sebab mangsa bawah umur, padahal suka sama suka?
Btw, nak tengok jugak rupa paras tunang dia yang tasty sangat dengan muka sememeh cam ni. nampak busuk ewwwww. |
|
|
|
|
|
|
|
speechless.. tunang pun fikir apa lagi.. kau ingat ni novel melayu? happily ever after punya pengakhiran? mau fikir masak masak.. kesian sungguh dengan budak perempuan tu & baby dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
sufi^_^ replied at 15-1-2024 04:37 PM
Wait, kenapa aku rasa tunang dan mangsa adalah orang yang sama?
Dicaj rogol sebab mangsa bawah umur ...
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa ye tunang tu bodoh siap temankan okt ni..dah sah2 la dna matching betina ni asalkan berjantan agaknya..bodoh piang |
|
|
|
|
|
|
|
Tunang pun… nak kata kaya taua hensem sgt pun tak rupa rempit je, nak kata sado jauh sekali, ada pula rekod rogol siap beranak apa la ko pikir ni perempuan? |
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 15-1-2024 04:02 PM
haah kot chuols bertunang lps kes tp sbb ayat news kata tunang okt ni hadir, maka iols bersimpati ...
Sedangkn pantai berubah.... Ini kan pula hati orang....
Setiap org melakukn kesilapan, tak baik kita menghukum sebegitu....
Sedangkn nabi ampunkan umat.... Siapa lah kita nk bersangka buruk sesama insane.....
Aku gerenti, ni le ayat yg tuna g dia hapal.... Sbb tu sanggup dtg hari perbicaraan |
|
|
|
|
|
|
| |
|