CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13241|Reply: 75

Pensyarah IPTS Merajuk Gaji Tak Naik-Naik, Nekad Kerja Cleaner Di Singapura- Balik Malaysia Kaya Raya

[Copy link]
Post time 16-1-2024 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Nampaknya semakin ramai yang berminat untuk mencari kerja di Singapura disebabkan tawaran gaji lumayan.


Ia berlaku disebabkan nilai mata wang dolar Singapura lebih kukuh berbanding ringgit.


Susulan Republik itu menjadi destinasi pilihan ramai rakyat Malaysia untuk mencari rezeki, seorang individu terpanggil untuk berkongsi pengalamannya yang berhijrah ke sana untuk mengubah nasib.




Gambar Hiasan




Dia mengakui kerja di Singapura menyaksikan perubahan besar dalam kehidupannya berbanding sebelum ini yang bekerja di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).


“Betul orang kata kerja di Singapura boleh ubah nasib. Saya sebelum ni mengajar di IPTS selama lima tahun. Gaji akhir saya kat IPTS sebanyak RM1,900.


“Selama lima tahun saya kerja, setiap bulan mesti ada fasa tak cukup duit. Kadang tak sampai pertengahan bulan. Gaji tak naik-naik tapi harga barang selalu naik, tak boleh survive,” luahnya menerusi satu perkongsian di grup Facebook.


Namun katanya, keadaan semakin sukar sehingga dia akhirnya berputus asa kerana tekanan yang dihadapinya.


“Stres tahap tak boleh nak kerja sebab lepas gaji pun stres lagi fikir nak bayar itu ini, keperluan rumah,” ujarnya.


Menurut lelaki itu, dia kemudian mengambil keputusan untuk mencari kerja di Singapura dan menerima tawaran bekerja sebagai pekerja pembersihan.


Walaupun tidak lagi bergelar pendidik, namun dia bersyukur kerana gaji asas yang diterima jauh lebih tinggi berbanding pendapatan bulanannya sebelum ini.


“Alhamdulillah dapat kerja cleaner, gaji basic S$3,100 (RM10,815). Anda convert la sendiri,” tambahnya.


Dalam pada itu, dia turut akur bekerja di negara jiran adalah ‘jalan pintas’ buatnya untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi.


Dia sendiri mampu menarik nafas lega dengan hanya gaji pertama yang diterimanya sebagai pekerja pembersihan.


“Mana yang tak ada jalan nak bayar hutang, buntu hutang berpuluh ribu... ini je la shortcut anda ada. Gaji pertama pun dah boleh bayar macam macam. Anda tak akan menyesal.


“Kalau orang lain kata sesak lalu lintas kat Singapura macam teruk. Percayalah kalau dah kerja, anda boleh hadap sebab rasa berbaloi dengan apa yang anda dapat,” katanya.


Pada masa sama, dia turut berkongsi tip berguna kepada mereka yang masih tercari-cari pekerjaan demi meneruskan kelangsungan hidup.


“Mohon kerja, minta doa (restu) mak ayah dan terus cari kerja sampai dapat. Paling penting anda kena percaya pada diri sendiri.


“Anda tak perlukan orang lain untuk percaya anda boleh kerja di Singapura. Macam mimpi je boleh dapat gaji besar, tapi sebenarnya realiti,” jelasnya.


Namun semakan terkini mendapati hantaran tersebut telah dikeluarkan dari grup Facebook berkenaan, gara-gara perkongsiannya mempengaruhi masyarakat untuk bekerja di Singapura, dan bukan mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah beban hutang dan muflis.


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 09:27 AM | Show all posts
walaupun pahit tp tulah hakikatnya. diakui teruk utk survive kat msia sbb semua benda nak naik except gaji. hmm...utk short term bolehlah kot consider kerja sana tp long term (cth: bila ada masalah kesihatan), uishhh sakit wooo
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 09:29 AM | Show all posts
gaji kecik di malaysia sebab kerajaan kena tanggung mentaliti subsidi bangsa melayu...

sudah tiba masanya mentaliti bumiputra di buang dan melayu bersaing on a level playing ground
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 09:36 AM | Show all posts
keje ipts caprut level rmh2 kedai mmg lah dek..alangkan msu yg acah2 gah tu pon kedekut bayar gaji cipot..ko nk gaji sedap masuk la ipts mcm utp ke uniten monash bagai
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 09:41 AM | Show all posts
Pensyarah menda gaji 1900?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 09:46 AM | Show all posts
Ni mesti lecturer kolej2 kecik shop lot kan. RM1900.. silap2 gaji cikgu tadika pun lagi banyak dari ni? Ke tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2024 09:47 AM | Show all posts
Ipts mana bg gaji byk tu utk pensyarah? tp yeah, hujan emas di negeri org. pilihan ada kan, pilih la yg mana terbaik utk memasing
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak mokcik siklemak dulu kerja pensyarah kat pun MSU gaji gituh.. lepas duit minyak je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 10:25 AM | Show all posts
Takut nanti ramai yang kena scam..offer kerja kat Singapura..last2 p bawak kat Vietnam jadi scammer.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 11:20 AM | Show all posts
ifanonline replied at 16-1-2024 09:29 AM
gaji kecik di malaysia sebab kerajaan kena tanggung mentaliti subsidi bangsa melayu...

sudah tiba m ...

tang mana kerajaan kena tanggung mentaliti subsidi bangsa Melayu? Realitinya subsidi Melayu saja ke dapat?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni pensyarah yang takda PhD. Kalau ada PhD, kolej shop lot tu bagi dalam 5k at least
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 11:23 AM | Show all posts
kawan2 sama u anak i ramai jgak keje singapore kebetulan sheol skrg keje jb nasib jumpa balik kawan2 u keje sana ada yg keje singapore bidang yg dirog belajar kt uni dulu mcm anak i jgak. fresh grad dpt gaji kira2 matawang kita dapatlah 8-10k
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 11:36 AM | Show all posts
jebatmaspunyer replied at 16-1-2024 11:20 AM
tang mana kerajaan kena tanggung mentaliti subsidi bangsa Melayu? Realitinya subsidi Melayu saja k ...

maksudnya saya subsidi bumiputra...banyak kena tanggung...brape banyak agensi kerajaan yg menanggung subsidi utk melayu? cuba senaraikan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Pilihan masing2 nak keje kt mana.
Obersea of coz la gaji lebat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 11:53 AM | Show all posts
Namun semakan terkini mendapati hantaran tersebut telah dikeluarkan dari grup Facebook berkenaan, gara-gara perkongsiannya mempengaruhi masyarakat untuk bekerja di Singapura, dan bukan mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah beban hutang dan muflis.


takpelah nk dikeluarkan dari group tu pun, at least masalah dia selesai bab duit dan bg inspirasi kpd org lain. ape salahnya takat g singapura? yg korang Dr pegi keja oversea x nak blk berkhidmat di negara sendiri takpe la? maybe sb Dr x kecoh2 kat socmed kan jd benda tu tertutup la dari jd bahan gosipan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kolej ape bayar gaji ciput? Ker starter nih? Gaji pokok lum masuk elaun yg lain? Nak cepat kaya jadi scammer jer macam laki c mata terjojol tu. Nasib baik besok2 leh beli gelar depan nama. Hah tambah mudah scam org. Biar muka pecah tanah asal duit berkepok gayenye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang gaji malaysia ni kecik. Harga barang mahal. Kalau subsidi minyak ditarik ni, mesti naik mencanak harga makanan dll. Thailand tu petrol takde subsidi, tapi boleh jual makanan lagi murah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 12:28 PM | Show all posts
Besar gaji Singapore tu bolehlah berkereta mewah, beli rumah, kawin....untunglah kalau yg muda2 tu. Kalau dah berumur payahla sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ko bujang atau dah kawen takde anak atau bini tak kisah pjj, boleh la. Tp kene ingat singapore ni very strict. Ko takyahla buat mcm malaysia ni ha sesuka ati langgar undang-undang, once ko go viral esok pg nk pegi keje kene tahan terus kt imigresen singapore tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 16-1-2024 09:27 AM
walaupun pahit tp tulah hakikatnya. diakui teruk utk survive kat msia sbb semua benda nak naik excep ...

tu baru gaji cleaner kat Singapore

kalau dia keje pesyarah kat Singapore agak ko brapa gaji

cleaner mesia gaji berapa?

duluuuuu duit mesia sama nilai duit singapore

hari ni singgit mesia cuma 30 sen Singapore

ce fikir why why why?

singapore tadak minyak..tadak sawit..timah..tanah etc

depa cuma ada otak..how to survive..how?

mentality IMMIGRANT vs mentality NATIVE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.054972 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list