Baru-baru ini seorang lelaki telah berkongsi kisah di aplikasi X peritnya apabila mendakwa isterinya tidak jujur dan curang bersama lelaki lain. Yang lebih menyedihkan apabila wanita tersebut tergamak bermain kayu tiga meskipun perkahwinan mereka baru setahun.
Menurut sang suami ini, dia berkata bahawa isterinya itu mula sibuk semenjak bulan Disember lalu dan sering outstation untuk bekerja. Satu malam, lelaki ini terbangun sekitar 3 pagi untuk menunaikan solat Tahajud dan terlihat telefon isterinya menerima banyak notifikasi dipercayai daripada individu itu.
"Dah kahwin tahun lepas bulan Februari. Baru-baru ini start bulan 12 wife aku asyik outstation, kerja busy katanya."
"Semalam aku tiba-tiba bangun pukul 3 pagi lebih macam tu sebab nak Tahajud. Time aku solat, phone wife aku asyik berbunyi notifikasi spam."
"Aku tergerak hati nak check. Ada nama dia save D******. Aku speechless kejap."
Susulan itu, si suami ini telah bertanya terus kepada isterinya tentang kejadian tersebut dan isterinya pula dengan nada tengking, menafikan dan berkata itu hanyalah rakannya dari universiti.
Lelaki ini juga berkata bahawa dirinya terlalu sayangkan isterinya yang memang sopan dan baik sebelum mereka berkahwin. Difahamkan juga, lelaki ini telah meletakkan nama isterinya pada sebahagian harta miliknya.
"Nak tahu apa dia cakap? Itu kawan lama dia time dekat universiti dulu. Cakap dalam nada tengking, tinggi. So far sepanjang aku kahwin, aku tak pernah naik suara, pukul dia".
"Aku kalau boleh taknak cerai. Doakan aku dapat selesaikan masalah ni".
Post time 19-2-2024 06:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kalo betul..ko cerai je lah... tak kira laki pompuan.. kalo dah start curang dia akan mencurang selama2nya.. syg kau tu buang ketepi.. syg diri kau dulu. kalau ada jodoh minta dikurniakan org yg lebih baik.. org skrg bkn kira, dah kawin pun masih menjalang carik b***ng lain... jenis x bersyukur... elok ko buang awal2 dr merana di kendian ari. noktah.