Antara yang paling popular sudah tentunya makanan dari negara barat seperti chicken chop. Siapa saja yang tidak suka pada makan ini bukan?
Kebiasaannya, chicken chop akan dimasak dengan cara menggoreng ataupun dipanggang. Di tambah pula dengan sos istimewa yang disediakan.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang mat salleh yang berkongsi asal usul chicken chop yang sebenar.
Menerusi video tersebut, mat saleh itu memberitahu chicken chop sebenarnya bukanlah berasal dari negara barat tetapi berasal dari Malaysia.
Menurutnya, ia sebenarnya telah diubah suai oleh masyarakat Cina terutama kaum Hainan yang datang ke tanah Melayu semasa zaman penjajahan 90-an yang bekerja sebagai tukang masak untuk kerajaan British pada ketika itu.
Mereka inilah kemudian telah mencipta makanan tersebut yang sehingga hari ini dikenali sebagai chicken chop.
"Ia dicipta untuk kerajaan barat, tetapi ia bukanlah makanan barat. Chicken chop adalah makanan yang patut dibanggakan daripada Malaysia," katanya.
Perkara itu juga membuatkan ada di antara netizen yang merasa 'tertipu' kerana memikirkan makanan ini sebenarnya adalah daripada negara barat.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 23-4-2024 08:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Yang cipta ini maybe baru balek dari london... Ganti kan fish and chips
Dahulu ummah coba copy bagel... Di US pun bagel sedap yahood yang buat... Sekarang sudah improve tidak pasti lah...
orang dah tau lama dh..dulu mid 90s makan cikencop kt komtar penang ada satu kedai auntie tu. masa tu bf cina ajak makan sana aku tanya bole makan ke bole katanya kau makan fish and chip aku makan ciken chop.
Tak rasa tertipu pun sebab lama dah tau. Kalau makan kat coliseum cafe kat jalan TAR dulu tu pun menu dia akan tulis hainanese chicken chop. Even kalau pergi Yik Mun kat Tg Malim tu pun ada chicken chop hainanese juga. Mmm alamak terigat pula mee hailam dia ..
Post time 23-4-2024 03:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Samerosie replied at 23-4-2024 10:18 AM
Tak rasa tertipu pun sebab lama dah tau. Kalau makan kat coliseum cafe kat jalan TAR dulu tu pun me ...
Asal nama omputih, terus ingat menu western
Sama mcm air dan mee bandung, dulu ada yg ingat dari bandung… tah tah ada org malaysia yg pi bandung order menu air n mee banduNg, yg tu mmg lurus pembaris
Saya tak ada rasa tertipu pun walaupun saya baru tau ianya berasal sari Malaysia kerana saya tak pernah ambil tau pun.
Yang saya rasa tertipunya tentang Malaysia klim roti chanai berasal dari Malaysia kerana orang Pakistan juga makan roti chanai yang di panggil roti paratha
Roti chanai buatan malaysia yang di jual di luar negara di kedai arab dan pakistan juga dinamakan sebagai roti paratha. Tetapi roti paratha buatan Malaysia adalah yang tersedap jika nak dibandingkan roti pharata buatsn Pakistan dan india.