CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 111589|Reply: 2560

Pilihanraya Sarawak 2011 : Barisan Nasional menang majoriti 2/3

   Close [Copy link]
Post time 23-3-2011 02:09 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Magika at 16-4-2011 20:17

Pilihan raya negeri Sarawak 16 April
TERKINI @ 12:55:28 PM 23-03-2011
March 23, 2011

KUCHING, 23 Mac — Pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 akan diadakan pada 16 April, demikian ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Penamaan calon akan berlangsung pada 6 April

Dewan Undangan Negeri Sarawak yang menawarkan sebanyak 71 kerusi dibubarkan kelmarin. Kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri ialah pada 20 Mei 2006.

Writ pilihan raya dikeluarkan hari ini manakala notis pilihan raya pula Jumaat ini.

Tarikh-tarikh pilihan raya diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof susulan mesyuarat khas di sini hari ini.

Untuk pilihan raya Sarawak kali ini seramai 24,379 petugas SPR akan ditugaskan membabitkan 1,749 pusat mengundi dan 2,561 saluran pengundian, kata beliau.

Setakat suku keempat 2010, seramai 979,796 pengundi telah berdaftar dengan SPR dan layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri kali ini.

Daripada jumlah itu, 961, 433 adalah pengundi biasa manakala 18,363 pengundi pos.

Berdasarkan kedudukan semasa, Barisan Nasional (BN) Sarawak menguasai 63 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala pembangkang — DAP menguasai enam kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi.


Kepada warga Sarawak seperti Muntz, Rayna raynes, tekoyong, zach2008, kuyau dan semuanya... Selamat berpilihanraya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2011 02:12 PM | Show all posts
dan edisi projek segera bermula
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 02:27 PM | Show all posts
mintalah apa saja...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 03:58 PM | Show all posts
marilah mari pergi mengundi...

masalah jugak bg org yg pilih calon macam aku nih... tengok la siapa yg boleh mendatangkan lebih byk keuntungan dan faedah utk org kawasan aku, lepas tu baru fikir yang lain. Kawasan aku rasanya PBB(BN) vs PKR la... kalau ikut yg sudah2.

Biasanya utk saluran undi kpg aku PKR yg menang. Yg BN akan menang kat kawasan2 lain. Pelik jugak. Ni hasil yg aku tengok sblm nih la. Tapi lebih kepada gertak BN je sebenarnya kerana takda satu markas atau pusat utk org2 PKR kat kpg aku. Yg ada rumah pakcik bini aku kat ulu kampung tapi lebih kepada dia nak dapat duit sebab sewa rumah dia. Undi dia aku tak tau. Rahsia katanya. Lg pun dia mmg sokong pembangkang tak kira la siapa. Kalau BN jd pembangkang pun dia sokong BN. Itu kata dia.

Bapak aku mmg org BN. Tapi tahun ni tak nak ngundi katanya. Apa yg buat dia kecewa Kalau org bisness boleh gak kata tak dapat projek Termasukla mak aku. Aku tak tau la... tengah carik ilham. Selamat mengundi kepada org Sarawak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 05:04 PM | Show all posts
Pilihan raya negeri Sarawak 16 April
TERKINI @ 12:55:28 PM 23-03-2011
March 23, 2011

KUCHING, 2 ...
Magika Post at 23-3-2011 14:09



    Ko lupa chazey, shalom dan chubchomel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2011 05:13 PM | Show all posts
Ko lupa chazey, shalom dan chubchomel.
Muntz Post at 23-3-2011 17:04



    aku tak tau pun diorang orang sarawak
boleh highlight thread prn sarawak tak
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-3-2011 05:15 PM | Show all posts
Mengapa pembangkang tidak menang di Sarawak

PETALING JAYA: Rekod Tan Sri Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri Sarawak selama 30 tahun memang tidak sempurna dan dipenuhi dengan tuduhan penyalahgunaan kuasa oleh penentang-penentangnya.

Pendedahan keburukan Taib terus dibuat oleh musuh-musuhnya termasuk kekayaan yang dimiliki keluarganya baik di dalam negeri dan luar negeri.

Tetapi rakyat Sarawak tetap memilih Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan negeri dan dalam pilihanraya negeri bulan depan, sokongan itu dijangka tidak berubah.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebentar tadi mengumumkan hari pengundian ialah pada 16 April dan hari penamaan calon 6 April. Ini bermakna tempoh berkempen adalah 10 hari.

Sama ada Taib akan terus bertanding masih menjadi tanda tanya walaupun beliau menyatakan akan memberi laluan kepada muka baru untuk menerajui kerajaan negeri Sarawak.

Sarawak mempunyai 71 kerusi negeri – terbanyak berbanding negeri lain. Pada pilihanraya 2006, BN menguasai 63 kerusi manakala selebihnya oleh pembangkang.

Mengapa pembangkang di Sarawak gagal menumbangkan kekuasaan Taib walaupun begitu banyak keburukannya didedahkan kepada umum sejak sekian lama?

Gabungan pembangkang di Sarawak mengandungi DAP, SNAP, PKR, PCM dan PAS. Daripada itu peluang terbaik hanya pada DAP dan SNAP.

Apakah peluang pembangkang kali ini?

Rakyat Sarawak masih tidak mempercayai pembangkang. Pembangkang termasuk DAP dan SNAP yang pernah bergabung dengan BN Sarawak masih tidak mampu menandingi parti pemerintah dalam semua segi.

Pakatan pembangkang tidak mempunyai calon yang berkaliber yang lebih baik daripada wakil rakyat BN sedia ada. Atau untuk mendapatkan yang setandung dengan BN juga sukar.

Tindakan PKR yang dilihat menjadi raja pembangkang di Sarawak boleh menimbulkan perpecahan di kalangan parti pembangkang lain. SNAP parti pembangkang tertua di bumi kenyalang dilapor telah menyatakannya.

PKR pula tidak sekuat mana.  Rakyat Sarawak belum menunjukkan tanda-tanda boleh menerima PKR untuk menggantikan BN. dalam pilihanraya negeri 2006, PKR hanya menang satu kerusi iaitu Dominic Ng di Padungan.

Lagipun, parti itu sedang bermasalah dan ahli parlimennya silih keluar parti. Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang dibicarakan atas tuduhan liwat. Beliau juga berdepan dengan dakwaan pengedaran video seks.

Bagaimanapun, Anwar dan PKR menafikannya.

PAS dijangka tidak akan menang sebarang kerusi sama seperti pada 2006. Parti Islam itu dilaporkan akan bertanding enam kerusi di kawasan majoriti Melayu Bumiputera.

Ringkasnya, hasrat pembangkang untuk mengambil alih Sarawak umpama mimpi di siang hari. Namun, kata putus terletak kepada 979,796 pengundinya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 06:53 PM | Show all posts
Sama ada Taib akan terus bertanding masih menjadi tanda tanya walaupun beliau menyatakan akan memberi laluan kepada muka baru untuk menerajui kerajaan negeri Sarawak.
Magika Post at 23-3-2011 17:15



bertanding.. jgn x bertanding...













ada chance bola tanggung ni kena libas dengan lipat gunting maut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2011 09:24 PM | Show all posts
pesal cepat sangat ar, tak sampai sebulan. cukup maasa x pr utk berkamping
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 09:59 PM | Show all posts
hanya yg bodoh masih mempercayai barisan nasional
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 10:37 AM | Show all posts
PKR Sarawak tamak giler. Dia nak bertanding kat 52 kerusi di Sarawak. 19 selebihnya diagihkan antara PAS, DAP dan SNAP. Dia ingat komuniti Dayak kat Sarawak nie sangap dgn PKR ka? Aku setuju dgn cadangan SNAP mewajibkan PKR yg meletakkan calon2 kaum Dayak utk bertanding atas tiket SNAP.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 10:39 AM | Show all posts

takleh balik kch masa tu...terlepas lagi peluang nak mengundi kali ni


Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 10:44 AM | Show all posts
aku tak tau pun diorang orang sarawak
boleh highlight thread prn sarawak tak
Magika Post at 23-3-2011 17:13


Highlighted. Tapi dgn syarat, pls jgn pakai capital letter utk tajuk thread. Cuba sebaik mgkin utk tidak bias dengan pemilihan tajuk.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 10:46 AM | Show all posts
Aku mungkin tak mengundi. Tak layak lagi. -,-'

Tapi aku nak fefeeling media usung dslr bagai nak amek pic. muahahahahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 10:49 AM | Show all posts
PKR Sarawak tamak giler. Dia nak bertanding kat 52 kerusi di Sarawak. 19 selebihnya diagihkan antara ...
Muntz Post at 24-3-2011 10:37



    I think I'd rather see DAP yang kontrol kerusi pembangkang. Wakil PKR di Swak kebanyakannya syok sendiri jak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 10:51 AM | Show all posts
kamek org org2 srwk sik maok orang luar..

kinek to srwk aman makmur..idup Taib
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2011 10:55 AM | Show all posts
I think I'd rather see DAP yang kontrol kerusi pembangkang. Wakil PKR di Swak kebanyakanny ...
rayna_raynes Post at 24-3-2011 10:49



    wakil pkr bukan sorang saja ke SNAP ko tak suka ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 11:35 AM | Show all posts
wakil pkr bukan sorang saja ke  SNAP ko tak suka ke
Magika Post at 24-3-2011 10:55



    aku tak gemar puak2 yang suka bertengkar sesama sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 11:35 AM | Show all posts
Taib rasanya takkan berundur buat masa sekarang. Kalau nak berundur pun mungkin lepas piliharaya umum nanti... mungkin ramai yg tak suka kat Taib tapi yb2 yg dipilih oleh mereka berdiri teguh di belakang taib. Aku tak nafi ada yb2 yg dipilih ni benar2 berkhidmat utk pengundi2 mereka..

Pengunduran Taib sblm pilihanraya hanya memberi ruang besar kepada pembangkang utk memainkan isu siapa CM selepas Taib yg mungkin akan membuatkan kacau bilau dalam BN. Rasanya BN pun tak nak perkara begitu berlaku. Politik Malaysia zaman Tun M pun begitu. Tengok la macam mana selepas penyerahan kuasa di beri kepada Pak Lah. Pengundi sarawak buat masa ini aku lihat masih bersama BN. Yg gebang bising2 pun belum tentu mengundi dan bukan pengundi di Sarawak. Bukan kerana BN terlampau baik tapi tiada pilihan. Lihat la calun2 dari PR sblm ini. Sampai ada yg tak kenal muka langsung pun. Yg kuat mungkin DAP tapi lbh tertumpu ke kawasan bandar. Dia org pun tak nak letak calon kat kawasan luar bandar yg dia org tau takkan menang.

Mentaliti pengundi sarawak pun lbh kepada parti local. Hanya SNAP je parti local dlm PR sementara dalam BN kesemuanya adalah parti local. Jadi isu2 yg timbul nanti lbh kpd isu local je la...

Apa2 pun setiap org hanya satu undi saja. Mengundi dgn bijak dan pilih lah calon yg boleh mewakili diri kita. Tapi kalau nak gertak BN bagi byk benda utk kemudahan kawasan sendiri inila masanya... buku jingga ka, unggu ka atau apa2 colour pun takkan menjadi isu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 04:50 PM | Show all posts
I think I'd rather see DAP yang kontrol kerusi pembangkang. Wakil PKR di Swak kebanyakanny ...
rayna_raynes Post at 24-3-2011 10:49



    Aku sik suka gilak DAP Sarawak. Sidak tok terlalu keCinaan gilak. Coba ktk org nangga kelak waktu berkempen, ada sik sidak coba ndekat dirik sidak dgn org Bumiputera? Sedangkan iklan kempen pun pakei bahasa Cina 100%.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.091923 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list