View: 25152|Reply: 47
|
[Tempatan]
Kerajaan dicadang tetap kadar gaji minimum pada RM2,102 - Pakar ekonomi.Anda tak setuju?
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadangkan supaya menyemak semula dan menetapkan kadar gaji minimum pada RM2,102 untuk golongan pekerja di negara ini.
Pakar Ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, saranan itu dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor utama melibatkan keperluan masyarakat masa kini termasuk dari segi kos sara hidup, pendapatan garis kemiskinan, gaji penengah dan produktiviti.
“Gaji minimum semasa ialah RM1,500. Jika kita menggunakan kaedah yang sama seperti yang digunakan oleh kerajaan dalam mengira gaji minimum, gaji minimum terkini sekurang-kurangnya adalah RM2,100.
“Tahap gaji minimum baharu ini adalah lebih rendah berbanding penetapan wajar yang dicadangkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu sebanyak RM2,700 sebulan,” katanya dalam pelancaran Laporan Dapatan Utama Ranjau Sepanjang Jalan di UNICEF Malaysia, Wisma E&C, Bukit Damansara pada Rabu.
Turut hadir dalam program berkenaan adalah Ketua Dasar Sosial Unicef Malaysia, Dr Juanita Vasquez Escallon dan Timbalan Ketua Penyelidik DM Analytics, Dr Zouhair Rosli.
Ujar Muhammed yang juga ketua perunding untuk kajian tersebut, penetapan gaji minimum itu merupakan salah satu daripada cadangan dasar yang dibentangkan menerusi laporan yang menggariskan tinjauan berulang tentang impak kos sara hidup pasca pandemik terhadap isi rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semputlah para pemilik perniagaan swasta nak cekau duit kat mana lagi taktau la yang meols tahu, bos meols memang tak mampu, gaji 1.5k pon semput nak bayar, inikan 2k. Padehal staf 5 orang je. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni adik ipar daim kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi idea tu tak fikir habis ke?
Nak harga barang naik lagi ek..
Kau pakar ekonomi fikir lah cara nak turun kan harga barang... bukan fikir nakkan gaji minimum yg tak match dgn produktiviti. Hal gaji terpulanglah pada setiap syarikat.. base on supply n demand.... Bukan paksa2 letak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Naikkan gaji pekerja sokongan. Kurang kan gaji and elaun management team. Baru boleh kurangkan jurang ekonomi.
Yg selalu jadi gaji org bawahan kemain sesak nk bg naik, kedekut ya ampun. Tapi gaji and elaun team management, big boss kemain lagi tak kena dgn income and productivity company.
Kalau risau dgn naik gaji tu barang naik, so patutkah gaji minimum dikurangkan kepada RM500 supaya harga barang turun?
|
|
|
|
|
|
|
|
Time dulu jd punaisihat ekonomi atok oun haprak dgn gomol kwame sundalan |
|
|
|
|
|
|
|
Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Sorry, can’t help it |
|
|
|
|
|
|
|
Pakar ekonomi la sangat. Entah2 ekonomi diri sendiri pun sedih. Aje bodo orang cuci pinggan pun nak kasi 2100. Last2 yang ada degree pun kena cuci pinggan. Dah alang2 gaji tinggi baik aku ambik degree holder aje cuci pinggan, agittew kata majikan |
|
|
|
|
|
|
|
siapa peniaga yg akan naikkan harga? siapa yg terlibat secara langsung? bagi industri besar mungkin impak x beza. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa logik dia utk naikkan gaji? Awat tak kurangkan rega? |
|
|
|
|
|
|
|
kerap sangat naikkan gaji minima ni
cepat la harga barang naik lagi
huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Kena ada pioneer,entiti baru yg bagi persaingan harga lebih 50% pd peniaga2/usahawan rakus. Almost non profit tp ini sahajew lah cara nak ajar capitalist
Yg control market pun kita semua dah sedia maklum. Geng2 dah awal2 kumpul harta 100 keturunan. Kitew2 jew tercekik |
|
|
|
|
|
|
|
Itu je jalan mudahnya...kalau suruh pikir mcm mana nak turunkan Harga barang...naikkan nilai2 ringgit semua terkulat2 |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikutkan keperluan sekarang ni gaji 1500 tu mana cukup. iols selalu pikir operator yang gaji besau itu aje, cemana la diorang survive kalau laki pun kerja kilang, lebih kurang sama gaji.
kena plak anak ada 2-3, mahal semua tu. mungkin diorang boleh jimat tapi kalau harga barang pun naik, sengsara jugak la.
berbalik pada majikan... pun sakit jugak. banyak adjustment nak kena buat. kalau yang kompeni kecik pun sakit, kompeni besau pun pening nak fikir. hujung2 depa lari pi negara konoha ke mana ke.
kerajaan kena pantau harga barang. ketatkan enforcement. jangan makan rasuah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Weller replied at 10-5-2024 09:56 AM
kerap sangat naikkan gaji minima ni
iye . kerap sgt ... gaji minimum means org tak habis sekolah pun dpt gaji camni... lebih kurang je dgn gaji org yg belajar penat2 |
|
|
|
|
|
|
|
Gaji naik, rege brg naik. Yg turun hujan je |
|
|
|
|
|
|
|
rega barang naik bila nak turun
gaji naik tp barang mahal serupa je la pimai pimai tang tu |
|
|
|
|
|
|
|
cm_vungtau replied at 10-5-2024 08:06 AM
Pakar ekonomi la sangat. Entah2 ekonomi diri sendiri pun sedih. Aje bodo orang cuci pinggan pun nak ...
Setujuu…ikut kelulusan, ikut kelulusan..
Klu dropped out, xblaja tggu bru ikut pengalaman.
Ajar lh budak2 kecik n sepatut nya dr dluu lg sedar blaja elok, rajin2 dpt habuan kerja gaji tggi.. sifir nya patut gtu.. bkn selfish ye, tp ni realiti hidup.. |
|
|
|
|
|
|
|
betul.. kalau ikut cadangan gaji minima BNM tu gaji minima RM2700, alamat lebih kurang je gaji dgn budak2 baru grad keluar u.. deme bertungkus lumus belajar hutang ptptn 4 tahun tibah keluar gaji starting 3k je.. tak byk beza pon dgn org yg tak sambung belajar
macam tak setara, gaji minimum dinaikkan, tp yg level tengah2 ni stuck maintain disitu. patut semua naik la sesama tak gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
Setujuuu gaji minimum naik lagi. Kurang la sikit bos iols tambah cawangan tiap tahun. Pastu kabo takde duit nak bayo gaji lebih. |
|
|
|
|
|
|
| |
|