CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9089|Reply: 49

KRU TERBIT FILEM BERTARAF HOLLYWOOD

[Copy link]
Post time 29-3-2011 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 16-4-2011 22:00






JIKA segala-galanya berjalan dengan lancar, KRU Studios bakal mencatat sejarah tersendiri sekali gus mengharumkan nama negara apabila menjadi produksi tempatan pertama menghasilkan filem bertaraf Hollywood berjudul Vikingdom.Masih mengekalkan Yusry sebagai pengarah, Vikingdom akan dihasilkan dengan kerjasama Epic Pictures, syarikat produksi yang selama ini bertindak sebagai ejen pemasaran filem terbitan KRU Studios di luar negara."Selepas menghasilkan filem Hikayat Merong Mahawangsa, Vikingdom akan menjadi sebuah lagi filem yang akan mengetengahkan elemen imej janaan komputer (CGI) dan menampilkan pelakon asing.

"Sebenarnya idea untuk menghasilkan filem ini sudah lama berada dalam kotak fikiran kami, iaitu sebelum menghasilkan filem Hikayat Merong Mahawangsa lagi. Namun disebabkan pembikinannya agak rumit dan memerlukan masa yang banyak pada peringkat pra-produksi, jadi baru sekarang kami rasa masa yang sesuai untuk menerbitkan filem ini," jelas Pengerusi Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim pada sidang media mengenai strategi pemasaran antarabangsa syarikat terbabit di bangunan KRU Studios, Cyberjaya, petang Jumaat lalu.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Epic Pictures, Patrick Ewald, Yusry dan juga Edry.

Tambah Norman, mereka sengaja memilih filem berkonsepkan aksi kerana filem seperti ini begitu dekat dengan jiwa penonton di luar negara, yang sememangnya menjadi sasaran utama.
"Tajuknya saja cukup unik iaitu gabungan perkataan Viking dan Kingdom. Kita kena akur pada realiti bahawa untuk menarik penonton di luar negara, kita kena hasilkan filem yang dekat dengan jiwa mereka.

"Vikingdom akan dihasilkan dengan menggunakan teknologi yang lebih tinggi lagi selepas kami mengutip pengalaman ketika menerbitkan filem Hikayat Merong Mahawangsa. Dari segi skrip, kami tiada masalah kerana rakan kongsi kami, Epic Pictures, turut mempunyai hubungan baik dengan penulis skrip filem Vikingdom iaitu James Coine," kata Normah bersungguh-sungguh.

Bercerita lanjut mengenai pembikinan filem berkonsepkan stereoskopik 3D ini, Yusry berkata, mereka masih lagi dalam peringkat pra-produksi, sebelum menjalani penggambaran sekitar Oktober atau November depan.

"Kami memang sudah bersedia sejak awal lagi untuk peringkat pra-produksi filem ini seperti meninjau lokasi penggambaran, melihat sendiri kesan peninggalan sejarah Viking di Sweden dan sebagainya. Insya-Allah, jika tiada aral melintang, filem ini akan mula menjalani penggambaran sekitar Oktober atau November depan. Kami memilih lokasi di studio FINAS serta di kawasan tanah tinggi seperti Genting Highlands dan Bukit Fraser," cerita Yusry mengenai projek meganya itu.

Memandangkan filem terbabit bakal menjadi sebuah projek mega milik trio tiga beradik ini, tentunya filem berkenaan menelan belanja paling mahal kerana menggunakan khidmat bintang popular dari Hollywood. Ketika mengulas perkara ini, Norman berkata, perkara itu akan diumumkan kemudian selepas segala-galanya selesai.

"Dari segi kos pembikinan filem ini, kami belum membuat perkiraan akhir lagi kerana perlu menunggu keputusan siapakah pelakon yang akan terbabit dalam filem ini. Apa yang boleh kami katakan, Vikingdom bakal menggunakan khidmat pelakon Hollywood.

"Siapakah mereka, akan kami maklumkan kemudian. Namun pelakon berkenaan perlulah dikenali di pasaran televisyen Hollywood, tetapi janganlah mengharapkan Brad Pitt atau Johnny Depp kerana ia memerlukan belanja yang lebih besar," kata Norman sambil tertawa.

Walaupun filem ini mempunyai sentuhan Hollywood, namun tegas Norman, sama seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Vikingdom masih mengutamakan kepakaran kru tempatan untuk bertugas di balik tabir.

Layak dicalonkan untuk Oscar

BIARPUN mendapat ulasan negatif daripada sesetengah pihak, namun filem Hikayat Merong Mahawangsa yang ditayangkan dua minggu lalu meneruskan kecemerlangan filem Melayu sebelumnya apabila berjaya mengutip sebanyak RM5.5 juta. Satu angka yang cukup memberangsangkan, sekali gus mampu membuat penerbitnya tersenyum bangga dengan pencapaian itu.

Perasaan bangga tidak terhenti setakat itu saja apabila hasrat mereka untuk melihat filem lakonan Stephen Rahman-Hughes ditayangkan di lebih 70 negara menjadi kenyataan. Semua itu hasil usaha gigih mereka selain mendapat bantuan Epic Pictures yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan KRU Studios untuk filem Deadline lakonan Brittany Murphy.

"Insya-Allah, jika tiada aral melintang, filem ini akan ditayangkan di beberapa panggung di Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom dan juga Jerman. Untuk pasaran di sana, filem ini akan diubah judulnya menjadi The Malay Chronicles: Bloodlines.

"Manakala untuk negara lain seperti Kanada, Australia, New Zealand, China, Turki, Switzerland, Austria, Russia, Asia Tengah, Baltik, Asia Barat dan Scandinavia, judulnya masih belum ditentukan," katanya.

Mengulas lanjut perkara itu, Ewald berkata, pengedar di sana berminat untuk mengedarkan filem terbabit kerana tertarik dengan kualiti produksi, termasuk trailer yang ditampilkan.

"Sebagai agensi pemasaran filem ini, kami berbangga dengan kualiti filem yang dihasilkan KRU Studios. Kepakaran mereka membuatkan nilai produksi filem ini setaraf dengan piawaian antarabangsa. Pengedar luar menganggap kos produksinya dianggarkan antara RM30 juta hingga RM60 juta," ujarnya.

Apabila bakal ditayangkan di Amerika Syarikat, secara tidak langsung hasrat Norman untuk melihat filem ini dicalonkan di dalam Anugerah Academy seperti yang pernah diluahkan sebelum ini akan menjadi kenyataan. Sebagai penerbit, pastinya perkara itu akan menambahkan lagi perasaan terujanya.

"Memang itulah yang saya harapkan. Walaupun sekadar pencalonan dan bukan disenarai pendek, namun ia sudah cukup memberi makna buat keseluruhan produksi ini," katanya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 11:29 AM | Show all posts
bukan niat nak merendah2kan...

but don't you think to say "layak untuk Oscar" is too far fetched?

Aku rasa better target Asian Film Awards dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 11:36 AM | Show all posts
hahah... setuju!!!! pada aku la, kalau nak banding HMM dengan filem epik thailand, pun... filem siam best lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 11:36 AM | Show all posts
bile yg pakar mengiktirafnya...terimala............but sume org mmg ade taste n minat masing2.terpulang,........... but i bangga ngan KRU.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2011 11:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by jejai at 29-3-2011 11:55

Pendapat aku, xkesah pun..lagipun KRU lobi duit diaorg sendiri..
Sekurang2nya diaorg berani cuba menaikkan taraf perfileman n menaikkan nama negara dimata dunia..bukan mcm sesetengah director yg hanya tau wat filem hampeh ntah pape..

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 12:41 PM | Show all posts
ok dari filem prof hampeh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2011 01:30 PM | Show all posts
takda sapa tak puji atau tak bangga dgn kru...

aku sendiri rasa bangga dengan HMM tapi kita kena realistik juga.

apa kata target dulu Asian Film Awards atau Pusan FF ke...aku rasa HMM pun banyak lagi boleh diperbaiki...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 01:32 PM | Show all posts
tahniah buat kru...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 01:53 PM | Show all posts
takda sapa tak puji atau tak bangga dgn kru...

aku sendiri rasa bangga dengan HMM tapi kita kena  ...
cmf_king_kong Post at 29-3-2011 13:30



mmg la  beb, kan norman kata HMM kena menang within region dulu bru masuk ker academy awards ,
kita diorg punya target tinggi , bagus la  ada cita2 camtu ...

korg tgk bollywood, dr segi segalanya diorg tu byk yang mundur , tapi tiba tang filem ,
hugh jackman pon teringin nak berlakon ngan depa ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 02:53 PM | Show all posts
tahniah kru....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 03:29 PM | Show all posts
tahniah kru .. mesti banyak melayu dengki lepas nih .. haha
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 04:24 PM | Show all posts
KRU is awesome !
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 06:13 PM | Show all posts
awesome......
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 07:11 PM | Show all posts
sebabkan diorang punye filem, bior le diorang nak try masuk oscar, walaupun dah tau keputusannya..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 09:25 PM | Show all posts

l

go go go Kru

ingat lagi kemunculan awal kumpulan KRU...

sampai sekarang masih lagi bertahan...

malah hasi keringat mereka, wujud ar syarikat KRU...

trust adik beradik ni boley punya sebab attitude mereka totally extra ordinary
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 11:06 PM | Show all posts
kalau nak berangan biar tinggi langit ketujuh... kalau realitinya mungkin capai langit pertama pon, at least kita pasang angan2 tu..aku suke je melayu yang pikir jauh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 11:51 PM | Show all posts
ok je apa kalau nak masuk pencalonan academy award

citer yang adibah noor berlakon tu pun dpt masuk pencalonan awal academy award kategori filem asing...tapi kena lawan dengan 200+ filem lain dari seluruh dunia untuk kategori tu dan pemenangnya tahun ni dari negara denmark..

untuk pencalonan awal boleh la..untuk top 5,rasanya susah....tengok je lah nanti
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 01:14 AM | Show all posts
bukan niat nak merendah2kan...

but don't you think to say "layak untuk Oscar" is too far fetched? ...
cmf_king_kong Post at 29-3-2011 11:29


kan dia cakap sekadar pencalonan...apa2 filem yg ditayangkan kat US leh je hantar borang pencalonan....kalo nak jadi top 5 tu aku rasa mmg susah gaklah....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 08:26 AM | Show all posts
tahniah KRU sekurang2nya mrk mempunyai visi yg tinggi
utk membawa filem msia ketahap yg membanggakan
kalau asyik berfikiran negative & takot bersaing dgn filem lain
bila lagi kita nak maju ?
sekurang2nya anak2 msia dpt pendedahan & mengutip pengalaman drp pihak luar
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 08:28 AM | Show all posts
Aku respek dengan usaha & kesungguhan KRU Studios buat filem..Yg penting aspek kualiti keseluruhan tak dipinggirkan mcm skrip, story line, lakon layar, sinematografi, efek visual & bunyi, kesinambungan plot. Kalau setakat buat filem syok sendiri, aku rase susah nak pegi jauh..Buat filem biar untung, berkualiti, menghiburkan dan ada mesej...Yg pasti aku bangga dgn pencapaian & visi KRU...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.157910 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list