CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7081|Reply: 69

[Jenayah] "Penyesalan" - Gaji Sudah Mencecah RM6,000 Walau Usia Baru 26 Tahun, Baru Tengah Bulan Tapi Duit Makan Tinggal RM50!

[Copy link]
Post time 19-6-2024 08:39 PM | Show all posts |Read mode


DI sebalik penampilan segak dan bergaya, pastinya ada pengorbanan dan 'harga' yang terpaksa dibayar.

Begitulah yang terpaksa dilalui seorang pemuda gara-gara mahu 'melaram' dengan motosikal berkuasa tinggi.

Usianya baru 26 tahun, tapi gajinya sudah mencecah RM6,000.

Namun menerusi satu luahan secara terbuka di media sosial, kemahuannya untuk memiliki sebuah superbike semakin membuak-buak selepas mula terjebak dengan 'hobi mahal' itu.

Akhirnya dia mendapatkan superbike model BMW dan difahamkan harga pasarannya bermula daripada RM129,500.

"Penyesalan. Betul la orang kata, superbike ni untuk hobi orang kaya.

"Sekarang baru tengah bulan, lepas renew cukai jalan, servis apa semua, duit makan pun tinggal RM50," luahnya di laman X.

Dia bagaimanapun menyedari apa yang dibelanjakan itu bukan satu keperluan.

Dengan duit yang berbaki sedikit itu, dia bagaimanapun tidak pasti sama ada mampu bertahan atau tidak sehingga ke hari gaji seterusnya.

"Tak tahu boleh survive sampai hujung bulan ni ke tak," katanya dalam kebuntuan.

    Bagilah gaji berapa pun, memang tak cukup kalau boros, tak pandai urus wang.
    NETIZEN

Menerusi ruangan ciapan balas, rata-rata netizen terkejut dengan tindakannya yang disifatkan sebagai silap percaturan dan diibaratkan tidak ukur baju di badan sendiri.

Segelintirnya menyifatkan hanya mereka yang kerja bukan makan gaji dan mempunyai pendapatan minimum lima angka layak melakukan hobi semahal itu.

"Biar papa asal bergaya.

"Gaji RM6 pun tak cukup. Bukan salah superbike tu, tapi salah pengurusan kewangan.

"Dah kau ambil superbike yang T20 buat apa? Banyak lagi superbike B40 kau boleh ambil.

"Bagilah gaji berapa pun, memang tak cukup kalau boros, tak pandai urus wang. Gaji tinggi, gaya hidup pun tinggi, memang tak cukup," demikian antara komen netizen.

Enggan merendahkan semangat atau motivasi pemuda berkenaan, segelintir netizen memberikan cadangan bagi menangani masalahnya.

"Secara logiknya RM50 tak lepas sampai hujung bulan. Tapi kalau pinjam atau pakai simpanan boleh je.

"Jual jelah, jalan terbaik kalau dah membebankan tu," komen netizen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2024 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurang bijak + tak sedar diri
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
dari beli superbika tu baikla beli Axia rahmah. tk perlu berhujan. Upgrade kan sikit2 dh smart. budak2 zmn skrg bab pengurusan kewangan mmg failed teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde saving?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyo takpela kurang kurang kalau jual ade harga lg walau separuh
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
halahhh bulan tu je kan kebetulan servis+roadtax insurance bagai bertembung. bulan2 lain blh joli lg. ok la tu tgl rm50 dah tgh bulan blh pose hari2, cukup la tu buat berbuka makan roti+air kosong, blh kurus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2024 11:05 PM | Show all posts


Kena belajar dan amalkan delayed gratification. Ni nak something, masa tu jugak ko beli. Ko makan oxygen je la.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
bdk laki kt ofis i ada la dua tiga org bwk superbike..mmg mhl ke ek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2024 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Apelagii carik cougar laa. Sugar mommy leh sponsor
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 11:14 PM | Show all posts
Pengorbanan akibat kebodohan diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 11:17 PM | Show all posts
Tiap2 bulan ada je tered bbnu x sempat nak survive sampai cukup bulan dek kerana terikutkan lifestyle mewah2

Kan Dh bagitau, manusia ni kalau dpt gunung emas pun tak cukup punya, dia akan minta lagi 1. Ikutkan nafsu, lesu ler kome oii.

Yg pompuan bbnu lak starting keje baru 3k. Bantai loan H, shopping tudung itik, baju petit mua, cafe aesthetic tiap2 weekend. Just for the gram. Mana mau nya duit gaji tu nak cukup dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
weyy aku baru tahu ada budak2 genz buat loan untuk beli barang branded..tak tercapai akal ku
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Camne eh boleh berani nak buat loan untuk macam2. Bukan komitmen penting pun. Buat loan utk travel, beli brg branded. Gila ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk kaya tapi semua hutanggggg

Baik lah ko buat sesuatu sebelum terlambat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini yang orang kata..biar papa asal bergaya...

Gaji 6k lebih tu walaupun beli motorbike rasanya cukup je hidup sampai akhir bulan..lagi2 kalau bujang  / takde anak..tapi kalau dah diri sendiri boros..hadap je la mat..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 08:01 AM | Show all posts
edayildiz replied at 19-6-2024 03:06 PM
bdk laki kt ofis i ada la dua tiga org bwk superbike..mmg mhl ke ek..


Budak laki office chuols ride SBK ke. Ke yang 250cc bike jah?

Mamat ni pun kemain. Tak kan heols tak tau yang main SBK ni mostly pakcik2 yang dah income dah stable, duit terlebih tak tau nak buat apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 08:05 AM | Show all posts
bila kehendak melebihi keperluan.. gitulah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 08:18 AM | Show all posts
budak nie lebih kurang sebaya adik meols jer...adik meols rezeki dia dpt kerja dgn boss yg minat motor brand yg sama, boss pulak ada few motor brand tu, then boss jual kat dia satu dgn harga rahmah, half dari market price, loan pun byr kat boss jer monthly, dah abis byr pun, alhamdulillah...baru nie renew roadtax seribu lebih, alhamdulillah adik takde masalah nak byr maybe sbb his salary pun almost 3x ganda dari budak nie...

nak pakai superbike, motor cc besar nie, salary pun kena besar jugak...kalu puluh ribu sebulan, pastu takde commitment yg besar, bole lah pakai, bukan hanya consider bole byr loan motor jer, tapi kena amik kira hal2 maintenance jugak...

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 08:36 AM | Show all posts
klu iols 6k tu dah lebih dari cukup sgt dahh. tp tu la selera masing2. member meols pon tak padan dok umah flat jenis umah kedai tu tapi ipong sentiasa nk upgrade.. kete 2 bijik. tu pon sebijik culas nk bayo smpai pinjam duit mak mertua susah kalau orang acah kaya ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 08:39 AM | Show all posts
_kelly replied at 19-6-2024 11:23 PM
weyy aku baru tahu ada budak2 genz buat loan untuk beli barang branded..tak tercapai akal ku

tau takpe. kita ni jenis simpan...dh cukup baru beli.

loan pun utk rumah, tanah, keta baru. klau perabot baju semua saving sikit2.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.061707 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list