View: 7403|Reply: 23
|
Shuk anggap keputusan berkahwin tepat, podcast bantu karier seni - "Kalau ada rezeki lebih selepas ini, mungkin kami akan buat majlis"
[Copy link]
|
|
Dua tahun menyepi dari radar industri hiburan tanpa tahu dirinya 'digam' atau tidak, pelawak dan pengacara sensasi, Shuk Sahar, 39, menyifatkan rakyat di negara ini tetap bersikap pemaaf.
Shuk atau namanya sebenarnya, Mohammad Shukri Mohammed Sahar berkata, ia berikutan dia dan isterinya, Fara Salleh kini sudah diterima baik masyarakat, termasuk tidak lagi menerima kecaman teruk daripada netizen di media sosial.
"Di Malaysia ini, saya tahu rakyat Malaysia memang kadang-kadang bila berlaku sesuatu mereka akan marah, tapi bila kita buat sesuatu kembali membetulkan keadaan, rakyat Malaysia senang menerima, memaafkan.
"Jadi, apabila saya dan Farah ambil keputusan untuk kita 'settle down', kita kahwin, kita buat saja benda yang betul, kalau ada jodoh kita panjang, selama-lamanya. Jadi, saya rasa penerimaan orang di situ dah makin okay," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Shuk berkahwin kali kedua dengan wanita pilihannya iaitu Fara pada November tahun lalu dalam majlis pernikahan sederhana yang dihadiri keluarga dan saudara terdekat.
Menurut Shuk, kalau dulu apabila orang nampak dia ada bersama Fara, pasti akan dikecam, tapi sekarang kalau ada 'post' (hantaran) di media sosial pun dah tak ada kecaman.
"Majlis kahwin kami pada November tahun lalu pun, saya buat 'simple' saja, sebab saya tahu banyak hati yang mungkin saya tak boleh puaskan. Jadi, saya ambil keputusan kita jalankan benda yang baik.
"Kalau ada rezeki lebih selepas ini, mungkin kami akan buat majlis untuk meraikannya, Insya Allah," katanya mengakui mereka belum lagi ada rezeki untuk menimang cahaya mata, namun tidak merancang.
Shuk sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial, Rossa Sera pada 2015 dan mereka dikurniakan dua anak iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assiyfatu Aimi, 5.
Bagaimanapun disebabkan kontroversi kecurangan yang menghambat Shuk, membuatkan mereka akhirnya sah bercerai talak satu pada 22 Mac tahun lalu selepas pulang dari Tanah Suci Makkah mengerjakan umrah bersama.
Sementara itu, bagi karier seninya pula Shuk akan muncul di dalam program Dol's Podcast bersama dua rakan baiknya, Shuib dan Fizie yang sebelum ini mereka pernah bergabung mengendalikan segmen Geng Pagi Hot di Hot FM.
Dol's Potcast sebanyak lapan episod akan memaparkan kisah pengalaman menarik daripada tetamu undangan diundang ke studio yang dijangka bersiaran lebih sejam.
Sumber : Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Astaga..berapa bnyk thread kau ha..takpela biar berlawan dgn thread ratu gigi porem |
|
|
|
|
|
|
|
farah bakal di sucikan
Jual tudung, produk timbang kilo, sambal, kek coklat, daging dendeng
Berpusu2 ummah beli |
|
|
|
|
|
|
|
Good luck le.. tengok gaya wife baru kalau kena serai mau lagi gila dari ngai ngai.. |
|
|
|
|
|
|
|
jaga bini ko elok2, nanti idup ko disusahkan plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
mizzmimi replied at 10-7-2024 10:04 AM
Good luck le.. tengok gaya wife baru kalau kena serai mau lagi gila dari ngai ngai..
xcerai pn dh byk kli meroyan...tapi lps tu delete.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sape yg mula kn trend podcast ni ek? Bersepah2 plak skrg sume nk buat podcast. Kdg tajuk/issue/guest pn tah pape
Pape pn selamat la hidup bersama. Hadap jelah kalau wife mengamuk lagi dan lagi cite kt media sosial. Sbb tu mmg perangai dia dr sblm kawen pn |
|
|
|
|
|
|
|
klu hidup dia aman2 dgn fara ni mknanya something off kat sera. klu dgn fara ni pun mcm dgn sera, mmg dia yg problematic. |
|
|
|
|
|
|
|
jiwakacau06 replied at 10-7-2024 04:23 PM
xcerai pn dh byk kli meroyan...tapi lps tu delete..
Khuensss.. kat medsoc pun dah nampak gilanya.. real life ntah camne.. |
|
|
|
|
|
|
|
Idokler aku nk support pasangan keji ni..terlondeh byk kali kisah aib yg mmg dibuat dorg dlm waras..so its a no for me.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gelilah nak buat majelis.
Bersekedudukan berapa lama dah pun.
Dah basi. |
|
|
|
|
|
|
|
christmaseve replied at 10-7-2024 04:29 PM
Sape yg mula kn trend podcast ni ek? Bersepah2 plak skrg sume nk buat podcast. Kdg tajuk/issue/guest ...
Entahnya.
Podcast syok sendiri.
Paling menyampah podcast anak tiri tokti. |
|
|
|
|
|
|
|
christmaseve replied at 10-7-2024 08:29 AM
Sape yg mula kn trend podcast ni ek? Bersepah2 plak skrg sume nk buat podcast. Kdg tajuk/issue/guest ...
Kokesen.
Podcast ni bermula dengan perbincangan ilmiah, perbincangan akademik. Topik2 berilmu.
Bila dah tersebar meluas, sampah sarap la jadinya sebab yang buat podcast tu pun sampah sarap. |
|
|
|
|
|
|
|
abadi84 replied at 10-7-2024 05:24 PM
Entahnya.
Podcast syok sendiri.
Paling menyampah podcast anak tiri tokti.
Kan3. Menyampah betul tgk nye. Padahal nk bergosip korek rahsia retis je pn. Acah2 sgt. Da la xde ape faedah @ pengajaran langsung |
|
|
|
|
|
|
|
CoffeeOverdose replied at 10-7-2024 04:40 PM
klu hidup dia aman2 dgn fara ni mknanya something off kat sera. klu dgn fara ni pun mcm dgn sera, mm ...
Tak jugak..dh fara kawal dia ketat2 sbb insekiyooooo
Hari tu pun dh merempan kan minah ni
|
|
|
|
|
|
|
|
zuriey replied at 10-7-2024 09:57 AM
farah bakal di sucikan
Jual tudung, produk timbang kilo, sambal, kek coklat, daging dendeng
Berpusu ...
Penyondol lepas kawin terus suchi walaupun dh buat benda2 tak senonoh dgn skandal sebelum kawen
Penyucian dia akan terus jd level gred 1 sekiranya ex bini jantan tu jd mental & menggelenyar setelah ditinggal laki |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 10-7-2024 05:33 PM
Kokesen.
Podcast ni bermula dengan perbincangan ilmiah, perbincangan akademik. Topik2 berilmu.
Kalau yg berilmiah ni mmg best. Ada 2ways communications. Masing2 share ilmu diorg. Mmg informative.
Yg berlambak skrg ni asal nk menyembang xtentu hala guna term podcast
|
|
|
|
|
|
|
|
CoffeeOverdose replied at 10-7-2024 04:40 PM
klu hidup dia aman2 dgn fara ni mknanya something off kat sera. klu dgn fara ni pun mcm dgn sera, mm ...
Tak semestinya kalau aman2 pun sbb si fara tu narsistik drpd dulu duk ugut mcm2 siap nk bunuh diri lagi si syuk tu mana berani nk tinggalkan dia.
Sera dulu susah nk bercerai
Duk bertahan gak tp asik kena saiko ngn farah tu
Lama2 beranikan diri gak failkan cerai
Kat dia syuk ckp dah takde dah hub, asik duk pujuk rayu dia pun cair tak jd nk cerai.
Tp farah duk mesej dia ckp syuk ada ngn dia la blablaablaa
Sapa je tak naik gilaa, laki kata dah takda da hub tu tp gf kata lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
netijem wont forget
wat is in the net stay in the net
hrp maklong |
|
|
|
|
|
|
|
bangang mane la yg menyokong korg dua ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|