View: 52680|Reply: 173
|
“Mamat Terjebak Dadah Sebab Salah Sendiri, Bukan Silap Pilih Kawan” - Ajai
[Copy link]
|
|
Komposer yang juga ahli kumpulan Exist iaitu Ajai menyangkal dakwaan rakan sekumpulannya, Mamat terjebak dengan najis dadah berpunca daripada salah pilih kawan.
Memetik HibGlam, Ajai berkata kesilapan itu adalah berpunca daripada diri sendiri dan bukan dipengaruhi mana-mana pihak. Katanya lagi, jika hati tidak mahu ianya tidak akan terjadi.
“Sebenarnya semua itu terletak pada hati Mamat sendiri. Apa yang terjadi bukan salah orang lain sebaliknya berlaku kerana hati sendiri yang masih ‘on off’ benda itu.
“Kalau ada orang bagi (bahan terlarang) dan hati kamu tak nak, tak jadi juga benda itu, jadi pucuk pangkal terpulang kepada kemahuannya,” katanya.
Sementara itu, Ajai enggan menunding jari menyalahkan insan sekeliling seperti diluahkan pemain best Exists, Musa kerana selama ini kumpulan itu banyak membantu Mamat.
“Saya tak akan salahkan orang di sekeliling Mamat. Cuma mungkin ketika Musa mengeluarkan kenyataan bahawa Mamat lebih baik keluar dari kampung, saya percaya dia tidak memaksudkannya.
“Mungkin dia begitu hampa dan kecewa sebab selama ini Exists banyak sokong Mamat tapi bila dia balik kampung sahaja dia akan kena tangkap. Sebab bila Mamat di Kuala Lumpur bersama kami, dia okey sahaja, mungkin itulah maksud Musa.
“Bukanlah dia salahkan orang kampung sebab itu saya cakap tadi, pucuk pangkalnya Mamat sendiri. Orang lain nasihat pun tak guna kalau dia masih tak ada pendirian untuk berhenti,” katanya.
Dalam pada itu, Ajai berkata mereka sudah menunaikan tanggungjawab masing-masing serta sentiasa membantu mamat untuk berubah. Kata Ajai lagi, kumpulan Exist sentiasa terbuka untuk Mamat.
“Sebenarnya kami selalu cuba membantu dia untuk berubah dan kalau kalian tengok sekarang, muka dia dah segar dan kes dia ini bukanlah satu sahaja, cuma ditunda sebab ada banyak konsert Exist sebelum ini.
“Sekarang dia perlu berehat selama enam bulan dan selepas itu baru dia boleh sertai kami semula. Pintu selalu terbuka untuk dia,” katanya.
SUMBER: HigGlam/Beautifulnara |
|
|
|
|
|
|
|
Betul.. Sendiri mau ingat, rambut sendiri sikat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Komen ajai ni bijak. Org isap meth ni memang x syg diri dan org sekeliling die |
|
|
|
|
|
|
|
Betul dah tu apa Ajai ckp |
|
|
|
|
|
|
|
Memang betul tu. Salah sendiri kalau mkn dadah. Bkn salah kawan2 lain. Kawan dah banyak tolong |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam exist ajai,shah berjaya. Yg lain suam2, musa pun cam lalok je, mamat dah tak boleh selamatkan. Tapi mat dadih ni kuat2 ye, cam tok mal |
|
|
|
|
|
|
|
Betul la ckp ajai tu.. cuma utk yg tak mengalami dlm keluarga sendiri mmg tak akan pernah memahami.
Org mcm Mamat ni keluarga dia mesti nak dia berubah dan dia pon confirm deep down inside nak berubah. Tapi mcm mana dah baik pon, mesti ada saki baki rasa tu tetap ada.
Apa pun kita doa je lah yg terbaik utk dia dan doa supaya keluarga kita dijauhkan dari masalah mcm ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols sokong Ajai… Mamat elok dengan Exist, diorang semua okay takde masalah, masing2 berjaya tapi Mamat sorang hanyut.
Aritu sekejap abang dia jadi manager dia… but I’m sorry to say, masalah dia bermula dari rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian kat mamat ni..benda tu dah sebati dalam diri..semoga ada sinar lagi utk dia |
|
|
|
|
|
|
|
Mamat ni dah umpama taik d.adah dah..susah la kalo kemahuan dia nak keluar tu suam2 kuku..pokok pangkal atas diri sendiri...
Ajai thougj takde rupa tp dia kembangkan skill n bakat dia...
Mamat ni rupa takde...bakat menyanyi je...dah tu hang sia2kan plak... |
|
|
|
|
|
|
|
eh hellloo..
yang lain2 tu..
Ujang tu drummer tersohor dkt malaysia. antara member EXISTS ni dia paling busy, jadual pack.kalah Ezad & Ajai.
boleh kata semua artis dia pernah jadi sessionist drum utk lagu2 dorang. termasuk la untuk konsert beberapa artis taiwan/hongkong.
kalau kat malaysia ni, selalu guna dia utk konsert M.Nasir, Awie, Hattan dulu tokti dgn Ella selalu juga guna khidmat, tapi sebb Ujang dah busy .
Along selalu buat-buat kerja studio. jadi arranger & Komposer lagu2.. terutamanya lagu-lagu nasyid. kebanyakan penasyid semua cari dia. siap pernah menang juara lagu nasyid yg ala-ala AJL. Ezad tiap-tiap minggu ada je show solo sana sini.
antara dorang Musa je tak join dah muzik. dia akan join kalau EXISTS buat show dgn konsert je. dia sekrg salesman Perodua. dan ada je buat lirik utk lagu2 Ajai & Along
|
|
|
|
|
|
|
|
sukebintang replied at 13-7-2024 05:47 PM
eh hellloo..
yang lain2 tu..
Ujang tu drummer tersohor dkt malaysia. antara member EXISTS ni dia p ...
Semua tak dadih kan kecuali mamat |
|
|
|
|
|
|
|
sukebintang replied at 13-7-2024 04:47 PM
eh hellloo..
yang lain2 tu..
Ujang tu drummer tersohor dkt malaysia. antara member EXISTS ni dia p ...
Dulu minat bteul ngan along ni kiut miut. Dia main apa bass ke. |
|
|
|
|
|
|
|
tp kwn2 pun ye jugak
selagi ko tak pindah duduk kat lain selagi tu la kwn2 yg sama mendadih ni datang pujuk |
|
|
|
|
|
|
|
pucuk pangkal ker pokok pangkal?
|
|
|
|
|
|
|
|
örg hisap
pet is a true definition of a narcissist |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 13-7-2024 04:20 AM
Bodoh punya Mamat.
Mamat kena menjalani proses rawatan & pemulihan di Pengasih Bentong selama.2 tahun.
Semoga dipermudah segala urusan mu, Mamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kangkung1M at 13-7-2024 11:20 AM
Bungatulip1171 replied at 13-7-2024 05:25 AM
Kesian kat mamat ni..benda tu dah sebati dalam diri..semoga ada sinar lagi utk dia
Lepas keluar Pengasih, Mamat boleh la join tabligh macam Radhi OAG.
Radhi sekarang banyak join majlis2 ilmu.
Harap Radhi betul2 clean dan dah tinggalkan dunia kacip.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|