View: 15471|Reply: 26
|
'Kebetulan Hari Itu Cuaca Panas. Kami Bukalah Baju' - Peniaga Durian Mohon Maaf Tak Sengaja Upload Konten Berniaga Tanpa Pakai Baju
[Copy link]
|
|
Peniaga durian yang tular kerana video menjual durian sambil tak pakai baju akui kekhilafan dan meminta maaf.
Sebelum ini tular satu video di platform TikTok di mana peniaga durian terdiri daripada beberapa orang lelaki berbadan sado telah menayangkan otot mereka kepada umum.
Video tersebut menarik perhatian ramai. Dan mereka mendedahkan bahawa, kesan daripada viral itu, ketika ini mereka mampu menjual 1.5 tan durian dalam masa sehari.
Membolehkan mereka meraih pendapatan sekitar RM10,000 sehingga RM15,00 sehari.
Namun begitu ramai yang mengkritik cara publisiti tersebut yang dianggap tidak senonoh kerana tampil tidak berbaju di khalayak ramai semata mata meraih viral.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila ianya dianggap memberikan pengaruh yang agak negatif kepada masyarakat.
Ramai yang mengkritik ianya sebagai publisiti murahan dengan cara murahan.
Bercakap kepada Astro Gempak, salah seorang peniaga yang terlibat iaitu Irfan mengakui mereka menerima banyak kritikan kerana tindakan mereka.
Dan akhirnya mereka meminta maaf di atas apa yang berlaku.
Dia menasihati agar orang ramai menjadikan kesilapan mereka sebagai teladan dan tidak mengikut apa yang salah.
Irfan menyatakan mereka tidak sengaja merakam video tanpa memakai baju itu kerana ianya spontan. Ketika itu mereka bekerja seperti biasa. Tetapi hari itu akibat cuaca panas maka mereka membuka baju mereka.
“Kami tak sangka konten menjadi viral. Kami tidak pernah menyokong konten yang negatif atau tak baik. Dan apa yang berlaku adalah tidak sengaja,” tegas Irfan.
“Kami berniaga dengan memakai baju seperti biasa. Cuma waktu itu sahaja hari cuaca panas dan kebetulan kami pun buka baju,” tambah dia lagi.
“Kami cuma boleh memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang terasa. Kami sebenarnya mahu memuat naik ia sebagai konten bagi tujuan hiburan semata mata,” tuntasnya lagi.
Menurut Irfan mereka sebelum ini tidak pernah merancang untuk membuat konten dengan tidak berbaju dan mereka benar benar kesal atas apa yang berlaku.
Sumber : Thevocket |
|
|
|
|
|
|
|
bakpe geng gayah bottem dh serbu ka camna?? |
|
|
|
|
|
|
|
GELI SIAK
badan lawa pon geli
ni dah la gendut geleber / kering kerak |
|
|
|
|
|
|
|
Klu mcm ni xpe... Siap buat gelak lagi acik |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ye lah tu |
|
|
|
|
|
|
|
tak sengaja konon...
iye la tu
ke gigih mintak maaf sebab kena kutuk? siap ada ustaz tegur.
betina2 gatal bodo2 kelas bawahan je yg seronok tgk pun. org cerdik tak lalu tgk jual makanan xpakai baju |
|
|
|
|
|
|
|
Alasan........ nak tayang body dan otot sebenarnya walhal cara begitu tidak sopan. Panas? kenapa tak pakai singlet jaring2? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan lah nak bekap cina..tu kt Melaka, Durian Heng..bdk muda tu elok je berniaga durian..Dengan berseluar panjang, pakai baju..xde pun merungut ckp panas..
kalau tak ade orang kecam, korang tak kisah kan tak pakai baju... |
|
|
|
|
|
|
|
Kool fm pun gigih lah but konten backup mamat2 ni. Boo. |
|
|
|
|
|
|
|
Aurat lelaki ni memang la pusat ke lutut, tapi ada hukum juga engkome kalau tak berbaju ni. Kalau ada nenek ter turn on situ, dah haram di mata nenek tu. Nak membeli pun tak senang. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sorang mamat tu bukan sado tapi gemuk air.. ekekeke
Moga puting tersagat duri deroyan
Lagi tak bole belah Haiza dag dig dug pegi gerai ni cuolss buat ulasan. apoooo |
|
|
|
|
|
|
|
Sama la mcm geng2 kovoi pi gerai makan kat highway nk tgk perempuan indon pakai ketat.
Yg jual, yg membeli sama saja. |
|
|
|
|
|
|
|
denda sahaja mereka
kerana telah menyebabkan ketidaktenteraman awam
malangnya.. dendanya nanti hanya lah RM 100
walau ada nyawa yang melayang... |
|
|
|
|
|
|
|
memang idok ler aku tak gi le kalau ada jejantaz x pakai baju cengitu. dgn vulu2 tiak nya. dgn peluh2 menitik. Idok ler .
Kot tgh2 kopek durian , tup2 peluh2 dr tiyak merecik masuk dlm bekas duyan . Uweekkkk |
|
|
|
|
|
|
|
wei, memang idak lah nak beli atau singgah kedai yg mcm ni...geli wei..bukan semua suka suka ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
durian tu lagi hensem dari hang bang oiiiii
siapa je la yg membeli & ada yg siap rakam ewwwww |
|
|
|
|
|
|
| |
|