CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 31308|Reply: 27

[Tempatan] Lori tunda terbabas rempuh 7 kenderaan termasuk motosikal di Sepang, 2 maut. Pemandu lori kena serangan jantung.

[Copy link]
Post time 17-7-2024 10:18 PM | Show all posts |Read mode
[VIDEO] Towing terbabas rempuh 6 kenderaan termasuk motosikal di Sepang, 2 maut

Oleh AMNAN HIBRAHIM

Rabu, 17 Jul 20245:40 PM MYT



Tangkap layar video memaparkan keadaan di lokasi kemalangan.


SATU kemalangan maut dilaporkan berlaku melibatkan sebuah lori tunda yang dipercayai terbabas sebelum merempuh empat kereta dan sebuah motosikal dalam kejadian di Jalan Putrajaya-Dengkil, Sepang, Selangor pada Rabu.

Insiden terbabit turut tular selepas ia dikongsikan di media sosial.

Menerusi klip yang memaparkan keadaan di tempat kejadian, beberapa mangsa dilihat sudah terbaring di tepi jalan.

Pada masa sama, lori tunda terbabit didapati sudah terbabas ke dalam longkang di tepi jalan berkenaan manakala sebuah lagi kereta terlibat sudah jatuh ke cerun tepi laluan berkenaan.

Pegawai perubatan juga dilihat sudah tiba di lokasi untuk memberikan bantuan.

Difahamkan, dua mangsa kemalangan terbabit dipercayai maut dengan salah seorang daripada dikatakan merupakan staf Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku pada pukul 9.10 pagi Rabu.

Beliau berkata, ketika tiba di tempat kejadian, pemandu lori tunda terbabit dipercayai terkena serangan jantung sehingga menyebabkan lori yang dipandunya terbabas masuk ke laluan bertentangan.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia merupakan penunggang motosikal dengan seorang daripadanya disahkan maut di tempat manakala seorang lagi menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Polis IPD Sepang," katanya. — Majoriti


https://majoriti.com.my/berita/2 ... g-2-dikhuatiri-maut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2024 10:19 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 17-7-2024 10:51 PM

  








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2024 10:19 PM | Show all posts
MUTAKHIR

Pemandu lori kena serangan jantung, 2 maut dirempuh

Samadi Ahmad
[email protected]



KEADAAN lori yang terbabas dan melanggar enam kenderaan selepas pemandu terkena serangan jantung. FOTO Ihsan PDRM


Sepang: Dua penunggang motosikal maut selepas dirempuh lori dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Jalan Bukit Dugang-Desa Putra di sini, hari ini.

Kemalangan 9.10 pagi itu berlaku apabila pemandu lori dipercayai mengalami serangan jantung menyebabkan kenderaan dipandunya hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lori yang dipandu dari arah Putrajaya menghala Jenderam merempuh empat kereta dan dua motosikal di laluan bertentangan.

"Seorang lelaki yang juga penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lelaki lain menunggang motosikal berasingan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya," katanya dalam kenyataannya, hari ini.


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ung-2-maut-dirempuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2024 10:19 PM | Show all posts
Kemalangan tujuh kenderaan, akauntan RTM antara dua maut

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
17 Julai 2024, 9:55 pm



Keadaan di Jalan Bukit Dugang - Desa Putra selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan kira-kira pukul 3 petang tadi. Foto MEDIA SOSIAL


SEPANG- Seorang akauntan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) merupakan antara dua mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan tujuh buah kenderaan di Jalan Bukit Dugang, di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Firdaus Yahaya, 31, manakala identiti seorang lagi mangsa tidak didedahkan di mana kedua-dua mereka adalah penunggang motosikal.

Dalam kejadian pukul 9.10 pagi tadi, sebuah lori dipandu seorang lelaki dari arah Putrajaya ke arah Jenderam tiba-tiba hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh enam kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lori berkenaan merempuh empat kereta dan dua motosikal sebelum jatuh ke dalam longkang.

Katanya, siasatan awal mendapati, pemandu lori berusia 40 tahun itu dipercayai terkena serangan jantung menyebabkan kenderaan dipandu hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

“Akibat rempuhan itu, seorang penunggang motosikal maut serta merta di lokasi kejadian, manakala seorang lagi penunggang motosikal disahkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

“Pemandu lori itu pula mengalami cedera parah dan kini masih dirawat di zon merah Hospital Putrajaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke depan bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE.


https://www.kosmo.com.my/2024/07 ... tm-antara-dua-maut/
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada semua mangsa
Semoga urusan dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2024 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kena serangan jantung ni..iols takde nak kata apa
Cuma..
Kesihatan kena jaga ya wahai kawan2...
Takziah buat mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu
Artinya: "Ya Allah! Ampunilah almarhum (jenazah laki-laki),berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya."

Salam takziah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2024 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan kaitkan dnegan cecair suci
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 17-7-2024 10:42 PM
Kalau kena serangan jantung ni..iols takde nak kata apa
Cuma..
Kesihatan kena jaga ya wahai kawan2.. ...

Betul..selalu jumpa pemandu lori perut mesti kedepan..
Pulak seharian duduk pandu lori saja.mcm mana kalori nak burn?

Pape pon Salam Takziah....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Freezies replied at 17-7-2024 11:08 PM
Betul..selalu jumpa pemandu lori perut mesti kedepan..
Pulak seharian duduk pandu lori saja.m ...

Kan .pastu minum redbull livita

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak silap baru semalam aku beri contoh temui ajal dilanggar lori. Setiap kali kita keluar pergi kerja,mungkin itulah kali terakhir kali masuk kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Malang x berbau. X de sapa yg dpt predict bila Akan kena serangan jantung. Kebetulan serangan dtg pd waktu yg Salah.

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 08:20 AM | Show all posts
2021/ 21 antivaks penah buat teori ni..

akibat bekcin..

kena serangan jantung masa memandu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 08:38 AM | Show all posts
Innalillahiwainnalillahirajiun. Takziah kepada semua mangsa yang terlibat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2024 08:41 AM | Show all posts
Zaman selepas kempen vaksin mRNA Covid durjana tu, aku memang tak boleh dengar kes-kes serangan jantung, panic attack, depression, strok, kanser semua tu.
Sebab aku sakit hati sangat aku sumpah seranah semua yang paksa cucuk dulu!
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
innalillah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 09:04 AM | Show all posts
Dah Pfizer kata kesan sampingan ambil vaks mereka ada 1,271 jenis...
Jgn kata serangan jantung shj tapi hari tu kan ada ambulans accident sbb pemandu tiba2 kena serangan sawan secara tiba2..
Risiko bukan shj di darat tapi di udara utk semua pilot2 pun sbb majoriti dah vaks  dan bila sampai masa tu ketika di udara kalau berlaku memang bersedialah utk mati ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 09:05 AM | Show all posts
inna lillahi wa inna ilaihirajiuun...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.240951 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list