View: 85840|Reply: 32
|
[Jenayah]
Menjadi Satu Kesalahan Jenayah, PDRM Memberi Amaran Kepada Pengomen Yang Melampau Macam Acik Porum!
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kejadian buli siber melibatkan pengguna media sosial atau 'netizen' yang membuat sesuatu komen secara melampau.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, perbuatan tersebut boleh mendatangkan kemudaratan termasuk menyebabkan berlakunya tekanan fikiran dan mengancam keselamatan individu lain.
Beliau berkata, kesan daripada tindakan mengeluarkan sebarang spekulasi atau komen secara melampau adalah sangat bahaya.
"Adalah menjadi satu kesalahan jenayah terhadap mana-mana pihak yang didapati membuat hantaran serta spekulasi berkaitan sesuatu isu sehingga berlakunya fitnah, ugutan atau buli siber meskipun dibuat secara dalam talian.
"Individu terbabit boleh diambil tindakan mengikut undang-undang dikuatkuasa antaranya bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana ugutan, Seksyen 500 KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM)," katanya pada Sabtu.
Mengambil contoh kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, beliau berkata, banyak spekulasi timbul di media sosial apabila ada pihak yang menghina, mengutuk serta mencaci mangsa dan suspek itu sendiri.
Tegas beliau, tindakan seumpama itu secara tidak langsung boleh menganggu emosi dan memberi tekanan kepada ahli keluarga pihak terlibat.
"Perkara seumpama inilah yang dikatakan sebagai buli siber. Isu ini adalah serius.
"Saya memberi amaran kepada masyarakat terutama pengguna media sosial agar tidak mengeluarkan komen tidak benar dan membuat sebarang spekulasi," ujarnya.
Menurut Razarudin, pihaknya memandang serius terhadap kepenggunaan media sosial secara melampau hingga menimbulkan fitnah terhadap pihak lain.
Justeru itu katanya, mana individu-individu yang merasakan dibuli di media sosial diminta melaporkan kepada pihak berkuasa.
“Kita tidak mahu berlakunya kejadian buli siber sehingga menyebabkan kematian sepertimana yang menimpa pada pempengaruh Tiktok, Esha," katanya.
Menurut beliau, PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) sentiasa bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kementerian Komunikasi dalam meneliti dan mengkaji langkah-langkah serta tindakan lebih tegas dalam memerangi perbuatan buli siber.
Katanya, PDRM dan Kementerian Komunikasi sudah membentuk satu jawatankuasa yang diberi tanggungjawab meneliti aspek perundangan yang bakal dicadangkan pada masa akan datang.
Beliau juga menyeru orang ramai memberi ruang dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan dalam sesuatu kes.
"Jangan menyebarkan sesuatu perkara yang tidak pasti kesahihannya sehingga boleh menimbul fitnah dan mengganggu siasatan pihak berkuasa," tegasnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
acik2 porem please take note yachh |
|
|
|
|
|
|
|
Ni pasal komen2 menghina yindia yg menghina yindia sampai bunuh diri tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Yang selalu bukak benang misleading mcm didi n nonok pon patut kena charge jgk...hareii tol |
|
|
|
|
|
|
|
Samalah macam tuan tanah bukak thread ni! Bahasa Melayu apa entah, tajuk guna imbuhan mem- tak bertempat! Kemudian, guna gambar misleading, deceiving sebab nak tarik views!
Macam gambar gay berpeluk kat thread pelajar tidur kat rumah member!
Hauk betul!
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa kaka mimie polis berforum.. kita okey je... mmg berhemah |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu bangkem suka tengok iklan didi7 dekat tv3.. rancangan smartshop
Paling best part dia masukkan didi7 dalam balang yang penuh dengan air kotor, dia kacau air tu tetibe air tu jadi jernih |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau camtu sila lah tangkap acik2 porem yg terlibat.
Iols ada list nama dorang |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai standby seratus sesiap. |
|
|
|
|
|
|
|
*Pakat
|
|
|
|
|
|
|
|
Ironinya media soSIAL yang penuh dengan undang2 community guidelines siap dengan auto filter perkataan2 cursed swearing tu la yang akhirnya jadi lubuk cyber bully sampai depress mampos orang bunuh diri sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila sister @MissYouSayang nak post thread-thread patuh syariah dewan bahasa dan pustaka tanpa gambar2 misleading, menggantikan didi and nonok katanya sissy? |
|
|
|
|
|
|
|
Si pembunuh tu duk dalam lokap celah mana nya netizen buli dia??
Amek contoh kes buli yang bunuh diri tu lebih betul |
|
|
|
|
|
|
|
Mary_jane replied at 21-7-2024 12:31 PM
Pakai standby seratus sesiap.
Mcm topup touch n go ja sissy |
|
|
|
|
|
|
|
Sesambil prektis catwalk ala2 model lepas keluar court nanti.
Spek mata hitam cover half face jangan lupa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Acik forum senior berpengalaman angkut pc
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau polis yg lakukann jenayah mstilah harus dikecam berjemaah perlakuannya. Takkan nak puji2 pulak. Xrealistik lngsung nak ugut2 kebebasan brsuara skg ni kalau ktua polis ni petik isu polis bunuh faa tu |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 20-7-2024 11:03 PM
Kalau camtu sila lah tangkap acik2 porem yg terlibat.
Iols ada list nama dorang
Aku sampai dah hilang minat nak baca benang kes2 pembunuhan yg viral
Acik2 porem yg perasan hebat,cantik/hensem t20 serba serbi sempurna ramai sgt dok mencaci maki dgn macam2 gelaran kat pihak2 yg terlibat,kalau yg mmg bersalah tertuduh dikutuk perangai xpelah juga
Ni face/body shaming ahli2 keluarga dorang sekali
Sampai hina2,salahkan bini suspek plakkkk
Poremer2 lain tegur dihalau plak mcm porem ni dorang yg punya,eh nak release stress penat bekerja katanya
Kau mmg xjumpa cara lain kah,sedihnyaaaa
Kalau perli2 tu dah jadi zikir dah pun
Gi buat wasep grouplah dey,buat porem sendiri ke,aman sikit kauorg nak lepas tension kauorg,biar sesama kauorg je baca
Balas membalas,biar sampai orgasme
Mcm hebat sgt membuli org
Dorg ni selagi xkena kat diri ngan ahli keluarga sendiri mmglah xkan sedar
Tp yg plg aku xbleh,thread2 retis meninggal,pun siap bergaduh2 antara puak2 yg suka mencaci arwah dgn yg perli
Dihalau2nya poremer2 yg perli dorang pernah memaki arwah tu,ini bod gosip katanya
Hanat sungguh perangai sekor2,bila masa ntah gosip2 ni mesti nak kena mnghina org lain sampai tahap mcmtu
Betapa ironik kalau kau masuk thread bebudak kena buli kat mana2,kecam pembuli kat sana,
Tp lepastu kau masuk thread2 lain buli plak org2 yg kau xsuka
Lol |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada dah parodi minaci gundu kepam catwalk tuh. Mengekek ngekek aku gelak. Komen2 org India sangat2 menghiburkan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|