CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58364|Reply: 92

[Tempatan] Nasi goreng kosong,mi segera jadi juadah 7 beranak

[Copy link]
Post time 2-11-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Kota Bharu: Nasi goreng kosong dan dua bungkus mi segera yang dikongsi beramai-ramai adalah menu harian tujuh beranak dari Kampung Padang Jepun, Sabak, di sini.

Lebihan kuah mi segera itu tidak dibazirkan apabila dicampur pula dengan nasi untuk memastikan perut enam anak Syaliana Ayu Kudus, 43, kenyang meskipun tanpa sebarang lauk pauk yang terhidang.

Kekangan hidup Syaliana Ayu yang dialami selama ini semakin terdesak sejak lima bulan lalu selepas berdepan masalah keluarga.

Syaliana Ayu berkata, hidup mereka kini bergantung kepada anak sulung yang berusia 23 tahun dan bekerja di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur.

"Anak sulung juga tidak sempat membuat simpanan kerana perlu mengirimkan banyak wang untuk keperluan saya dan enam adiknya termasuk sewa rumah dengan kadar RM400 sebulan.

"Tiga anak masih bersekolah manakala Mohammad Haikal Arif Mohd Hanafiah, 16, sudah tiga tahun berhenti sekolah kerana tidak berminat selain kekangan kewangan.

"Untuk anak yang masih bersekolah saya hanya mampu bekalkan wang saku sedikit setiap hari kerana dua yang bersekolah rendah sudah menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan ada masanya 'menumpang' makanan rakan," katanya.

Syaliana Ayu berkata, anak keduanya, Mohammad Haikal Faiz, 17, pula sesekali mengambil upah membasuh kereta untuk mencari wang perbelanjaan persekolahan.

Menurutnya, dia berhasrat untuk mencari pekerjaan tapi memandangkan dua anaknya masih kecil iaitu berusia dua dan empat tahun, agak sukar untuk meninggalkan mereka berdua.

"Lagipun kami tiada kenderaan kerana sebuah motosikal yang ada pun baru saja rosak dan untuk ke mana-mana, kami akan meminta bantuan keluarga serta jiran tetangga," katanya.

Terdahulu mereka menerima kunjungan pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Chempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed yang hadir menyampaikan bakul makanan serta wang zakat.

Che Norhayati berkata, pihaknya akan cuba mendaftarkan Mohammad Haikal Arif ke mana-mana institusi kemahiran memandangkan remaja itu berminat dengan bidang kulinari.

Bagi yang ingin membantu, boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Islam 03072021190438.

Disiarkan pada: November 1, 2024 @ 4:06pm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2024 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
segala kata cacian
yang telah engkau berikan
membuatku rasa kosong, kosong, oh
setiap tutur diperhatikan
kau cari cara putar belitkan
kau jadikan diriku kosong, kosong, oh-oh



Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Lakinya lepas tabur benih kemana kah dikau?
Sian bini tu terkontangkanting. Paspuspis takde tindakan ke nak bantu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Aik yg xpegi sekolah tu xkn xboleh tlg jaga adk tu? 2 & 4 thn bkn menyusu bdn lg. Nk marah baca berita mcm ni tp lps baca berita2 bonus phb smpai 210k, fv habiskan 47juta, aku lg rasa marah dgn yg kaya. Mampos la yg kaya2 ni esok kena azab dkt pdh masyar. Duit byr ceo jadah apa tu boleh create byk lg peluang keje
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 2-11-2024 09:56 AM
Lakinya lepas tabur benih kemana kah dikau?
Sian bini tu terkontangkanting. Paspuspis takde tindakan ...

busuk busuk gisbh takdak yg kebuloq mace ni

pasar ikhwan di putarjaya
sapakah dia abuya

skibidi bom bom yes yes
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 02:18 PM | Show all posts
masa kita kecil tak cukup makan lepas tu anak kita tak cukup makan lepas tu cucu kita tak cukup makan lepas tu cicit kita tak cukup makan lepas tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-11-2024 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 2-11-2024 09:56 AM
Lakinya lepas tabur benih kemana kah dikau?
Sian bini tu terkontangkanting. Paspuspis takde tindakan ...

Lakinya selain melepaskan benih,tanggungjwb juga dilepaskan
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm artikel sedikit pun xde mention psl lakinya...kak, jgn esok lusa beranak lg kak..kesian anak sulung dia kena berkorban..hrp gajinya setimpal..tatau gaji keje restoren vs keje kilang with ot mana lg tinggi...nak tanggung adik2..yg no.2 dah x sekolah tu xleh tlg jaga adik2 sementara mak gi keje ke?
Org kata nak seribu daya, xnak seribu dalih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2024 08:20 PM | Show all posts
laki dia kemana... memancut dah pandai tp knp hasil pancutan tak jaga.. cerai ker atau dah mati

.. keadaan mcm ni kerajaan atau mana-mana badan yg bantu orang miskin perlu tolong. takut nanti anak-anak tu jadi sampah masyarakat timbulkan banyak masalah sosial..

kenapa tak sebut zakat atau bantuan lain yang dah diterima, reporter ni sepatutnya bagi tau semua.. artikel diatas tak seimbang, cuma cerita rintihan kesedihan air mata malapetaka kesengsaraan tp cerita cuma satu bantuan iaitu cuba daftarkan anak sekolah kemahiran shj yg mampu orang sekeliling buat...

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 08:21 PM | Show all posts
mesti anak sulung tak dapat belajar tinggi
demi nk sara keluarga
mesti anak sulung ada niat nak naikkan taraf hidup
nak berjimba di usia sebegitu

kesian
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mak pak bersedap sedapan memanjat dan memancut, anak bertungkus lumus sara  keluarga...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2024 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 3-11-2024 08:20 PM
laki dia kemana... memancut dah pandai tp knp hasil pancutan tak jaga.. cerai ker atau dah mati

..  ...


Dlm proses cerai

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tk guna sesen pun laki macam ni. Kau tkde duit jangan la buat bini ngandung ..ngokk
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
I googled nama dia ni.  Last yr kuar beruta gak rumah terbakar.  Duit seribu ribggit pinjam dr mak nak beli motor hangus dgn 4bijik telepon.  Dia kata dia tak kerja zebab dia ada asma.

“Ketika kejadian, suami saya tiada di rumah kerana bekerja sebagai tukang masak di Singapura dan dijangka akan pulang ke Kelantan esok atau lusa."

So kiranya laki ada pendapatan pun ada la kan.  Kenapa nak buat citer sedih.  Rumah dia duduk sekarang menumpang rumah mak dia.   Mcm tak jive je citer dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Glass_shoes replied at 3-11-2024 08:59 PM
Dlm proses cerai

Oh process cerai pulak abis laki x kasi duit anak makan ke.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah nmpk apa tujuan beranak ramai2. Boleh suruh ank2 tu kerja bg duit. Mak pak kt umh ngongkek je tambah ank lg

Ank tu kan pembawa rezeki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2024 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama ibu cam watak novel Creative 21. Nama modern tahun 90an.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 3-11-2024 08:21 PM
mesti anak sulung tak dapat belajar tinggi
demi nk sara keluarga
mesti anak sulung ada niat nak naik ...

Anak sulung yang berkorban untuk keluarga dia takkan berkahwin.

Kalau anak sulung yang berkahwin tu propa je menolong keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kucing_gebu replied at 3-11-2024 08:45 PM
mak pak bersedap sedapan memanjat dan memancut, anak bertungkus lumus sara  keluarga...

Anak pula tak dapat sedap memanjat dan meancut

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 09:22 AM | Show all posts
sorry la tapi belah2 klate sana memang ramai camni...pastu aku nampak cerai berai ni selalu jadi kat sana...

anak2 pulak ramai yg tak belajar tinggi mana..tu yg jadi tauke pil kuda, eh produk kosmetik, ada yg lagi keluar ke KL,selangor,Johor,penang pastu jadi beruk makyeh kejutan budaya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.061920 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list