CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 18366|Reply: 58

Siti Nurhaliza taja 20 pasangan ‘buat anak’ melalui kaedah persenyawaan in-vitro (IVF).

[Copy link]
Post time 24-7-2024 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Mahu membantu pasangan sudah lama berkahwin mendapatkan zuriat, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menawarkan tajaan kepada 20 pasangan yang layak untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF).



Ujar Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Taruddin, 45, peluang yang dibuka menerusi Yayasan Nurjiwa itu hanya memerlukan suami isteri mendaftar di platform badan amal terbabit sebelum melalui tapisan awal.

“Assalamualaikum, saya ingin berkongsikan berita gembira kepada semua pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan sedang berusaha mendapatkan cahaya mata.

“Kalian kini boleh memohon dalam program IVF Nurjiwa: Sempurnakan Sebuah Cinta dengan hanya penuhi kriteria diperlukan.

“Permohonan terhad kepada 20 pasangan sahaja. Selamat mencuba dan semoga impian anda semua jadi kenyataan,” ujarnya menerusi video dalam TikTok.

Semakan menerusi ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji usaha murni pelantun lagu Sehebat Matahari itu selain menyifatkan program tersebut sebagai sinar baharu dalam kehidupan pasangan kurang berkemampuan tetapi teringin memiliki zuriat.

“Terima kasih TokTi sudi berkongsi rezeki dengan kami yang kurang berkemampuan, IVF bukan murah, moga sentiasa berada dalam lindungan Allah. Awak memang insan berhati mulia TokTi,” komen netizen.

“Sebab itu dia sentiasa nombor satu. Selain berbakat, TokTi sentiasa rendah diri dan suka membantu golongan kurang bernasib baik, moga Allah kurniakan syurga di atas segala kebaikanmu,” demikian tulis seorang lagi pengikutnya.

Ini bukan kali pertama isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K itu membantu orang ramai.

Sebelum ini, beliau pernah memberi sumbangan kepada pengamal media yang kurang bernasib baik atau berada dalam kesulitan.

Malah menerusi platform Yayasan Nurjiwa, Siti turut membantu lebih 10,000 rakyat Palestin setiap hari dengan menyalurkan bantuan perubatan dan makanan. – KOSMO! ONLINE.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 09:46 AM | Show all posts
berkongsi rezeki. alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 12:24 AM | Show all posts
IV ni depends on the fridge utk simpan telor2 tu.... x payah la pergi hospital yg track record sendu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 01:39 PM | Show all posts
proud of my idolat...
haritu baru je sponsor pergi umrah...

meanwhile haterz2 punya idolat tgh busy buatpe tuhhh? tengah cari sponsor nak buat konsert ker tuuuuhh?

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 03:15 PM | Show all posts
sleepandream replied at 25-7-2024 01:39 PM
proud of my idolat...
haritu baru je sponsor pergi umrah...

tengah pikir nak kencing stokis dengan product apa plak lepas ni hewewewe

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik tok ti & tok k.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2024 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 dia pilih org yg betul2 b40. Dan yg telah lama nak anak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah..terbaik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 03:36 PM | Show all posts
matjerk replied at 25-7-2024 03:20 PM
Harap2 dia pilih org yg betul2 b40. Dan yg telah lama nak anak...

adoiii smpi buat ivf pun nak bg sponsor kat B40 je ke? Kalau betul yg B40 ni kiranya makan minum pun selalu miss... lagi mau suruh dorang buat anak? Anak tu amanah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by matjerk at 25-7-2024 10:15 AM
Suci_Murni replied at 25-7-2024 07:36 AM
adoiii smpi buat ivf pun nak bg sponsor kat B40 je ke? Kalau betul yg B40 ni kiranya makan minum p ...


Kos ivf ni sgt tinggi... ramai yg x mampu utk pay cost ivf ni... tp masih mampu menjalankan amanah sebagai ibu bapa... apa kamu ingat b40 ni tak mampu makan minum dan besarkan anak ke Suci_Murni? Begitu rupanya pandangan u pada B40.
Dan adakah b40 ni tidak layak ada anak?

Klu dia sponsor kepada org yg mampu menampung cost IVF sendiri... agak x malu lah org yg menerima tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak try apply la
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa da closed
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 25-7-2024 06:11 PM
Kos ivf ni sgt tinggi... ramai yg x mampu utk pay cost ivf ni... tp masih mampu menjalankan amanah ...

M40 border ke B40 lg kesian..satu hapa x dpt
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kinakoyuki replied at 25-7-2024 06:16 PM
Alaaa da closed

Uols kat mana tu? Yg tunku azizah punya tu sentiasa ada kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 25-7-2024 06:26 PM
Uols kat mana tu? Yg tunku azizah punya tu sentiasa ada kan

Kat klang valley.. a'ah dulu penah apply tunku azizah punya takda respon.. awal lg kot time tu.. dlm 2-3 tahun kawen.. skrg dah 7thn++.. nak try apply lg la.. sambil² menabung..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kinakoyuki replied at 25-7-2024 06:36 PM
Kat klang valley.. a'ah dulu penah apply tunku azizah punya takda respon.. awal lg kot time tu.. d ...

Kalau ada bajet..trylah metro ivf klang..amik Dr Tee..situ ramai juga yg terus lekat masa first ivf transfer.. termasuk iols. Uols ada join grp2 ivf kt fb? Yg taff pun x silap dia ada joint venture dgn metro tu..tp bkn branch klang, Dr Tee tu harga extra skit tp takdelah bnyk nau bezanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 25-7-2024 06:58 PM
Kalau ada bajet..trylah metro ivf klang..amik Dr Tee..situ ramai juga yg terus lekat masa first iv ...

Thank you share info. My friend tgh berusaha. Umur dah nak mid 30s. Sis tau tak brapa total cost? Budget dia kurang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga ada rezeki bagi yg ttc…teruskan usaha..yakin dgn rezeki Allah
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 25-7-2024 06:11 PM
Kos ivf ni sgt tinggi... ramai yg x mampu utk pay cost ivf ni... tp masih mampu menjalankan amanah ...

Selalu dgr pal cost ni. Sebab kena multiple sessions kan? Apa side effect buat IVF? Terganggu tak kerja. Sebab dah 2 org yg I kenal focus nak dptkan anak. Dua2 bini resign kerja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.728475 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list