CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 55468|Reply: 34

[Jenayah] Membuang Masa, Nampak Teruk Dan Membosankan!

[Copy link]
Post time 27-7-2024 10:39 AM | Show all posts |Read mode


Pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris tidak menepati selera para peminat sukan tanah air apabila menganggap ia sebagai upacara yang teruk dan kacau bilau.

Penganjur temasya itu kali ini membuat kelainan apabila ia berlangsung di sepanjang Sungai Saine buat kali pertama dalam sejarah berbanding sebelum ini dilakukan di stadium.

Terdapat beberapa situasi tidak digemari oleh para peminat sukan seperti perarakan menggunakan bot dan persembahan yang mengandungi unsur LGBT ketika upacara berlangsung.

Kontinjen negara muncul dengan busana ‘The Malaya’ rekaan Rizman Ruzaini namun peminat tidak puas hati dengan kedudukan kamera yang dilihat agak jauh dan ditayangkan tidak sampai 10 saat.

Di atas bot tersebut, terdapat enam atlet dan empat pegawai dengan penerjun, Bertrand Rhodict Lises dan atlet pelayaran, Nur Shazrin Mohamad Latif menggalas tanggungjawab sebagai pembawa Jalur Gemilang.

Mereka disertai Nur Dhabitah Sabri (terjun), Khairulnizam Mohd Afendy (pelayaran), Ashley Lau (golf) dan Tan Rouxin (renang) di atas bot yang turut membawa delegasi dari Malawi dan Maldives itu.

“Bergaya apa atlet Malaysia, tunggu lama-lama tapi dapat tengok wakil Malaysia sekejap saja, buang masa betul,” tulis seorang pengguna facebook di ruang komen.

“Tak puas tengok min jauhhh betul camera. Better buat dlm stadium lah macam selalu baru clear outfit atlet setiap negara,” tulis seorang pengguna facebook lagi.

Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 berlangsung dari 26 Julai 2024 sehingga 11 Ogos 2024, merupakan Sukan Olimpik edisi ke-30. Ini menjadi penyertaan ke 15 bagi kontinjen Malaysia sejak 1964.

26 atlet Malaysia akan beraksi dalam 10 jenis sukan seperti terjun, renang, sukan pelayaran, menembak, berbasikal, angkat berat, badminton, golf, dan olahraga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2024 10:39 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2024 10:40 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Nape kita letak sikit je org ats bot eh?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tengok sepintas lalu je perarakan ni dkt tv. Malaysia bukan negara besar & kontijen xramai atas bot tu. Time aku tengok kontijen UK, ada berpuluh2 atlit atas bot so masa tunjuk tu agak lama
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Beria la gaduh pasal baju last2 airtime setakat bape saat je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2024 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Jenayah apa ni, TT. Jenayah curi masa orang kah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 27-7-2024 10:42 AM
Nape kita letak sikit je org ats bot eh?

Sbb kontinjen kita sikit.lagipun dlm bot.at least klau dlm stadium angle tu lagi jelas walau berapa saat sekalipun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2024 11:07 AM | Show all posts
Momohizan replied at 27-7-2024 10:52 AM
Jenayah apa ni, TT. Jenayah curi masa orang kah?

jenayah scam rakyat

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 11:33 AM | Show all posts
tak, citer dia kan, masa kemunculan Malaysia diorang membelakangi camera, sama jugak dengan Malawi. Sebab sebelum tu ada persembahan sorang fonen ni dok joget2 baju putih. So camera tak zoom bebetul kat kapal. Tu yang jadi tak cantik dalam tv. Camera tak zoom sangat pun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Atleast malaysia nampak classy gitew tak payah dok berimpit2  mcm pedatang asing ramai2 naik bot
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok la betapa kusam baju negara kau bila dibawak outdoor.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 27-7-2024 12:25 PM
Tengok la betapa kusam baju negara kau bila dibawak outdoor.

Akak lehat trend fashion malaysia sekarang memang trend kusam huduh yach sissy. Padahal boleh je letak 3 4 color into the attire tapi nahhhhh…. Macam masing2 baru bergelumang taik lembu udah gaya color nya sissy…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2024 12:34 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 27-7-2024 12:25 PM
Tengok la betapa kusam baju negara kau bila dibawak outdoor.

raya 2025 tersenyum sinis



Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 27-7-2024 04:32 AM
Akak lehat trend fashion malaysia sekarang memang trend kusam huduh yach sissy. Padahal boleh je l ...


Macam trend deco rumah kat Instagram, Pinterest, etc segala.

Balik2 kaler itam, putih, beige gabung dengan kaler kayu etc yang boring. Jarang dah tengok rumah vibrant eccentric hado karakter.

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
DidiAndFren replied at 27-7-2024 04:34 AM
raya 2025 tersenyum sinis

Aiol dah lamaaaa pakai baju kaler ni. Netizens baru discover colour ke masalahnya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Punya le lama berbincang bab outfit last2 gitu je? Emmm diarg tak tahu ke buat bkn dkt stadium sblm ni? Warna gini kalau harapkan cahaya matahari kureng sikit nampak simple ayu2 gitu tp kalau sorotan lampu spotlight baru teserlah sikit
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 27-7-2024 12:47 PM
dua_chzy replied at 27-7-2024 12:25 PM
Tengok la betapa kusam baju negara kau bila dibawak outdoor.


The Malaya and The Borneo

د ملايا ايند د بورنو
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 27-7-2024 12:40 PM
Aiol dah lamaaaa pakai baju kaler ni. Netizens baru discover colour ke masalahnya?

Urang sabahan akak believe lawa la pakai baju kaler ni sebab putih2 pink biasanya kulit yuolss kan, tapi mintak simpang le ummah semenanjung yang pakai sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 27-7-2024 12:40 PM
Macam trend deco rumah kat Instagram, Pinterest, etc segala.

Balik2 kaler itam, putih, beige gabu ...

Yach memang boring sissy. Kesian gen z hidup dalam era boring yakmats sissy.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.070358 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list