View: 32134|Reply: 57
|
[Jenayah]
Dipercayai Menuntut Di UIA, Pelajar Guna Seterika Bagi Panas!
[Copy link]
|
|
Apabila sudah memasuki ke dalam asrama, timbul kreativiti untuk mencipta inovasi bagi menyelesaikan masalah seharian seperti memasak maggi dengan berbekalkan perkakasan yang sedia ada di sekitar premis.
Hal ini kerana banyak asrama yang menghalang pelajar membawa sesetengah perkakasan elektrik kerana takut berlaku lintar pintas dan seumpamanya.
Terbaharu, seorang pelajar yang dipercayai menuntut di Universiti Islam Antarabangsa memperlihatkan bagaimana dia memasak mi segera dengan cara yang cukup kreatif iaitu menggunakan seterika.
Siapa sangka seterika yang biasa digunakan untuk menggosok baju sebenarnya boleh dimanfaatkan juga dalam mendapatkan sumber air panas lalu digunakan buat memasak mi segera?
Di dalam video itu, pelajar tersebut menuang air pada dasar seterika yang sudah dipanaskan terlebih dahulu. Kemudian, air yang mengalir dilihat bertukar menjadi panas lalu melembutkan mi segera yang berisi di dalam bekasnya.
Pelajar itu juga sempat memberi pesanan untuk menggunakan seterika yang baharu dan bukannya dalam keadaan karat kerana takut dijangkiti kuman pula. Dia menambah lagi yang anda perlu menunggu sekitar 3 minit untuk memastikan mi segera dimasak dengan betul.
Video itu berjaya meraih 1.3 juta jumlah tontonan, 60.6k likes dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen di platform TikTok. Rata-rata meluahkan rasa teruja melihat cara yang cukup unik untuk memasak mi segera tanpa perlu menggunakan water heater.
Dalam masa sama, ramai juga yang berkongsi bahawa ada cara lain lagi untuk memasak maggi dengan menggunakan seterika yang biasa dibuat oleh pelajar asrama. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau minta air kat kafe iol dlu dia caj, 20-50 sen utk air panas. Blh bawa bekas, nnti dia tolong isikan. Better lah dari guna seterika ni.
Tpi uia xkan xde filter water. Klo xde kne install satu utk satu asrama. Uol bayar duit maintenance kolej |
|
|
|
|
|
|
|
Akak trauma sikit tengok seterika sisssssss….. terus rasa nak letup satu badan sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada water heater, mcm coil. Masuk dlm bekas.
Benda ni dah tak jumpa dah, sbb di gantikan dgn kettle letrik. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat masa ni seram nak sebut bendalah tu..tukar nama ler |
|
|
|
|
|
|
|
iols pun trauma dgr nama sterika ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Bijik ape ni isu semasa.
Tajuk clickbait lak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ape ni? X hygiene lerrrr. Kot ade kwn perfectionist, iron suar dalam guna iron tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ada mahallah (hostel) yg ada coway untuk kegunaan pelajar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apalah buat keje mcm ni..air Tu X panas pun nk kasik kembang maggi..Pegi la.pinjam ketel atau pun pegi ambik air panas kt coway ..bukan dh disediakan ke coway cuckoo bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh je bawa kettle letrik, cuma kena register & bayar sikit.
Pengurusan asrama nak pastikan penggunaan barang letrik terkawal, untuk keselamatan penghuni jugak.
Dah tu ada je asrama yg sediakan coway/cuckoo utk kegunaan penghuni.
Kdg2 budak2 ni saja nak buat content bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
bkn ke water heater blh bawak..
kwn i dia pkai iron bju utk iron rambut dia |
|
|
|
|
|
|
|
kita dlu bawa rice cooker jer...x pening pon. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pulak trauma tengok seterika tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
asma87 replied at 29-7-2024 06:08 PM
Aku pulak trauma tengok seterika tu..
Kannnnnnn, lagi2 kalau student lelaki. Jgn la depa pi suka2 tekap kat telur kawan2 ke. Nayaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Astaghfirullah. Kettle tak ada ke? Kalau tak boleh bawa kettle, pasti la asrama tu ada sediakan mesin utk dapatkan air panas. |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai Akak.. itu baru seterika dunia. Kalau seterika akhirat, langsug hilang kata2. Bukan setakat letup satu badan bahkan lebur semuanya. 2x arwah le....
|
|
|
|
|
|
|
|
Anggaplah sekadar utk content sahaja |
|
|
|
|
|
|
| |
|