View: 7547|Reply: 27
|
[Tempatan]
Mahkamah putuskan kematian pegawai kadet TLDM sebagai kes bunuh
[Copy link]
|
|
Mahkamah putuskan kematian pegawai kadet TLDM sebagai kes bunuh
https://www.malaysiakini.com/news/713459
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Jul 29, 2024 3:20 PM⋅
Dikemaskini: 3:58 PM
Mahkamah Tinggi di Ipoh hari ini memutuskan kematian pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), J Soosaimanicckam ketika menjalani latihan di KD Sultan Idris, Lumut, empat tahun lalu sebagai kes homisid.
Susulan itu, Hakim Abdul Wahab Mohamed, mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner pada 16 Jun tahun lalu yang memutuskan 'keputusan terbuka' berhubung inkues bagi menentukan punca kematian pegawai kadet berkenaan pada 19 Mei 2018.
Dia berkata, bahawa kematian pegawai berusia 27 tahun itu adalah akibat langsung daripada pegawai tentera laut yang bertanggungjawab terhadap latihannya.
Hakim Abdul Wahab berkata pegawai tentera laut tersebut telah menafikan si mati daripada mendapatkan rawatan perubatan untuk leptospirosis (penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang menyerang manusia dan haiwan) sehingga menjurus kepada punca kematian.
"Mengambil kira semua bukti terhadap siasatan punca kematian (inkues), Mahkamah Tinggi mengetepikan keputusan terbuka koroner dan menggantikan dengan homisid. Punca kematian si mati adalah edema pulmonari yang disebabkan oleh leptospirosis.
"Kematian si mati yang tidak dijangka adalah akibat langsung daripada pegawai TLDM yang bertanggungjawab untuk latihan kadet itu telah menafikan si mati daripada mendapatkan rawatan perubatan," katanya.
Peguam, Zaid Malek yang mewakili keluarga Soosaimanicckam, berkata keluarganya bersyukur dengan keputusan hari ini memandangkan mereka sudah berusaha untuk mendapatkan keadilan bagi mendiang sejak enam tahun lalu.
Pada 16 Jun tahun lalu, Koroner Ainul Shahrin Mohamad memutuskan keputusan terbuka dalam inkues terhadap punca kematian Soosaimanicckam.
Katanya, kematian Soosaimanicckam pada 19 Mei 2018 adalah disebabkan edema pulmonari (cecair dalam paru-paru) semasa menjalani latihan.
Ainul Shahrin berkata, menurut laporan, mendiang terbuang air besar ketika mandi sebelum tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Angkatan Tentera Lumut dan disahkan meninggal dunia selepas itu.
Keputusan hari ini dibuat dengan dihadirioleh keluarga mendiang termasuk bapanya S Joseph, 70, abangnya Charles, 37, sepupunya Vincent Lourders, 56, dan peguam mereka Zaid Malek dan Mahajoth Singh.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bpbbppbp at 30-7-2024 02:53 PM
Kesiannya mendiang. Hrp pihak keluarga truskan dpt keadilan utk stage sterusnya.n |
|
|
|
|
|
|
|
dia amik lawyer melayu eh
biasa kes2 camni lawyer type I yg power |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bottombikini at 30-7-2024 01:55 PM
oh yeke
nampak nama zaid malek terus gugel
rambut panjang nampak ganas gak
yg itu ke zaid nye?
tak tau la gambo bile
kalau tak gi court feeling2 kitaro sambil kibas2 wambot lettew
|
|
|
|
|
|
|
|
Semuga famili dapat keadilan buat mendiang. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya...depa ni sokmo la beranggapan remeh or mengada kot bila pelatih inform sakit. byk jugak kes camni tp tak masuk news je maybe sbb tak mati wpun org tu setgh mati.
semoga mendapat keadilan |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 30-7-2024 02:06 PM
kesiannya...depa ni sokmo la beranggapan remeh or mengada kot bila pelatih inform sakit. byk jugak k ...
Buli biasa bg derang,huhuhu
Biasa sampai terbunuh
Elok la fight habis habisan
Ni rakyat sanggup derma tak kira bangsa kes mcm ni
Geram baca,nyawa ank org buat main
Ko igt ko malaikat nk cabut nyawa org |
|
|
|
|
|
|
|
.... semoga mendiang beroleh keadilan
|
|
|
|
|
|
|
|
haritu ada satu batch mendiang ni yg kasi keterangan..kata mendiang ni mmg kena buli sebabkan bangsa dia..and yg kasi keterangan tu melayu, siap cakap dia nak kan keadilan utk mendiang ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
becir replied at 30-7-2024 02:57 PM
haritu ada satu batch mendiang ni yg kasi keterangan..kata mendiang ni mmg kena buli sebabkan bang ...
kejinya...kejadah sbb bangsa. dah masuk dalam tu lantak la bangsa apa pun. mentaliti caprut camni la buat org sakit hati. pembuli agaknya keriangan dia ni mati sebab sakit.
kadet camni yg masuk lepasan spm kan? |
|
|
|
|
|
|
|
piahsemah replied at 30-7-2024 02:21 PM
Buli biasa bg derang,huhuhu
Biasa sampai terbunuh
konon nak jdkan manusia kental mental dan fizikal ujung2 takdan berkhidmat mati dulu. kan membazir je tu mati ditangan sesama skuad bkn ditgn musuh.
dulu pun kes kat PD kot yg kene rendam dlm laut, mati jugak kononnya tu cara depa training.
dlm forum pun ada forumer tegaskan mmg gitu la caranya training. bergasak jugak la dulu forumer tu kata yg komen2 memaki ni sume bknnya tau apa psl training tentera. lama dah tak kelihatan forumer otai tu. mati dah kot dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga mendapat keadilan utk keluarga mendiang |
|
|
|
|
|
|
|
becir replied at 30-7-2024 02:57 PM
haritu ada satu batch mendiang ni yg kasi keterangan..kata mendiang ni mmg kena buli sebabkan bang ...
Haishhh akubtertekan report. Nk reply xde tulis repky. Hangsuang betul!!
Dah ada bangsa lain rela masuk tentera, ko gi buli pulak!! Harap mendiang dpt pengadilan sewajarnya! |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 30-7-2024 03:09 PM
kejinya...kejadah sbb bangsa. dah masuk dalam tu lantak la bangsa apa pun. mentaliti caprut camni ...
tak tau la masuk lepas spm ke apa..kita ni bila non malay kurang minat berkhidmat ngan gomen cakap diaorg takde sense of loyalty..tapi bila ada yg join dibuli2 pulak..bodo betul |
|
|
|
|
|
|
|
emera replied at 30-7-2024 03:56 PM
Haishhh akubtertekan report. Nk reply xde tulis repky. Hangsuang betul!!
Dah ada bangsa lain rela ...
Iye kan..kesian rasanya..apala perasaan mendiang kena buli takde orang boleh ngadu sampai meninggal dibuatnya |
|
|
|
|
|
|
|
At least family kuat semangat dan berani request inquest.
Banyak lagi kes askar mati dalam training kan tapi hush2 ja... |
|
|
|
|
|
|
|
Budaya ragging & bully harus, mesti & WAJIB dihentikan pada semua peringkat institusi pengajian. Baik sejak sekolah harian, asrama, kolej, universiti dll di segenap lapisan umur & masyarakat!
Tak mendatangkan manfaat tp byk mudarat hingga hilang nyawa yg xboleh ditukarganti. |
|
|
|
|
|
|
| |
|