View: 31870|Reply: 21
|
[Tempatan]
MB Selangor dan ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi dua syarikat milik Selangor akan mengadakan 'mesyuarat' di Australia.Wajar atau tidak?
[Copy link]
|
|
Selama empat hari, ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi dua syarikat milik Selangor akan mengadakan 'mesyuarat' dan 'lawatan tapak' di luar negara.
Dua syarikat milik kerajaan negeri Selangor akan mengadakan mesyuarat lembaga pengarah mereka di Perth, Australia bulan depan, di mana mereka akan turut mengisi masa terluang dengan program santai dan lawatan ke tempat tarikan pelancong, MalaysiaNow difahamkan.
Menteri Besar Amirudin Shari akan turut serta bersama ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi Kumpulan Hartanah Selangor Berhad dan Central Spectrum (M) Sdn Bhd dalam lawatan itu, berbeza dengan amalan sebelum ini di mana mesyuarat lembaga pengarah diadakan dalam negara.
Saya tidak dapat menyatakan mengapa mereka mahu mengadakan mesyuarat di luar negara kali ini. Mungkin juga kerana cuaca di Perth lebih dingin ketika ini?" kata seorang sumber di Menteri Besar Selangor Inc kepada MalaysiaNow.
Mengikut jadual program yang dilihat oleh MalaysiaNow, peserta akan menaiki dua penerbangan berasingan Malaysia Airlines pada 23 Ogos.
Ahli sekretariat yang menganjurkan program akan berlepas pada sebelah pagi, manakala "VIP, ahli lembaga pengarah dan pengurusan" akan menaiki penerbangan lain pada sebelah malam.
Kedua-dua syarikat akan mengadakan measure lembaga mereka secara berasingan pada hari pertama.
Tiada apa dijadualkan pada hari kedua, iaitu hari Ahad, melainkan jamuan makan malam dihadiri Amirudin dan pegawai kanan kerajaan Selangor.
Keesokan harinya, peserta akan dibawa ke "lawatan tapak" sebagai sebahagian daripada "lawatan teknikal" sebelum dibawa bersiar ke Fremantle, sebuah tarikan pelancong di Australia Barat.
Mereka akan berlepas ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya.
Tidak jelas bilangan yang akan menghadiri program empat hari itu.
- Iklan -
Semakan di laman web kedua-dua syarikat itu menunjukkan sekurang-kurangnya 25 orang membentuk lembaga pengarah dan pasukan pengurusan, tidak termasuk Amirudin dan anggota sekretariat.
Antaranya ialah Adun Pakatan Harapan Rajiv Rishyakaran (DAP) dan Azmizam Zaman Huri (PKR), setiausaha sulit Amirudin, Mohd Hidayat Mohd Sauffi, di samping ahli politik PKR Saipolyazan Mat Yusop, Kamarul Baharin Abbas dan Yahya Mat Sahri.
Rajiv, Azmizam dan Yahya tidak menjawab pertanyaan MalaysiaNow mengenai program itu.
Amirudin dan setiausaha akhbarnya juga tidak memberikan sebarang respons ketika dihubungi.
https://www.malaysianow.com/my/news/2024/07/29/firma-milik-kerajaan-selangor-adakan-mesyuarat-lembaga-pengarah-di-luar-negara |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Negeri terkaya kot, lain lah negeri jajahan lobai..
nak klaim klaim negeri orang walaupun dah berkurun |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke agensi kerajaan dan glc memang suka buat meeting kat oversea ke dengan alasan site visit aaagittew |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka ada kuasa dan bajet.
|
|
|
|
|
|
|
|
luar negeri dah ramai buat... cuba buat meeting kt bulan plak... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak gempak lagik. Ikut la reramai pokcit pegi ke matahari tuh, buat mtg kat sana. Baru la namanya negeri terkaya sedunia |
|
|
|
|
|
|
|
Dah chairman pun korup berjemaah la hahaha tujuan ada chairman sebagai stakeholder mewakili state aka rakyat sepatutnya somebody yg pernah successful sebagai ceo sbb tgungjawab dia nak kena supervise ceo supaya tak kena scam. Ni dah chairman pun join sekali hahaha ni la lawak corporate malaysia org jadi ceo dia pun nak jadi ceo, org jadi chairman dis pun nak jadi chairman. Company org profit company telungkup... |
|
|
|
|
|
|
|
Cth kes governance xceo alliance bank bridget xxx kena pecat sebab renovate office rm150k. Ini tak dgn chairman sekali henjoy hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Eh belum lagi level miting kat lundang.
Itu benchmark katanya |
|
|
|
|
|
|
|
alaa bod company kecik dlm ceruk pun boleh pi meeting sampai genting. dah jd budaya kerja malaysia, bukan stakat meeting, site visit, lawatan kerja, pusing satu dunia pun boleh. last2 quality projek hampeh je. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrsamz at 31-7-2024 08:45 AM
pendapatan per kapita tertinggi is wpkl, pastu labuan, sarawak..kira camno tu ? selangor bawah2 sikit...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ai ok je kalo xde kaitan ngan dana dari gomen utk meeting2 luar kawasan ni.
Meeting atas awan la atas air la atas yatch ect...
Known pon ada glc suka meeting begitu.
But kalo ada guna dana kerajaan mmg aiols xhalalkan ye duit tax segala yg digunakan utk meeting sesambil cikcur berjimba bwk spouse anak2 lagih! |
|
|
|
|
|
|
|
blh la cikcur sekali kann
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau boss boss meeting jauh gini PA dorg kena ikot jgk ke ek?
soalan bakal PA |
|
|
|
|
|
|
|
Bergantung kalau dia malas tarik bag
|
|
|
|
|
|
|
|
mesti pakai duit sendiri kaaaaannnnn |
|
|
|
|
|
|
|
kuchenta_81 replied at 31-7-2024 09:15 AM
Bergantung kalau dia malas tarik bag
la pemalasnyaaa kalau beg pun mls nk tarik |
|
|
|
|
|
|
|
ntahlah.. aku rasa mcm nak gelak je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Oklah la tu, kedah yg tak berapa kaya tu pun dah berapa kali MBI dia jjcm overseas, tapi habuk pun tarak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|