CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22388|Reply: 85

[Tempatan] “Tok Supo Dulu” – Wanita Sedih Lihat Rantau Panjang Makin Sunyi Tiada Pengunjung

[Copy link]
Post time 2-8-2024 08:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 2-8-2024 09:10 AM

“Tok Supo Dulu” – Wanita Sedih Lihat Rantau Panjang Makin Sunyi Tiada Pengunjung
BY HAIRY EZREEN
AUGUST 1 , 2024

Jelas, sepanjang video tersebut diambil, kelihatan kawasan yang pernah menjadi pusat beli-belah utama di Kelantan tidak berpengunjung selain gerai-gerai yang sedang buka juga tiada pelanggan.


Setiap negeri di Malaysia, pastinya mempunyai kawasan-kawasan tumpuan orang ramai terutamanya pelancong untuk bercuti dan membeli-belah.

Sebagai contoh, di Kuala Lumpur kawasan tumpuan orang ramai pastinya di sekitar Menara Berkembar Petronas dan Masjid Jamek, manakala di Pahang pula salah satu tempat tumpuannya adalah di Cameron Highland.

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada sesetengah kawasan tumpuan yang dahulunya meriah dengan kehadiran para pengunjung kini mulai sunyi seperti di Rantau Panjang, Kelantan.

Wanita persoal kenapa Rantau Panjang sunyi, tak macam dulu meriah

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang wanita mempersoal bagaimana Rantau Panjang di Kelantan yang dahulunya meriah kini menjadi sunyi sepi.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @elynaadliviral, wanita yang dikenali sebagai Elyana itu turut berasa sedih melihat keadaan itu.

“Tak serupa dulu langsung, dulu datang Rantau Panjang meriah, Allahuakhbar sedihnya tengok Rantau Panjang,” katanya.

Kebanyakan kedai tutup tiada pengunjung

Dalam video terbabit, kelihatan kebanyakan kedai-kedai di kawasan berkenaan tutup manakala ada yang sedang dalam proses pembinaan semula atau diubah suai.

Jelas, sepanjang video tersebut diambil oleh Elyana, kelihatan kawasan tersebut tidak berpengunjung selain gerai-gerai yang sedang buka juga tiada pelanggan.

Deretan kotak parkir kenderaan yang berada di hadapan bangunan kedai juga kelihatan lengang dengan hanya beberapa kenderaan sahaja yang ada.



Dulu datang Rantau Panjang meriah, harap boleh kembali seperti dahulu

Menurutnya, sewaktu dia kecil dahulu kawasan berkenaan dipenuhi dengan orang ramai yang datang membeli-belah.

Elyana pada masa sama turut berharap agar orang ramai mengunjungi dan memeriahkan kembali kawasan berkenaan seperti dahulu.

Sebagai info, Rantau Panjang yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand turut dikenali sebagai Zon Bebas Cukai.

Dahulunya di sini, sangat terkenal dengan barangan berkualiti dengan harga yang murah dan berpatutan.

Pun begitu, ada yang mendakwa barangan di situ kebanyakannya hanyalah barangan gred copy ori.

Video berdurasi 47 saat itu mendapat lebih 760,000 tontonan dan 18,700 tanda suka di Tiktok sekali gus meraih perhatian ramai.

Orang ramai beli secara online punca Rantau Panjang dah tak meriah?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berpendapat kawasan berkenaan kini menjadi semakin sunyi kerana kebanyakan orang sudah mula membeli-belah secara dalam talian (online) sahaja.

Malah, ada juga yang mendakwa situasi tersebut berlaku berikutan harga barang pada masa kini yang tinggi.

Tidak kurang juga yang menyatakan perkara tersebut berlaku kerana kawasan berkenaan kekurangan penduduk akibat ramai yang sudah berhijrah ke Selangor dan Kuala Lumpur untuk bekerja.














Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2024 09:03 AM | Show all posts
Tak sia2 undi walaun....redho je lah. Next?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahal dan kotor
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb ummah budu  rmai pindah dok kl,slangor,penang cari keje..kelate xde kerja

Lgpun org luar tak hingin nak jejak klate sbb takde apa yg menarik pun kt sana..gomen negeri x pandai urus plancongan negeri,cuma reti tebang balak sbg sumber ekonomi
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 10:12 AM | Show all posts
rama doh dok shak aley

nnt pru baru demo kelik

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali ko katuk lg org luar harga kayangan tau...mentang2 kami xpndi kecek kelantan ko pun startt lah wat drama sebabak n no discount..sekiannnnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2024 10:15 AM | Show all posts
tripleid replied at 2-8-2024 02:09 AM
Sbb ummah budu  rmai pindah dok kl,slangor,penang cari keje..kelate xde kerja

Lgpun org luar tak hi ...

Orang kelantan sendiri dah tak hingin nak jejak kaki ke sana. Kotor, kolot, jammed.
Aku sendiri dah bertahun tak balik.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Time cuti penuh la. Amik video time cuti plak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2024 10:22 AM | Show all posts
Ala..Nilai 3 pun dah tak de pengunjung sgt.
Last week singgah sbb ada urusan kat area sana...ya ampooon sendu.
At least dapat la beli sejadah yg rega 30-40 kat KL dgn rega 15 je kat sinun
Hehehe...kalau setakat nak pegi ke Nilai semata2 nk nyopping situ mmg tak kan pegi la
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Semata pergi situ utk shopping yg harga beza setakat rm1-3 je dari tempat lain, bt penat je. Bukannya ada attraction lain yg blh pergi gak utk berjalan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 2-8-2024 10:15 AM
Orang kelantan sendiri dah tak hingin nak jejak kaki ke sana. Kotor, kolot, jammed.
Aku sendiri d ...

Sama la kite..dah malas  nk balik
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 10:28 AM | Show all posts
padang besar meriah pula uols
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 10:30 AM | Show all posts
mu suruh la harakah daily bukak HQ kat situ dek
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg semua beh dpt online
orang kalo nak jalan2 sbb makan....healing2 jer
Sopim? Online sajok
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
i tgk jgk kt tt...gini pun blh jd tered
dulu tu mcmana..meriah sgt ke?  ni xpernah pergi rantau pjg ...i tahu kb je..
pasir mas tu pun xpernah pergi..
bkn situ dkt thai...dh mcm scary je org situ pun dh campur dna thai..ganaz
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Herlina replied at 2-8-2024 10:22 AM
Ala..Nilai 3 pun dah tak de pengunjung sgt.
Last week singgah sbb ada urusan kat area sana...ya ampo ...

sendu giler kn nilai 3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2024 10:55 AM | Show all posts
pengkalan kubor pun sama.. seller dahlah menyombong,, dok main phone je..
tak macam dulu.. panggil customer masuk kedai.. nowdays seller mcm kau nak beli .. beli
tak nak sudah
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 10:56 AM | Show all posts
Demo lo ni tak supo mulo...
Deols record time weekdays kot, cuba datang time curti sekolah.
Mana tau banyak bas2 pelancong datang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 10:58 AM | Show all posts
iols pernah jejak sekali rantau panjang neh dalam 6 7  tahun lepas..rega mahal kemain hatta katanya bebas cukai..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
btw semua tmpt sendu skrg
langkawi pun sendu jgk..
pastu melaka aritu pun sendu je
cameron pun sendu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.275199 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list