View: 12911|Reply: 47
|
[Jenayah]
Membuka Akta Kerja 1955, Cuti 16 September Dapat 2 Hari Untuk Pekerja Swasta Sahaja!
[Copy link]
|
|
Bila berbicara tentang cuti umum, sudah tentu para pekerja akan berasa teruja dan mula merancang percutian masing-masing.
Antara cuti yang ditunggu-tunggu adalah cuti umum Hari Malaysia yang bakal tiba pada September akan datang.
Pun begitu, masih ramai pekerja yang ragu-ragu tentang bilangan cuti bakal diterima kerana terdapat dua peristiwa berlaku pada hari yang sama.
Apa Berlaku Jika 2 Cuti Umum Bertindih Pada Hari Yang Sama?
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@syakirhr) apabila seorang perunding sumber manusia dikenali sebagai Syakir memberikan penjelasan tentang cuti umum yang bertindih.
Untuk info, terdapat dua jenis cuti umum yang bertindih pada tahun ini iaitu Hari Malaysia dan Maulidur Rasul 2024. Kedua-dua hari tersebut jatuh pada 16 September akan datang.
Perkara tersebut membuatkan ramai pekerja di luar sana berasa ragu-ragu adakah mereka mendapat cuti selama satu hari sahaja ataupun dua hari?
Menurut Akta Kerja 1955 di bawah Seksyen 60D, jika mana-mana Hari Kelepasan Am (cuti umum) jatuh pada mana-mana Hari Kelepasan Am yang lain maka hari kerja berikut hendaklah menjadi hari kelepasan berbayar sebagai ganti.
“Katakanlah 16 September ada dua cuti umum bertindih, Hari Malaysia dan Hari Maulud Nabi SAW. Jadi Maulud Nabi SAW ni kita ganti kepada 17 September, bermaksud ada dua hari cuti umum. Pada 16 September dan juga 17 September,” kata Syakir.
2 Syarat Pekerja Dapat Cuti Umum 2 Hari
Pun begitu, akta tersebut hanyalah termaktub kepada dua syarat iaitu:
Pekerja di sektor swasta sahaja dan;
Jika majikan mengambil Maulidur Rasul sebagai cuti umum
Kalau anda nak tahu, banyak sahaja syarikat yang tidak mengambil Maulud Rasul untuk salah satu cuti umum para pekerjanya. Sekiranya ya, maka satu cuti umum sahaja diperuntukkan buat para pekerja iaitu untuk Hari Malaysia.
Maulidur Rasul Termasuk Dalam Cuti Umum Yang Boleh Dipilih Oleh Syarikat
Memetik Maukerja, Akta Kerja 1955 menjelaskan terdapat dua jenis cuti umum iaitu cuti yang wajib diambil oleh para pekerja dan 6 jenis cuti umum yang dipilih oleh setiap syarikat.
Berikut adalah (5) hari cuti umum wajib yang layak diterima oleh semua pekerja:
Hari Pekerja (1 Mei)
Hari Kebangsaan (31 Ogos)
Hari Malaysia (16 September)
Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong
Hari Keputeraan Yang Dipertuan Negeri atau Hari Wilayah di Wilayah Persekutuan
Antara (6) cuti umum yang boleh dipilih oleh syarikat pula adalah seperti berikut:
Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidiladha
Tahun Baru Cina
Deepavali
Perayaan Krismas
Maulidur Rasul
Hari Wesak
Buat mereka yang berasa ragu-ragu dengan cuti umum pilihan syarikat, anda boleh tanya bos masing-masing tentang cuti umum yang diambil pada tahun ini.
Kerajaan Umum Tiada Cuti Gantian Sempena Cuti Umum Bertindih
Menurut Bahagian Kabinet Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, memaklumkan tiada cuti gantian akan diberikan susulan pertindihan dua cuti umum tersebut.
Bagaimanapun, pihak kerajaan boleh menetapkan satu hari lain untuk diterima sebagai Hari Kelepasan Am, sekiranya diperlukan.
Daripada penjelasan di atas, kami percaya perkara ini diguna pakai untuk pekerja di bawah sektor kerajaan dan syarikat yang tidak mengambil Maulidur Rasul sebagai cuti umum. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Meroyan la acik gomen kerja ofis 8 samapi 5. Katanya dorang hari2 pon balik lmbt |
|
|
|
|
|
|
|
"Antara (6) cuti umum yang boleh dipilih oleh syarikat pula adalah seperti berikut:"
dan ayat di atas diikuti dengan senarai 7 hari cuti.
Maksudnya apa, dari 7 pilih 6?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada ker swasta dpt 2hr..aku dpt 1hr jer kotttt |
|
|
|
|
|
|
|
Baik hapuskan aje Hari Pekerja dari senarai cuti umum Malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya Hari Malaysia lagi meriah berbanding Maulud sebab Maulud cuma dipenuhi aktiviti ilmiah keagamaan aje. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada...comp ktorg dr hujung tahun lps lg dh kluar working calendar..cuti bila dh highlight siap2...PM umum yg psl 16 sep cuti bertindih pn management kata stick to working calendar asal xda perubahan.
|
|
|
|
|
|
|
|
da kena keja tu keja je la..banyak bunyi pulak...by the way aku keja je 16, ke 17 ke..sebab kerja oversea,.. mmg takde kena mengena |
|
|
|
|
|
|
|
Menyusahkan betul lah cuti yg ikut tarikh tetap ni. Kenapa tak buat hari malaysia jatuh pada hari sabtu kedua atau ketiga dalam bulan september |
|
|
|
|
|
|
|
tempat kerja i cuti dua hari. i terus sambung lagi 3 hari AL. dah nak hujung tahun tapi AL ada lagi 10.5 hari. tatau bila nak ambik cuti |
|
|
|
|
|
|
|
I jjcm time tu, tak kisah la 1 ke 2, AL berlambak lagi. Kebetulan cuti sekolah kan. |
|
|
|
|
|
|
|
akta keja 2024 majikan2 Msia pulok....lu takmau keja cuti terus...kita panggil banggala@bangla keja |
|
|
|
|
|
|
|
Takda cuti tambahan.udah² le berangan tu..
Cuti nak banyak.
Gaji nak banyak.
Kerja nak kurang
KUALA LUMPUR: Tiada cuti gantian secara automatik diberikan pada hari bekerja, 17 September depan, walaupun berlaku pertindihan hari kelepasan am sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) dan Hari Malaysia pada 16 September.
Perkara itu diumumkan dalam laman sesawang Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.
Menurutnya, ia berikutan Akta Hari Kelepasan 1951 tidak memperuntukkan cuti gantian secara automatik bagi hari-hari kelepasan am yang bertindih atau jatuh pada hari bekerja yang sama.
"Meskipun demikian, kerajaan boleh menetapkan suatu hari lain untuk diterima sebagai hari kelepasan am sekiranya perlu," menurut pengumuman itu. – BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
company iols masih stick to cuti 2 harii..
yeayy cuti2 cikcur lerr.. |
|
|
|
|
|
|
|
msdummy.2018 replied at 2-8-2024 04:43 PM
Ada ker swasta dpt 2hr..aku dpt 1hr jer kotttt
Ada. Cmpny aku. Apa pun terpulang pd cmpny la. Ada cmpny yg ambik maulidur rasul as cuti Dan ada yg x ambik. |
|
|
|
|
|
|
|
delia3003 replied at 2-8-2024 07:12 PM
I jjcm time tu, tak kisah la 1 ke 2, AL berlambak lagi. Kebetulan cuti sekolah kan.
Alaaaamaaakk aii ada family day ke Ganu..Ganu dapat 1@2hari PH..dah xdak hari lain dah nak p Ganu.. laaamaa dah plan nk p dari awai tahun td..aii pun ambik kesempatan cuti sekolah ke ganu. Xtau laa jem kaa dak sana xpenah sampai lg |
|
|
|
|
|
|
| |
|