CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 42515|Reply: 54

[Jenayah] Menyebabkan Dua Beradik Maut, Pemandu Treler Merempuh Rumah Didapati Positif Dadah!

[Copy link]
Post time 3-8-2024 03:51 PM | Show all posts |Read mode


KUANTAN: Pemandu treler yang merempuh sebuah rumah hingga menyebabkan dua beradik maut di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir, Pekan di sini hari ini, didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt. Mohd Zaidi Mat Zin dalam satu kenyataan memaklumkan ujian saringan awal yang dijalankan di Hospital Pekan mendapati pemandu treler itu positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Pemandu treler akan ditahan untuk tujuan reman esok sebaik sahaja rawatan selesai,” katanya.

Mangsa yang maut ialah Nurnazatul Fasiha Nasruddin, 33 meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya, Mohd Waldon Faris Nasruddin, 25 meninggal dunia pada jam 1.30 petang.

Tiga lagi mangsa iaitu ibu bapa dua mangsa berusia 64 dan 54 tahun serta seorang rakan lelaki Mohd Waldon Faris berusia 19 tahun cedera dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4.15 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati treler yang dipandu lelaki berusia 40 tahun berseorangan dari arah Johor Bahru menghala ke Kuantan membawa muatan siling kapur.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu lelaki itu ketika melalui selekoh ke kiri hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan kemudian merempuh sebuah rumah yang berada di sebelah kanan jalan.

“Akibat kemalangan itu, Nurnazatul Fasiha disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat orang yang berada di dalam rumah mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, pada jam 1.30 tengah hari ini, Mohd Waldon Faris disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pekan,” menurut kenyataan hari ini.

Kes disiasat dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2024 04:35 PM | Show all posts
Teringat ada sebuah rumah di Terengganu yang letaknya di selekoh. Acap kali juga kena sondol jentera terbabas.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 04:53 PM | Show all posts
Rupanya layan dadah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat.. aniaya org jer. Tolong tunjuk muka driver lori tu and update juga kes ni mcm update kes bunuh yg lain² tu sbb ni bukan sekadar kemalangan ini khianat dan bunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 4-8-2024 09:34 AM
Lampuled replied at 3-8-2024 06:32 PM
Jahat.. aniaya org jer. Tolong tunjuk muka driver lori tu and update juga kes ni mcm update kes bunu ...


bodoh punya olang(pemandu treler ni la)...lu pigi minum arak la..lepas...langgar mati olang sana jalan laya...la...kila accident saja maaaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 3-8-2024 06:41 PM
bodoh punya olang(pemandu treler ni la)...lu pigi minum arak la..lepas...langgar mari olang sana j ...

Minum arak ke, isap dadah ke, lumba haram ke kalau dah mmg punca asal drp benda mudarat patut treat mcm kes bunuh lah. Gi langgar pulak org tgh tdo dalam rumah, kalau org tido tgh jalan tu lain la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2024 09:16 PM | Show all posts
Sebab itu bila Chinese beli rumah mereka guna feng shui
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemandu lori/treler ni antara pekerjaan yg penting - yela xde dorg, retail, construction x jln la. Bnyk sektor perlukan dorg ni. Tp tula xde ke cara lain tahan ngantuk, tahan penat. Minum Red Bull biasa ( bukan campur ketum), tongkat Ali cafe ke, kopi jantan ke, x kuat lg ke.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2024 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangkap driber mat dadeh ni,  campak kat kolam ternak buaya atau kandang rimau kat Zoo Negara . Baru nampak ada guna.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainailahirojiun
Semoga ditempatkan dikalangan yg beriman & harap kesembuhan buat yg lain yg cedera tu

Tak boleh ke kerajaan jdkan satu syarat wajib check urine setahun sekali sekurang2nya pd driver lori ni bersekali dgn gi check puspakom & renew lesen tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 3-8-2024 09:54 PM
Innalillahiwainailahirojiun
Semoga ditempatkan dikalangan yg beriman & harap kesembuhan buat yg lain ...

Bukan takat sethn rsnya uols..sebulan sekali pung pttt kalo asyik lalok je...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 3-8-2024 09:16 PM
Sebab itu bila Chinese beli rumah mereka guna feng shui

Fengshui kata rumah di selekoh ada ong
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang ni SUHAKAM mesti senyap je.

Takziah buat keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 3-8-2024 10:58 PM
Bukan takat sethn rsnya uols..sebulan sekali pung pttt kalo asyik lalok je...

Kalau boleh gitu mmg cukup bagus sgt dah tp masa menulis ni aiol terfikir kerenah bakalan tercetus itu yg letak setahun sekali tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 3-8-2024 11:56 PM
Kalau boleh gitu mmg cukup bagus sgt dah tp masa menulis ni aiol terfikir kerenah bakalan tercetus ...

Kan..nanti kekonon pilot darat ni mogok la plak..iols penah ngk drebar tanker minyak punya nampak disiplin..muda lg...nampak segak bergaya... baru la org pandang...ini bwk menonong nak suh kita plak hormat dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2024 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat pulak movie maharaja
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengah sedap2 syok tido dalam selimut di kesejukkan dinihari pon disondol dek lori..apa punya hanat la drebar lori nie..semoga kat sana nanti kau pulak disondol lori takdak henti..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
agaknya kerja pon sbb nk modal beli barang je... letih org rope ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 4-8-2024 12:06 AM
Kan..nanti kekonon pilot darat ni mogok la plak..iols penah ngk drebar tanker minyak punya nampak  ...

Diarg ni nak dipanggil pilot darat tp yg diarg tonjolkan jauhhhh sgt. Malu pilot awan nak terima. Kalaulah diarg diwajibkan pakai uniform yg kemas disamping penuhi syarat2 keselamatan yg lain kan ke bagus. Kedai2 mkn ada guideline gitu so blh kot impliment dkt bidang2 lain bg nampak gah sikit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.067240 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list