CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17047|Reply: 23

[Jenayah] Menyalakan Api Dan Pakaian Tanpa Pakaian, Pakar Etnomatematik Kata Sukan Olimpik Asalnya Ialah Penyembahan Berhala!

[Copy link]
Post time 14-8-2024 02:29 PM | Show all posts |Read mode


Temasya Sukan Olimpik merupakan acara sukan yang teragung dan paling berprestij di dunia selain daripada Kejohanan Bolasepak Piala Dunia.

Sukan Olimpik yang diadakan empat tahun sekali ini akan mempertandingkan ratusan acara melibatkan atlet-atlet berstatus bintang dari seluruh dunia yang bersaing untuk merebut pingat emas, perak dan gangsa.

Sejarah mengenai kemunculan Sukan Olimpik ini mungkin tidak diketahui ramai, namun kebanyakan orang pasti tahu bahawa temasya ini hanyalah sebuah pertandingan sukan di peringat yang tinggi.

Bagaimanapun, seorang pendakwah dan pengkaji etnomatematik, Dr. Mat Rofa Ismail mendakwa bahawa Sukan Olimpik berasal daripada penyembahan berhala.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @kuliahonlineofficial, Dr Mat Rofa berkata dewa-dewa yang terlibat di dalam acara itu adalah dewa yang sukakan sukan sebagai ibadah.

“Rupa-rupanya mereka bersukan bukan untuk sukan, tetapi sebagai penyembahan Dewa Apollo. Mereka juga ada penyembahan api,” katanya.
Sukan Olimpik sembah api iaitu Dewa Apollo atau Tuhan Matahari?

Menurutnya, api yang disembah itu adalah Apollo atau Tuhan Matahari, disebabkan itu setiap kali majlis pembukaan Sukan Olimpik pasti akan ada upacara nyalaan api.

“Tuhan Matahari ini akan disembah pada hari Sukan Olimpik dan sebagai simbolnya mereka membakar di Gunung Helepes.

“(Olimpik) penuh pemujaan, tiada kena mengena dengan umat Islam, sukan orang menyembah Apollo apa kena mengena dengan kita?” katanya lagi.
Atlet sukan Olimpik hanya tutup bahagian badan yang penting sahaja

Menurutnya lagi, ketika awal Sukan Olimpik dahulu, setiap atlet mestilah memakai ‘pakaian tanpa pakaian’ iaitu hanya menutup bahagian badan yang penting sahaja dan sehingga hari ini ia masih diterapkan.

“Pakaian yang dipakai untuk tutup tempat (bahagian badan) yang sangat sangat penting sahaja, itulah Sukan Olimpik,” ujarnya.

Memetik Strixe, Sukan Olimpik bermula di Olympia iaitu sebuah bandar kecil di barat daya Yunani kira-kira pada tahun 776 SM (sebelum Masihi).

Difahamkan, Olympia bukanlah hanya sebuah tempat pertandingan sukan, tetapi juga pusat keagamaan yang menghormati Zeus, dewa utama dalam mitologi Yunani.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tentang kesahihan perkara ini, namun memetik laman ITA, temasya Olimpik moden pertama berlangsung pada April 1896, ini selepas penubuhan Majlis Olimpik Antarabangsa pada 23 Jun 1894.

Difahamkan, temasya pertama ini dianjurkan selepas lebih 1,500 tahun tidak diakan.
Malaysia tamatkan Sukan Olimpik Paris 2024 dengan meraih 2 pingat gangsa

Terdahulu, Sukan Olimpik Paris 2024 telahpun melabuhkan tirainya pada 11 Ogos lalu di mana Malaysia berjaya meraih dua pingat gangsa menerusi acara badminton beregu lelaki dan badminton perseorangan lelaki.

Meskipun hanya membawa pulang dua pingat gangsa, pujian tetap harus diberikan kepada atlet-atlet yang telah berusaha sehabis baik bagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Sekadar info, penyertaan pertama Malaysia dalam Sukan Olimpik adalah pada tahun 1956 di Melbourne, Australia dengan hanya membawa 33 atlet sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2024 03:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Agama pun asalnya bermula dengan menyembah verhala...

Sebab manusia dulu2 takley imagine rupa Tuhan cemana so deol cipta la bermacam idols.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 14-8-2024 02:41 PM

Ini semua salah nenek moyang dahulu kala mengada adakan perkara yg mereka tidak mengetahui yakni menyembah berhala yg dicipta sedangkan berhala itu bisu dan pekak tidak mampu mencipta manusia atau mengalih gunung
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakaian tanpa pakaian tu hapa didiandfren?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2024 02:47 PM | Show all posts
krustykrab replied at 14-8-2024 02:42 PM
Pakaian tanpa pakaian tu hapa didiandfren?

pakaian minimal pakar tu cakap

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2024 03:27 PM | Show all posts
Rupa-rupanya lobai bengong.  Olympics was in honor of Zeus der.  Time tu hanya lelaki je yg boleh compete and most of the time they were naked sebab senang nak buat acara2.  Yg menang tak dapat gold, tapi dapat olive leaf crown jer.  
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Olimpik 2024 dah habis,baru siap kajian dia.
So,org Islam boleh join x nim?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
DidiAndFren replied at 14-8-2024 02:47 PM
pakaian minimal pakar tu cakap

Takde contoh bergambar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 14-8-2024 02:42 PM
Pakaian tanpa pakaian tu hapa didiandfren?

cam...'Umpama mimpi dalam mimpi'.......kot.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 14-8-2024 03:33 PM
Olimpik 2024 dah habis,baru siap kajian dia.
So,org Islam boleh join x nim?

LA2028 Tableh abg..kena antar non moslem jer.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Apollo datang lagi



tak nak demo ban nama hat tu ke...?


huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 03:56 PM | Show all posts
zaman ancient greek sebelum olympic derang pun ada designer baju pembukaan kut..camni


tapi bila start bersukan, gini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang pun pasa awalnya olimpik jadi upacara sembah dewa dewi yunani kuno.
Sukan komanwel tu pulak mcm "sembah" queen elli lizzie penjajah british.

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg pun. setiap kali pembukaan olimpik i mmg x tgk. bila ada isu baru2 ni, ade la tertgk reels n shorts tu. pastu beberapa saat video team malaysia. x kuasa nk tgk upacara2 diorg ni. kat LA nanti mcmana lah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 14-8-2024 03:48 PM
LA2028 Tableh abg..kena antar non moslem jer.

Boleh la azizulhasni bersara,dah takyah nak rasa bersalah dgn family dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 14-8-2024 03:56 PM
zaman ancient greek sebelum olympic derang pun ada designer baju pembukaan kut..camni



Wow,cuci mata betul la eh org dulu2 tengok olimpik
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 14-8-2024 04:06 PM
mmg pun. setiap kali pembukaan olimpik i mmg x tgk. bila ada isu baru2 ni, ade la tertgk reels n sho ...


Suka tgk youtube raja ema nyanyi sinar mentari oh korea 1988.


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik ni zaman dulu dia pakai mentol...setiap kali nak mandi dia buka baju nyala mentol untuk Jin Betina
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 04:17 PM | Show all posts
asalnya memey la tok

tp skrg obviously utk compete, who's the faster & stronger
above all, kesihatan (mentally & physically)
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.181755 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list