Edited by maklukpenggoda at 15-8-2024 11:02 AM
Menteri Besar Kelantan Nassuruddin Daud menepis soalan mengenai gajinya, yang menurut laporan Malaysiakini tidak sepadan dengan angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita negeri itu.
"Tengok biar betul mana lebih tinggi, betul ke paling tinggi, tak perlu tanya (soal gaji).
"RM30,000 dengan RM20,000 mana lebih tinggi, jadi tak perlu saya ulas," katanya mengulas soalan wartawan, ketika menyertai kempen PRK Neggiri di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang.
Nassuruddin membandingkan gaji yang diterimanya dengan gaji beberapa menteri besar di negeri lain.
Berdasarkan analisis Kini News Lab, gaji eksekutif di Sarawak, Sabah, Terengganu dan Pahang adalah sekurang-kurangnya RM30,000 - iaitu lebih tinggi berbanging gaji perdana menteri RM22,826.
Perbandingan gaji menteri besar atau ketua menteri yang dibuat Kini News Lab adalah berdasarkan KDNK per kapita dicapai sesebuah negeri.
Misalnya, pendapatan KDNK per kapita Pulau Pinang paling tinggi (RM72, 586) di Malaysia, namun jika dibandingkan pendapatan ketua menterinya paling rendah dibayar berbanding yang lain, iaitu RM14,175.
KDNK per kapita untuk Kelantan pada 2023 adalah yang paling rendah di Malaysia iaitu RM16,836, manakala gaji menteri besar di negeri itu ialah sebanyak RM20,000.
Malaysiakini
|