View: 9381|Reply: 90
|
[Jenayah]
Membuat Aksi Wheelie, Dua Budak Tingkatan 1 Maut Bertembung Sesama Sendiri!
[Copy link]
|
|
Dua orang remaja lelaki berusia 13 tahun meninggal dunia ketika mereka membuat aksi lagak wheelie.
Menurut laporan Berita Harian, kedua dua remaja tersebut bertembung sesama sendiri dalam kejadian yang berlaku Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong, Shah Alam dekat sini, malam tadi.
Kemalangan maut tersebut berlaku pada kira kira 11.20 malam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor mengesahkan, hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa adalah rakan dan berasal dari Kampung Kubu Gajah.
Hafiz berkata: “Siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila kedua-dua motosikal itu bertembung di laluan bertentangan arah ketika melakukan aksi ‘wheelie’ dan akhirnya bertembung secara berdepan.
“Akibat kejadian ini, kedua-dua penunggang terbabit yang berumur lingkungan 13 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.”
Kes kemalangan melibatkan 2 pelajar tingkatan satu ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis juga sedang menyiasat sama ada terdapat penunggang motosikal lain turut bersama dengan kedua dua mangsa yang meninggal dunia itu.
Mohd Hafiz kecewa dengan statistik kemalangan maut disebabkan aktiviti berlumba ataupun menguji kelajuan motosikal dalam daerah Sungai Buloh telah meningkat secara mendadak untuk tempoh Januari sehingga Ogos tahun ini.
Laporan tersebut menyatakan bahawa terdapat 11 penunggang motosikal maut kerana lumba haram, berbanding 3 penunggang maut kerana lumba haram untuk tempoh yang sama tahun lalu.
Oleh itu pihak polis akui situasi ini amat membimbangkan dan menyeru kepada ibu bapa agar lebih peka kepada aktiviti anak anak mereka. Dan cuba untuk mengawal anak anak mereka dengan sebaik mungkin, terutama sekali mereka yang di bawah umur.
Hafiz juga mengingatkan bahawa ibu bapa atau penjaga yang membenarkan anak mereka yang bawah umur memandu kenderaan tanpa lesen memandu, boleh dikenakan pertuduhan Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Selain itu ibu bapa juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang menggariskan kesalahan membabitkan penganiayaan, pengabaian, dan pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.
Akta ini memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Akhir sekali Mohd Hafiz juga meminta orang ramai membantu pihak polis dalam usaha membanteras lumba haram ini dengan menjadi mata dan telinga polis.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Malam semalam 11.20pm, aku tgh sedap banjir kan bantal aku dgn air liur fresh. Bukan basi.
Tong ah mak bapak bebudak ni takpayah stress2 psl result SPM diorang |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah. Kurang dah masalah. |
|
|
|
|
|
|
|
I masuk nk baca komen je..awal sgt le pulak ..tunggu penuh 3 pages dulu...nanti masuk balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salah mak bapa sbb x nk rantai anak jantan dok umah. 13 tahun lg kot. Btw innalillah |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh itu pihak polis akui situasi ini amat membimbangkan dan menyeru kepada ibu bapa agar lebih peka kepada aktiviti anak anak mereka. Dan cuba untuk mengawal anak anak mereka dengan sebaik mungkin, terutama sekali mereka yang di bawah umur.
- kat sini mcm ni je lah. Boleh nasihat je kat makpak. Patut sebat je makpak mcm ni sekali dgn anak2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Scooter kecik pun weekang jugak ehh.
Salam takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
emera replied at 15-8-2024 10:38 PM
Eloklah. Kurang dah masalah.
Kat tiktok sana sibuk dok suruh beranak ramai sb negara menuju ke status negara tua..
Beranak ramai2 pun tp tak menjadi pun menyusahkan family. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah kurang skit mat rempit |
|
|
|
|
|
|
|
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa
telah menetapkan~~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
Makin menjadi² kes budak bawah umur bawak kenderaan ye..semoga mak bapak budak² ni kena dakwa atas sebab pengabaian kanak² |
|
|
|
|
|
|
|
elok la. nnt dh besar lg kurang ajar. mak bapa pon salah tau beranak je tp tak jaga anak. |
|
|
|
|
|
|
|
Test Moto Dan test litar,budak tingkatan 1 baru dpt Moto. Ntah la nak. Kdg ibubapa dok larang degil jugak. Isu lumba haram ni dr dulu lg,di bg litar suh lumba kt litar X nak. Yg nk pun betul² nk je. Mlas nk Komen byk |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah sblm baligh don worry |
|
|
|
|
|
|
| |
|