CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63335|Reply: 180

TUDM terbangkan 40 warga Palestin cedera dari Mesir ke Malaysia untuk rawatan

[Copy link]
Post time 16-8-2024 08:45 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Seramai 40 orang awam Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza akan diterbangkan dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir pada malam ini dengan dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan.


Warga Palestin yang cedera dan kini sedang menerima rawatan di beberapa hospital di Mesir, mengalami pelbagai masalah kesihatan, termasuk kecederaan tulang dan melecur.


Duta Mesir ke Malaysia Ragai Nasr memberitahu Bernama, dua pesawat dan pesakit dijadualkan tiba di Malaysia pagi esok.


"Mereka akan menerima rawatan di hospital yang ditetapkan oleh Malaysia," katanya.





Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan bahawa dua pesawat A-400M milik TUDM telah dihantar ke Mesir untuk membawa warga Palestin yang cedera ke Malaysia untuk rawatan perubatan.


Nasr berkata, pemilihan 40 warga Palestin yang cedera untuk mendapatkan rawatan di Malaysia dibuat atas arahan Presiden Abdel Fattah el-Sisi selepas menerima permintaan daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Ini adalah usaha yang diselaraskan membabitkan pelbagai pihak yang bekerjasama untuk memenuhi permintaan Perdana Menteri Anwar," katanya sambil memberi jaminan komitmen untuk meneruskan usaha mereka dengan kerjasama Malaysia.


Pada 4 Ogos lalu, Anwar mengumumkan bahawa Malaysia akan membantu merawat warga Palestin yang cedera dengan membawa mereka ke Malaysia.


Menurut laporan media, hampir 40,000 warga Palestin telah terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan lebih 92,000 lagi cedera.


Menurut Nasr, Mesir kini menempatkan lebih 70,000 warga Palestin di 40 hospital.


Beliau memberi jaminan bahawa Mesir akan terus memberi sokongan terhadap sebarang permintaan masa depan dari Malaysia.


"Kami akan meneruskan bantuan ini, apa sahaja yang diminta oleh Malaysia pada masa hadapan," katanya.

Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2024 10:33 AM | Show all posts
40 ORANG tu rakyat biasa ke kerabat2 orang kaya sana? yang nak lari tak lepas?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh kuor xblk filistin ler dh terrrr
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 11:04 AM | Show all posts
Baik Malaysia kan
Harap2 mereka dapat rawatan yang terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 12:08 PM | Show all posts
Alhamdulillah welcome to Malaysia.. semoga dapat rawatan yang sepatutnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 12:29 PM | Show all posts
Pak menteri dah keluar statement ke justification bawak balik diorg ni? Care for Malaysian first la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2024 12:36 PM | Show all posts
awat jauh benor terbangkan orang sakit... hantar pi Qatar pun boleh, Malaysia tanggung kos rawatan.

PMX ni tak cakna dengan orang dok kempen nak reduce carbon footprint segala bagai ESG apa semua tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 12:43 PM | Show all posts
siapakah yang terpilih? kanak-kanak? ibu mengandung? nak tau jugak, saja nak tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2024 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Niat baik sgt dah bagi pertolong utk yg sakit tapi rakyat sendiri yg sakit kanser 3 jenis tu dah ada yg pergi jenguk & tolong belum??

Jgn jadi kera sgt gomen pun
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 12:57 PM | Show all posts
nazurah: awat jauh benor terbangkan orang sakit... hantar pi Qatar pun boleh, Malaysia tanggung kos rawatan. PMX ni tak cakna dengan orang dok kempen nak reduc ...

Tanggung kos dengan dtg sendiri guna fasiliti bertaraf donia, tak sama Mak Mah weiiii

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 01:01 PM | Show all posts
nazzse replied at 16-8-2024 12:50 PM
Niat baik sgt dah bagi pertolong utk yg sakit tapi rakyat sendiri yg sakit kanser 3 jenis tu dah ada ...

Rakyat kita dah dpt kemudahan terbaik dah pun. Gi gomen hospital almost x payah byr, kalau gi swasta pulak insurans tanggung, takde insurance ada pulak Pusat Zakat tanggung, NGO2 pun ada. Nak apo lagi? Org Palestin tuh harap belas ihsan org yg kesian je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Ada yg pegi yu es eh jugak
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 01:05 PM | Show all posts
tiber memasing berbunyik..tak boikot salah, tolong pun salah..hipokrit sgt ummah malaya ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 01:05 PM | Show all posts
utamakan kaum wanita la utk bawak malaysia..
yg muda2 yatim piatu stay sini..bagi peluang kawin org sini..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt malaysia kena tunggu berminggu2 baru bleh bedah..baru dpt wad..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara Arab yg kaya raya tu x nk ke ambil...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2024 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 16-8-2024 01:40 PM
Kt malaysia kena tunggu berminggu2 baru bleh bedah..baru dpt wad..

Entahlah...nanti boleh menetap terus sini kut   
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Niat mmg baik. Tapi ada cara yg lebih baik n efisien. Buka je field hospital msia kat mesir hantar doktor2 volunteer ni...kat msia ni setiap hospital gomen katil dah x cukup untuk tampung rakyat sendiri...x caya p la tanya kat emergency tu. Org Palestine ni diorg nak letak kat mana plak...klau rawat kat mesir lagi ramai rakyat Palestine boleh dibantu bukan setakat 40 org ni je
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada baca tadi katanya akan dirawat di hospital tentera kat wangsa maju
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 02:03 PM | Show all posts
grouper replied at 16-8-2024 01:47 PM
Niat mmg baik. Tapi ada cara yg lebih baik n efisien. Buka je field hospital msia kat mesir hantar d ...

diorg  neh takdepun  letak hospital biasa.sbb yg bawak pun tudm.hospital tentera sesak ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.689510 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list