CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 38798|Reply: 71

[Tempatan] Mayat seorang wanita ditemukan dalam keadaan berulat dalam longkang besar berhampiran Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya, Shah Alam pada Jumaat

[Copy link]
Post time 17-8-2024 07:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by yoppoy at 17-8-2024 08:16 AM



SHAH ALAM: Satu mayat wanita ditemukan terapung dalam longkang besar berhampiran Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya, di sini pada Jumaat, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu jam 6.30 petang daripada orang awam.


Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati si mati merupakan seorang perempuan, namun identiti belum dapat dikenal pasti.

“Si mati ketika dijumpai hanya berbaju dan berseluar dalam serta keadaan mayat berulat.

“Pemeriksaan oleh pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ke atas badan si mati mendapati tiada kesan pergelutan atau lain-lain kecederaan yang boleh menyebabkan kematian,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kata beliau, mayat dihantar ke jabatan forensik Hospital Shah Alam untuk menjalani ujian bedah siasat pada Sabtu, seterusnya mengenal pasti punca kematian.

Menurut beliau, siasatan diklasifikasikan di bawah laporan mati mengejut (SDR).

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Izzman Mohd Idrus di talian 013-4003355,” ujarnya



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2024 07:46 AM | Show all posts
Pening ui bangun pepagi terus naik notification berita mayat berulat lagi ditemui
Trend apo ni
Harap takde unsur jenayah
Harap juga pulis boleh jumpa identiti cecepat
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kn dgn klang n shah alam lately...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asfaz at 17-8-2024 11:11 AM

Hari sama ,ai speku hri sama sb kata nya jumpa awal daripda arwah abang aufa. Mayat pompuan dijumpai Perigi 7. Takde naik benang pasal ni.

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Umur brp arwah ni...pendatang asing kut..biasa warga local akan drive kereta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2024 08:30 AM | Show all posts
asfaz replied at 17-8-2024 08:24 AM
Hari sama ,ai speku hri sama sb kata nya jumpa awal daripda arwah abang aufa. Mayat pompuan dijumpai ...

Jap, ada lagi satu case mayat perempuan kat sungai di melaka pulak ke?
Tak menang tangan pulis satu mesia nak handle
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-8-2024 08:32 AM | Show all posts
noor2 replied at 17-8-2024 08:26 AM
Umur brp arwah ni...pendatang asing kut..biasa warga local akan drive kereta

Sebelum case cikki istiqomah tu memang lagi possible pendatang
Tapi sejak case tu, macam locals pun dah jadi free game kalu
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 08:35 AM | Show all posts
serious jadi cam musim lak mende2 ni suma...

makin lama makin ramai manusia bermasalah mental..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2024 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas vaksin menjadi jadi jenayah bunuh2 ni...  Klau x kena kerat, buang mayat macam buang bangkai kucing je
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Takutnya. Kena bunuh ke jatuh sendiri tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2024 08:52 AM | Show all posts
Ikut laporan pulis cakap takde kecederaan pergelutan tapi mata kasar kot
Baru jumpa petang semalam kan
Rasa macam lagi elok kalau dia jatuh/terjun sendiri

Nak keluar dinner malam ni pun macam keluh kesah
Rasa macam nak mintak cancel tapi takut kawan2 yang naik hantu cekikku mati di tangan kawan fuleks
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
yoppoy replied at 17-8-2024 08:32 AM
Sebelum case cikki istiqomah tu memang lagi possible pendatang
Tapi sejak case tu, macam locals pu ...

Arwah istiqomah tu mmg dah nyata kes bunuh...

Yg ni kut pening ke masa berjalan...sb dah buat post mortem kan..x de kecederaan
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkt bandaraya ni sunyi. I tak suka kalau drive situ. Nk beli barang pon kene p kua ke seksyen 9.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AJENALI at 17-8-2024 10:43 AM
noor2 replied at 17-8-2024 09:25 AM
Arwah istiqomah tu mmg dah nyata kes bunuh...

Yg ni kut pening ke masa berjalan...sb dah buat pos ...


Baca artikel atas tu forensik drpd pihak polis cek pada keadaan badan tiada pergelutan n sewaktunya


Tapi pada hari sabtu pulak untuk unit forensik drpd pihak hospital untuk buat post mortem pada mayat

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
AJENALI replied at 17-8-2024 09:33 AM
Baca artikel atas tu forensik drpd pihak polis cek pada keadaan badan tiada pergelutan



Oh ok ok...salah pemahaman...tq tq info...hmmm risau jugak bnyk sgt dah kes bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Besar betul longkang tu
Jatuh memang xde yang perasan
Kena pasang halangan kat tepi tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2024 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape2 waris yg Ada kehilangan ahli keluarga blh ke bg DNA ke polis
Spy Bila jumpa mayat yg x dikenali atau tak dituntut blh la dorg run data DNA tu kot2 match
X nk jd kes arwahnya istiqomah tu
Smpi 8 bln baru la buat
Tu pun tah ape punca yg polis blh dpt tip utk tangkap that guy dan buat DNA test maknya

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 10:22 AM | Show all posts
kalchi replied at 17-8-2024 09:31 AM
Bkt bandaraya ni sunyi. I tak suka kalau drive situ. Nk beli barang pon kene p kua ke seksyen 9.

tapi orang beli/duduk area situ sebab nak kesunyian lah... kesian bukit cerakah tu sikit2 kena sodok... orang asli situ pun dah hampir tak ada keluar semua kot?

(nak masuk keluar dari jalan besar pulak banyak traffic light, haih)
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 10:30 AM | Show all posts
malaysia masih amran
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakhbar ada lg kes mati. Naik semput baca satu2 kes mati bunuh ni. Dah makin kerap berlaku tiap minggu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.551823 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list