|
KAJANG - Perselisihan faham dipercayai punca seorang lelaki cedera ditikam rakannya di sebuah pangsapuri di Semenyih di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kejadian itu pada jam 2.51 petang.
"Akibat dimarah semasa pertemuan di rumah kakak mangsa, lelaki itu kemudian telah mengambil pisau di dapur dan mengejar lalu mencederakan mangsa," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Naazron berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku akibat perselisihan faham antara mangsa berusia 23 tahun dengan suspek apabila suspek gagal memulangkan semula motosikal yang dipinjam pada bulan lalu.
"Mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang bagi rawatan lanjut, pemeriksaan mendapati tiga kesan tikaman di bahagian belakang pinggang dan satu di bahu kiri.
"Mangsa kini dalam keadaan sedar serta stabil dan masih dirawat di hospital berkenaan. Polis sedang mengesan suspek berusia 30-an untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|