CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 21101|Reply: 26

[Tempatan] Prestasi luar jangkaan, penganalisis naik unjuran pertumbuhan ekonomi tahun ini

[Copy link]
Post time 19-8-2024 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Prestasi luar jangkaan, penganalisis naik unjuran pertumbuhan ekonomi tahun ini
Oleh Mahanum Abdul Aziz - Ogos 19, 2024 @ 1:07pm
[email protected]


Menara Merdeka 118. - NSTP/ASYRAF HAMZAH


KUALA LUMPUR: Penganalisis ekonomi mula menyemak semula dengan menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara bagi keseluruhan tahun 2024 selepas angka luar jangkaan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia yang berkembang kukuh 5.9 peratus pada suku kedua 2024.

Maybank Investment Bank (Maybank IB) menaikkan unjuran KDNK benar 2024 kepada 5.2 peratus berbanding unjuran sebelum ini 4.7 peratus, sambil mengekalkan unjuran pertumbuhan 5.1 peratus bagi 2025.

Ia berkata, semakan utama ialah pembentukan modal tetap kasar dengan jangkaan bagi 2024 sebanyak 9.5 peratus berbanding 8.3 peratus sebelumnya berikutan pelaburan swasta yang lebih kukuh yang diunjurkan berkembang 9.5 peratus, menyumbang kepada peningkatan dalam pembinaan kepada 14.0 peratus berbanding 10.0 peratus sebelumnya.

"Semakan ini mencerminkan realisasi pelaburan sektor swasta yang diluluskan yang kukuh sejak 2021 yang membawa kepada aktiviti pembinaan yang lebih tinggi, terutamanya dalam bangunan/struktur bukan kediaman seperti kilang, pusat data, taman perindustrian, ladang solar, logistik.

"Prestasi dan prospek pertumbuhan pelaburan dan pembinaan juga disokong oleh kemajuan dalam projek infrastruktur yang sedang berjalan dan jangkaan pelancaran projek baharu," katanya dalam nota penyelidikannya.

Maybank IB juga membuat pelarasan kepada unjuran pertumbuhan perbelanjaan pengguna bagi 2024 kepada 5.5 peratus berbanding 5.1 peratus sebelumnya.

Katanya, ia berikutan prestasi separuh pertama 2024, serta semakan dalam imbuhan perkhidmatan awam, iaitu peningkatan purata 15 peratus dalam gaji, berjulat antara tujuh peratus untuk gred tertinggi hingga 42 peratus untuk gred terendah, yang akan dilakukan dalam dua fasa iaitu pada 1 Disember 2024 dan 1 Januari 2026, dan prospek semakan gaji minimum tahun depan.

Sementara itu, CIMB Securities juga membuat semakan lebih tinggi bagi KDNK 2024 kepada 5.2 peratus berbanding 4.9 peratus sebelumnya.

Ahli Ekonominya, Vincent Loo dalam nota penyelidikannya berkata, pihaknya menjangkakan pertumbuhan ekonomi akan kekal melebihi 5.0 peratus pada separuh kedua 2024.

Beliau berkata, unjuran yang disemak semula itu melebihi julat unjuran pertumbuhan kerajaan sebanyak 4.0 peratus hingga 5.0 peratus, mencerminkan jangkaan pemulihan berterusan dalam permintaan luar yang didorong oleh kitaran teknologi global, bersama-sama dengan kesan positif daripada perbelanjaan domestik yang kukuh, disokong oleh pelaburan yang utuh dan perbelanjaan pengguna yang berdaya tahan.

Sementara itu, TA Securities berkata, pertumbuhan ekonomi bagi 2024 boleh melebihi paras 5.0 peratus jika risiko menaik kepada pertumbuhan menjadi kenyataan, termasuk limpahan yang lebih besar daripada kitaran teknologi, aktiviti pelancongan yang mantap dan pelaksanaan lebih pantas bagi projek pelaburan sedia ada dan baharu.

Menuju ke depan, pihaknya menjangkakan kesinambungan dalam pertumbuhan tetapi dengan sedikit penyederhanaan baki suku tahun berikutnya.

Katanya, tinjauan optimis berhati-hati pihaknya dipengaruhi peningkatan risiko daripada sektor luar, terutamanya potensi kelembapan ekonomi global berikutan pengetatan monetari global dan pemulihan ekonomi China yang lebih perlahan daripada jangkaan.

"Ini boleh menjejaskan prestasi eksport, kerana perdagangan luar Malaysia sangat bergantung kepada prestasi ekonomi rakan dagangan utama iaitu China dan AS.

"Pada masa ini, kami mengunjurkan pertumbuhan KDNK bagi suku ketiga 2024 pada 4.7 peratus dan suku keempat sebanyak 4.4 peratus," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2024 09:35 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukurr...Malaysia kini sedang menuju ke landasan yg betul





Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Penganalisa ni pun tgk q2 naik terus forecast trajectory menaik adoi langsung tak check sector mana yg contribute. Kalau dia baca bank negara report q2 patutnya dia boleh nmpk inflation akan lebih tinggi pada q3 so consumer spending akan slow dan factor paling bnyk contribut kenaikan q1 dan q2 ialah electronics malangnya bln jun was the peak so q3 mmg tak der show. Tgklah e&e counter kat klse. E&e tahun depan la off low. So q3 mmg below 4% itu oun kalau minyak stay high. Patutnya q2 dah hit 7% sbb ikut cycle mmg q2 e&e globally laris. Malangnya cuma 5.9% tak cukup utk avg out at 5% yearly
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 20-8-2024 05:29 PM
Penganalisa ni pun tgk q2 naik terus forecast trajectory menaik adoi langsung tak check sector mana  ...

consumer spending mungkin akan kekal bertahan sbb nak tak nak consumer perlu kekalkan spending harian, mingguan, bulanan utk kelansungan hidup berterusan walaupun berlakunya inflasi yg mendadak sekalipun

consumer nak tak nak terpaksa kekal resilient terhadap cabaran ekonomi sekarang ni.. tapi bila consumer terpaksa kekalkan spending, produktiviti akan kekal berterusan dan termasuk dlm kiraan gdp.. pehtu kerajaan madani pun akan tanpa segan silu sembang dan gebang acah2 penyelamat rakyat.. ohhh lihatlah ekonomi berkembang.. gitu la yg akan diteriakkan kuat2 oleh kerajaan madani
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by arnauld at 20-8-2024 06:11 PM
terma2nkondisi2 replied at 20-8-2024 06:02 PM
consumer spending mungkin akan kekal bertahan sbb nak tak nak consumer perlu kekalkan spending har ...

Dari segi amount mmg sama yer lah kalau gaji 4000 tiap2 bln beli benda yg sama cuma disebbkan harga naik qty nya akan berkurangan. So bila berkurangan all in the supply chain suffer average cost akan naik dan akan ramai yg out of business.
Paling sedih tmpt aku pasar malam lps isyak dah siap bungkus. Tu belum kira berapa gerai yg buka dari pkl 5pm adeh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2024 06:12 PM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 20-8-2024 06:02 PM
consumer spending mungkin akan kekal bertahan sbb nak tak nak consumer perlu kekalkan spending har ...

dengan pengukuhan nilai RM baru2 ni..

adakah consumer spending akan meningkat in short term?

how about medium & long term?


Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by terma2nkondisi2 at 20-8-2024 06:36 PM
arnauld replied at 20-8-2024 06:08 PM
Dari segi amount mmg sama yer lah kalau gaji 4000 tiap2 bln beli benda yg sama cuma disebbkan harga ...


jgn la sebut pasal benda2 yg tak sedap didengar.. sekarang ni zaman madani kena la sebut yg best2 je pasal naik2 ni.. ekonomi naik, ringgit naik.. walaupun memasing tak paham apa yg ekonomi dan ringgit 'naik' tu

utk peniaga2 pula, kena belajar dgn kk mart founder ni haa... ada political connection dgn politikus elit maka ada laa hasilnya utk dinikmati

KK Mart Founder Joins Anwar's Official Visit To Uzbekistan To Expand Business

kasihan dgn peniaga2 kecil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2024 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
adoi laaa... nak tanya2 soalan pulakk.. ingat ni kaunter pertanyaan ke hape
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 20-8-2024 06:12 PM
dengan pengukuhan nilai RM baru2 ni..

adakah consumer spending akan meningkat in short term?

Rm naik sbb expectation rate cuts sahaja nothing to do dgn fundamental economy kita. Tgklah hutang makin naik. Setahun bayar interest saja dah 50bil profit petronas habis kat situ jer. Itu time petronas untung bnyk, kalau harga minyak jatuh untung susut, camaner nak bayar interest??? Itu belum principal. Sukuk ni engkau kena settle principal one lump sum itu yg asyik kena issue sukuk baru sbb nak bayar sukuk lama.
Consumer spending kat obersee mngkn la meningkat, barangan impot, itu pun kalau pengimpot honest turunkan harga la. Kalau dia buat bodoh ataupun dia absorb masa turun dan dia ambik time naik tak der la impak. Feds akan tunggu sampai recession utk turunkan rate. By that time dah bmyk business yg kantoi. Sekarang kita mngkn tak nmpk bnyk business fail sbb bnyk business online. So apa jadi pun tak nmpk kedai fizikal tutup.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 10:14 PM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 20-8-2024 06:35 PM
adoi laaa... nak tanya2 soalan pulakk.. ingat ni kaunter pertanyaan ke hape

x tau jawab lettew

kornar kot laen plak

ter paling





Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman najib dulu, kalau prestasi camni dah 3 kali bankrap dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 20-8-2024 05:29 PM
Penganalisa ni pun tgk q2 naik terus forecast trajectory menaik adoi langsung tak check sector mana  ...

You cant spell penganalisa without anal
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 20-8-2024 06:08 PM
Dari segi amount mmg sama yer lah kalau gaji 4000 tiap2 bln beli benda yg sama cuma disebbkan harga ...

Klu ikut logik ur teori, ekonomi akan menguncup la sebab kuasa membeli customer menurun. Jd x banyak barang yg dapat dibeli customer. Tp yg berlaku adalah sebaliknya. Ekonomi berkembang diluar dugaan.

Mcm ni lah. Suka atau tak suka, kita kena akui kerajaan PMX berjaya manage ekonomi di landasan yg tepat setakat ini. Penyelarasan subsidi diesel sebenarnya telah byk menyelamat wang negara dari dinikmati oleh warga Thai & industri tak berdaftar. Satu lg faktor terpenting yg menyebabkan ekonomi berkembang ni sbb nilai RM yg rendah berbanding dolar. So kadar nilai eksport negara naik lebih tinggi berbanding import.

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 20-8-2024 11:41 PM
Klu ikut logik ur teori, ekonomi akan menguncup la sebab kuasa membeli customer menurun. Jd x bany ...

Sbb tu la kena tgk sektor mana yg berkembang tu. Last q2 sektor e&e yg berkembang tapi dah menjunam bln 7 sampai hujung thn due cyclical nothing to do with madanon whatsoever ni business cycle e&e. Kenaikan gaji bln 12 baru take effect so q3 will be less than 4% tu pun kalau harga minyak stay at this lvl but dgn kenaikan rm oil export will give you less rm so camana nak byr interest sukuk? Issue sukuk baru? Hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 08:24 AM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 20-8-2024 06:35 PM
adoi laaa... nak tanya2 soalan pulakk.. ingat ni kaunter pertanyaan ke hape



so...

ko slalu kata orang len budus

ko jer pandei..

apa ko yg ter paling pandei


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2024 12:19 PM | Show all posts
punye la nakkan perhatian sampai dua kali reply post yg sama.. ape tak cukup prhatian dari mak pak sendiri kaa

sembang ringgit naik tapi kos sara hidup pun naik melonjak tuu.. kos sara hidup lazimnya mmg akan sentiasa naik tapi ni naik melonjak.. lagi mau sembang ringgit naik

aku dah cakap dah dari dulu... ekonomi tu boleh dibentuk mengikut acuan pemimpin... samada nak buat dasar ikat perut ke atau akomodatif ke, ia bergantung kepada polisi2 seterusnya yg berterusan.. kejayaan satu2 ekonomi tu pula dalah subjektif so takyah la nak 'kencing' berapi sangat...  kalau setakat sembang tajuk gempak "prestasi luar jangkaan, penganalisis naik unjuran pertumbuhan ekonomi tahun ini", tajuk2 mcm ni, masa pm2 dulu mahathir dan najib pun biasa je baca tajuk berita ekonomi mcm ni... tapi tu laa kan, disebabkan ni masa anwar jadi pm, gegak-gempita bergegar2 bumi malaysia ni walanon2 dok teriak saling sahut-menyahut


dulu sape yg sembang pasal minyak turun, harga barang turun?.. dah kena 'kencing', walanon nak spin ke short term long term pulakk.. mereng ka apa

politikus 'kencing' bercabang, pentaksub politikus 'minum' 'kencing' politikus pehtu nak 'kencing' kat org lain pulak... cibai bongok betul perangai pentaksub politikus ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 20-8-2024 11:41 PM
Klu ikut logik ur teori, ekonomi akan menguncup la sebab kuasa membeli customer menurun. Jd x bany ...

Melonjak naik ye

Abes tu zaman najib dulu prestasi jauh lebih bagus, kenape dituduh bakal muflis?

Kena tipu ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 21-8-2024 12:19 PM
punye la nakkan perhatian sampai dua kali reply post yg sama.. ape tak cukup prhatian dari mak pak s ...

25 tahun tunggu anwar jadi pm

Pensokong dari dulu lagi dah jaja fantasi dan khayalan kununnya kalau anwar jadi PM maka beliaulah PM terbaik sepanjang zaman

Sekarang baru sedar realitinya anwat hauk.. mana nak letak muka
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 semua terbaik zaman anwar ni...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.475089 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list