View: 27436|Reply: 21
|
[Jenayah]
Menyiarkan Kandungan Dan Pengisian Secara Haram, Kedai Mamak Kena Bayar Lebih RM200 Ribu Dekat Asterok!
[Copy link]
|
|
Sebuah syarikat rangkaian restoran nasi kandar terkenal dalam negara harus membayar berjumlah ratusan ribuan ringgit ekoran menyiarkan kandungan dan pengisian Astro secara haram.
Menurut laporan Astro Awani, dalam penyelesaian yang dibuat menerusi penghakiman persetujuan, Thaqwa (Malaysia) Sdn Bhd bersetuju untuk membayar RM221,773.20 kepada Measat Broadcast Systems Sdn Bhd — iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad kerana melanggar syarat langganan dengan menyiarkan siaran Astro secara tidak sah di beberapa cawangan restoran milik syarikat terbabit.
Thaqwa hanya mempunyai langganan sah untuk dua premis sahaja, namun begitu ia telah menyiarkan siaran Astro di lapan lagi restoran miliknya tanpa kebenaran dengan menggunakan peranti-peranti seperti kad pintar dan dekoder Astro bagi tujuan tersebut.
Selain daripada pembayaran pampasan, Thaqwa turut bersetuju untuk memastikan langganan Astro miliknya hanya digunakan di lokasi yang dibenarkan bagi menghormati hak cipta dan harta intelek Astro.
Ketua Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong berkata: “Astro sangat komited dalam usaha memerangi cetak rompak digital kerana kami tahu betapa besar kesannya kepada industri media dan kreatif.
“Dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas dan melindungi hak harta intelek, Astro membantu memastikan para pencipta dan artis mendapat ganjaran yang adil.
“Usaha ini penting untuk memastikan industri ini terus hidup dan berkembang, membuka ruang untuk idea dan pengisian baharu,” katanya.
Di Malaysia, adalah menjadi satu kesalahan kepada mana-mana premis komersial untuk menayangkan penyiaran kepada orang awam jika pengisian tersebut diambil secara tidak sah. Ini termasuklah penyiaran rancangan Astro tanpa lesen komersial yang sahih.
Kes yang melibatkan salah satu rantaian restoran nasi kandar ini adalah salah satu daripada kebanyakan kes yang sedang dikendalikan oleh Astro bagi melindungi hak harta intelek miliknya.
Sebelum ini, di Ipoh, seorang individu berusia 22 tahun didenda RM10,000 pada Februari lalu selepas mengaku bersalah menjual kotak Android yang telah dimuatkan dengan pengisian Astro secara haram. Peranti itu ditemui dalam satu serbuan pada bulan Oktober 2023. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mamak pakai android box ke..selayaknyalahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Yuran astro utk kedaiakan/restoran berbeza dengan yuran individu yg subscribe. Tu kategori perniagaan bukan individu.
|
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 22-8-2024 04:07 PM
Mamak pakai android box ke..selayaknyalahhh
berapa harga android box tu |
|
|
|
|
|
|
|
habisnamadahni replied at 22-8-2024 04:20 PM
berapa harga android box tu
Murah ja..rm50 pun ada kat shopiii |
|
|
|
|
|
|
|
Mentang2 astro dah makin teruk ..org makin x nk langgan...ratus ribu kena bayar... |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 22-8-2024 04:31 PM
Murah ja..rm50 pun ada kat shopiii
serius ah..ok tq info |
|
|
|
|
|
|
|
Yg lain2 kecut ke x?
|
|
|
|
|
|
|
|
Benda Sama, zaman berubah selari dgn perubahan teknologi.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada kedai tyg youtube , content dokumentari aja
lagila bagus, free, ilmiah, takdela kisah psl artis bagai
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab Njoi, perniagaan takleh tapi kediaman boleh pula
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasal artis, portal hiburan kan ada..
|
|
|
|
|
|
|
|
kan kaka...sian cari duit sampai tahap ni....baru ni depa ada pi MyIPO isu streaming from their official channel...rep yg dtg muka ganaz2....
|
|
|
|
|
|
|
|
gangerina replied at 25-8-2024 10:38 AM
kan kaka...sian cari duit sampai tahap ni....baru ni depa ada pi MyIPO isu streaming from their of ...
Myipo tu under astro gak.ke |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 25-8-2024 12:58 PM
Myipo tu under astro gak.ke
Bukan noor. Myipo tu agensi yg uruskan hal dan harta intelek kat malaysia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Claudia_Lestat replied at 25-8-2024 01:55 PM
Bukan noor. Myipo tu agensi yg uruskan hal dan harta intelek kat malaysia ni.
Oh ..ok tq info |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 25-8-2024 03:57 PM
Apakah klaim selama ini yang dilakukan Malaysia bahwa semua kultural dan budaya seni, heritage etc asli yang ada di Indonesia juga dintakan secara terbuka adalah hak milik waisan Malaysia boleh dikatakan HARAM berdasarkan hukum Malaysia?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Astro ni monopoli pasaran malaysia pun sembang asyik rugi. Harga servis dah la mahal dengan program asyik ulang2. Mamak baik tayang youtube je la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|