CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 27038|Reply: 20

[Jenayah] Menggunakan Istilah Jakun, Menghina Orang Asal Di Malaysia!

[Copy link]
Post time 22-8-2024 06:02 PM | Show all posts |Read mode


Sebelum ini, media melaporkan seramai 40 orang warga Palestin yang tercedera ekoran konflik yang berlaku di negara itu telah selamat dibawa ke Malaysia.

Difahamkan rakyat Palestin berkenaan dibawa ke negara ini untuk mendapatkan rawatan bagi kecederaan yang dialami oleh mereka.

Inisiatif oleh kerajaan Malaysia ini telah mendapat pujian dari ramai pihak namun ada juga segelintir yang mengkritik tindakan tersebut.

Lebih teruk lagi apabila ada yang mula mempersoalkan motif membawa rakyat Palestin dibawa ke negara ini, sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menjelaskan beliau menerbangkan kumpulan rakyat Palestin itu ke sini.
Tegur netizen, sifatkan kedatangan rakyat Palestin hanya untuk mendapatkan rawatan

Perkara sama turut dilakukan oleh Izara apabila dia dilihat membalas satu ciapan di X dengan menjelaskan kedatangan rakyat Palestin hanya untuk dirawat.

“Ingat Palestin nak sangat ke jadi rakyat Malaysia. Dia datang untuk dirawat jelah. Berair mata sebab bayi kena penggal kepada dekat sana hari-hari.

“Dia seronok tengok negara Malaysia, negara yang selama ini selalu tolong. Mestilah kita terharu. Dia orang ni susah nak tinggal negara dia orang. Al-Aqsa dekat situ, bukan masjid jamek,” tulis Izara.

Namun, apa yang menjadi perhatian aktres wanita itu turut dikecam apabila didakwa anti-Rohingya dan menyalahgunakan nama suku kaum Orang Asli, Jakun dalam salah satu hantarannya.

Perkara itu menjadi bualan ramai selepas Izara membuat satu hantaran untuk membalas kepada seorang pengguna akaun di X yang menyebut tentang Rohingnya yang tidak mendapat perhatian dan layanan sama seperti Palestin.

“Satu dunia mengadu bagaimana bermasalahnya orang Rohingnya dan sikap tidak menghargai mereka telah menyebabkan kekacauan di negara sendiri. Jangan bandingkannya dengan Palestin.”

Dia juga turut memaklumkan apa yang dikatakan itu adalah berdasarkan artikel yang dikeluarkan dan tidak memandai-mandai mengenainya selepas dicop ‘double standard’ oleh seorang pengguna X yang lain.

“Bukanlah (tidak double standard). Itu dari artikel, memang Bangladesh, Indonesia dan lain-lain mengkritik macam tu bukan aku yang memandai. Aku ni dah lah cakap nak makan taugeh pun masuk berita. Ingat nak senang je tulis ayat macam tu, macam bongkak. Itu laporan dunia lah,” jelasnya lagi.

Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai yang mengkritik tindakan Izara Aishah dan memintanya untuk berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu perkara.

Tidak kurang juga ada yang menggelar pelakon terkenal itu sebagai ‘racist’.
“It’s intellectually lazy to compare the Rohingyas’ struggles to those of the Palestinians without first understanding their distinct geopolitical and historical contexts. This false equivalence oversimplifies complex problems”

Dalam pada itu, Izara turut dikritik apabila didakwa menyalahgunakan nama suku kaum orang Asli iaitu Jakun dalam satu hantarannya untuk membalas kepada salah seorang pengguna X yang mengatakan dia tidak mengetahui maksud bagi perkataan ‘Daft’ (Silly atau bodoh).

“Allah itu hanya satu slang (perkataan daft) tapi punya jakun seronok lah dapat satu point untuk menampar kepada satu perkara kecil,” katanya.

Orang ramai kemudiannya mula menegur pelakon berkenaan dengan mengatakan dia tidak sepatutnya menggunakan nama tersebut untuk menggambarkan perkara yang tidak elok.

Malah ada juga yang berkongsi tangkap layar dari kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengenai maksud Jakun.

“Izara, Jakun tu nama suku kaum orang Asli. Jangan gunakan untuk menggambarkan sesuatu yang tak elok”

Sedar dikritik mengenai perkara itu, Izara kemudian menjelaskan perkataan ‘Jakun’ yang digunakannya hanyalah untuk menunjukkan ekspresi terhadap sesuatu perkara.

Malah ianya tidak ditujukan kepada sesiapa atau mana-mana pihak.

Namun Izara memaklumkan dia bersedia untuk tidak lagi menggunakan terma tersebut meskipun menurutnya terma itu digunpakai oleh banyak pihak.

Meskipun ada yang terus mengkritik namun ada juga segelintir yang memahami maksud Izara apabila tampil menjelaskan penggunaan perkataan itu turut digunakan secara meluas di banyak kawasan lain dan tidak hanya merujuk kepada suku kaum berkenaan.

Malah Izara turut berkongsi satu hantaran dari seorang pengguna X turut berkongsi maksud ‘Jakun’ berdasarkan kamus Dewan terbitan 2020.

Dalam satu hantaran baharunya, Izara turut meluahkan orang ramai yang mengecamnya atas penggunaan perkataan ‘Jakun’ itu sebenarnya tahu ia merujuk kepada ekspresi dalam hantaran sebelum ini.

Malah ia tidak ada kena mengena dengan cercaan kepada perkauman.

Sebagai info, Jakun merupakan salah satu suku kaum orang Asli yang berada di Malaysia khusunya di Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

Namun perkataan ‘Jakun’ kerap disalah erti apabila ada pihak yang menggunakan ayat tersebut untuk merendah-rendahkan orang lain. Selain ‘Jakun’, ada juga yang menggunakan perkataan lain yang membabitkan Orang Asli seperti Batak dan Sakai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2024 11:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2024 06:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2024 06:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
MELAYU JAKUN RAKYAT JOHOR.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 06:30 PM | Show all posts
Xhabis lagi ka?...banyak betul masa dok lawan komen...apadaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2024 07:03 PM | Show all posts
meols pernah je tercakap jakun betol la diorang ni, kat depan sorang kawan orang asli. Pastu dia macam apa apa gitu la...macam bergurau. Pastu baru iols perasan Padehal tu istilah yang bukan mengata pun. Sama la ko sebut indon, etc etc..kadang rasa terpaling pulak ummah asli ni. Kita tak merujuk kaum orang asli ye, jakun tu ada makna lain selain suku kaum korang, eg: jakun=kolot. Bitter sesikit sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 08:02 PM | Show all posts
madam dah up gambar lawyer dahh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Jakun tu Melayu bangsa Johor..ramai area endau rompin bera
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesah ke aku kau nak sentap puak jakun oiii..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 22-8-2024 07:03 PM
meols pernah je tercakap jakun betol la diorang ni, kat depan sorang kawan orang asli. Pastu dia mac ...

Kawan iolss melatah tersebut 'cina'. Kebetulan ada 2,3 classmate cina depan dia. Pastu dorang cakap. 'Iye, saya cina. Ada apa?' sambil gelak² la.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo kite ni ... . jakun tu ialah  'teruja sgt ko'  cth ayat ... jakun nye ko .... mementang pakai henpon baru ....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:44 PM | Show all posts
hyie replied at 22-8-2024 07:03 PM
meols pernah je tercakap jakun betol la diorang ni, kat depan sorang kawan orang asli. Pastu dia mac ...

"Kau jangan jadi macam jakun boleh tak?"

yang itu menghina ka tidak?

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:51 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 22-8-2024 09:44 PM
"Kau jangan jadi macam jakun boleh tak?"

yang itu menghina ka tidak?

bergantung konteks yang ingin disampaikan. Kalau dia sengaja cakap gitu untuk menyindir secara serius kaum Jakun, dah sah2 la menghina. Rata2 orang mesia bila cakap jakun, takdanya diorang merujuk suku kaum Jakun.

macam kita sebut pantat la. Kat mesia rasa lucah gitu. Kat indon sana diorang maksudkan bontot je. Sama juga macam butuh Bahasa itu universal. Cepat sentap dengan tidak je. Gitu justifikasi iols.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kiah sejak kes LO kene kecam sbb guna perkataan Jakun live di tv terus kiah insap uols....walaupun pd org Joho itu biasa tp kita lupa itu secara tidak langsung menghina suku kaum Jakun....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
bkn izara ada tulis ke aritu kt twitter... g post ni kt die
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 04:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini racial/ethnic stereotypes sudah jadi makanan keturunan ummah malaysia walaupun tidak boleh guna untuk lawak.... Seperti word nigga.... Hanya bangsa or ethic itu sendiri saja valid untuk guna atas ticket lawak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 04:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Batak boleh guna tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 05:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm iols org utara,jakun tu kitorang guna utk ayat yg melambangkan mcm rusa masuk kampung atau kata lainnya perak (pe-rak) bukan pey-rak (negeri Perak).

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 05:29 AM | Show all posts
Beria betul budak2 woke kat twitter bash si izara.  And ada satu puak lak sebok sokong,rohingya. Aku stop sat la baca twitter ni. Stress aku.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.504716 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list