View: 75094|Reply: 111
|
[Tempatan]
Berita malam seram:Amaran awal KL didakwa kurang selamat, isu 'giant sinkhole' dibangkitkan sejak 2015.40 hingga 60 peratus dasar Kuala Lumpur adalah batu kapur
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 25-8-2024 01:30 AM
Dalam pada itu, laman sosial ketika ini heboh dengan perkongsian tular seorang pengguna yang sebelum ini pernah memuat naik hantaran berbentuk amaran terhadap penduduk di Kuala Lumpur.
Aktivis dan Pengasas Save Merapoh Caves, Mohd Laili Basir pada 2015 pernah membangkitkan isu berkenaan yang menurutnya, lokasi paling tidak selamat diduduki di Malaysia adalah di Kuala Lumpur.
Jelasnya, malapetaka lubang besar (sinkhole) ataupun 'Giant Sinkhole' boleh berlaku bila-bila masa sahaja ekoran pembangunan tanpa henti dan sistem saliran huru hara di bawah permukaan tanah kota raya itu ketika ini.
"Giant Sinkhole boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa seorang dari kita pun dapat menjangkakannya. 40 hingga 60 peratus dasar Kuala Lumpur adalah batu kapur.
"Pembangunan tanpa henti, sistem saliran yg huru hara, kejadian mendapan atau pasir jerlus, pengaliran keluar air bawah tanah, bebanan melampau, pergerakan fizikal termasuk pembangunan persekitaran adalah antara penyebab kepada mala petaka ini lebih cepat berlaku.
"Sekarang ini di bawah KL sedang terbentuk gua-gua batu kapur yang besar, KL pula berada di atas bumbung gua ini dan apabila ia tidak dapat menanggung beban maka akan runtuhlah bumbung gua ini dengan membawa sekali Kota Kuala Lumpur ke dasarnya," katanya di laman Facebook pada Mei 2015.
Tambahnya, terdapat satu rahsia di mana sebuah gua besar pernah ditemukan di Cheras, Kuala Lumpur semasa proses penggalian projek laluan MRT Putrajaya atau MRT2 dijalankan.
Namun, ia dirahsiakan dan disumbat dengan bahan binaan bagi memastikan projek terowong berkenaan tidak terganggu dan berjalan lancar.
Hantaran itu kembali meraih perkongsian di laman sosial sejak Sabtu dan warganet mula mempertikaikan ciri keselamatan pembangunan di Kuala Lumpur.
Terdahulu, JBPM menjelaskan hanya seorang anggota dibenarkan masuk ke ‘manhole’ bagi mencari mangsa insiden tanah jerlus di Masjid India.
Ia ekoran terdapat gas beracun yang boleh mengundang bahaya kepada anggota untuk mencari dan menyelamat mangsa.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dengar kabor area KLCC ada satu.. sebab tu hanya dijadikan parking… |
|
|
|
|
|
|
|
KL masih selamat..kata pakar , jabatan yang repair tmpt yg mendap tahun lepas . Tapi.. trus jadi sinkhole tahun ni
Pada aku ni lebih kepada masalah pemantauan.. jabatan berkaitan lembab..tk check tanah tu..
Mohon waris saman kaw2..mana pi pakar geologi kata tempat tu selamat?mana pi jabatan berkaitan kata situ selamat..? |
|
|
|
|
|
|
|
Projek mrt jumpa gua bwh tanah pastu swept under karpet?
Kalo btl bnd ni mrt corporation blh kena dakwa kot sbb ko melanggar undang2 keselamatan.
Ko da Tau bnd tu bahaya but still nak teruskan jgk buat. Hal keselamatan x de kompromi. Org pegi perang pun pki topi keselamatan apa nak protect apa yg mampu walau x semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 24-8-2024 02:44 PM
Gomen kena proactive check underground if sekarang certain area declare safe but if where the rock below the surface dari limestone... carbonate rock... salt beds or rocks yang naturally boleh dissolve oleh underground water circulating (underground activity) boleh fix... If sinkhole terus terjadi akan effect nyawa and property price... Di high risk area boleh check insurance... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ardent91 at 25-8-2024 08:10 AM
sape2 yg beli or dok rumah kat area2 berbukit tinggi mesti tgah ketakutan skrg...
ya i know kejadian sinkhole ni bukan kat area berbukit tp more kepada area tanah rata tp i meant, org2 yg dok kat kawasan cerun tinggi mesti berkali ganda lebih panik lepas tgok kejadian kat kl baru2 ni.. sedangkan tanah rata yg flat pown boleh menjunam camtu nikan pulak dorg yg dok kat kawasan bukit-bukau... dahla malaysia negara beriklim tropika ni mmg selalu dapat hujan lebat
|
|
|
|
|
|
|
|
ardent91 replied at 25-8-2024 08:08 AM
sape2 yg beli or dok rumah kat area2 berbukit tinggi mesti tgah ketakutan skrg...
ya i know kejadia ...
Taklah sissy. Duduk bukit at least boleh nampak pergerakan tanah sis. Kat tengah kl ni pulak semua tempat diturap tile sissy. So tak nampak tanha dah jerlus know know pijak terus ke alam barzakh katanya sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nfir at 25-8-2024 11:19 AM
pooh~key replied at 25-8-2024 10:09 AM
Taklah sissy. Duduk bukit at least boleh nampak pergerakan tanah sis. Kat tengah kl ni pulak semua ...
Tragedi tanah runtuh di kawasan berbukit:
Tragedi tanah runtuh terbesar di Malaysia:
- Tragedi Highland Tower
- 48 kematian
Tragedi tanah runtuh kedua terbesar di Malaysia:
- Tragedi tapak perkhemahan Batang Kali
- 31 kematian
Untuk tragedi Batang Kali, tapak perkhemahan berada di kawasan landai di kaki bukit. Tapi sekeliling tapak perkhemahan adalah kawasan berbukit.
Duduk di kawasan berbukit adalah suatu tindakan berisiko tinggi. Bercuti di kawasan berbukit juga adalah suatu tindakan berisiko tinggi.
Orang yang duduk di kawasan berbukit atau orang yang bercuti di kawasan berbukit adalah orang yang mahu mengambil risiko tinggi.
+ + +
Keadaan ini berbeza dengan tanah mendap di kawasan landai.
Pertama, jumlah kematian tanah mendap di kawasan landai adalah lebih rendah.
Kenapa banyak kematian berlaku di Batang Kali?
Kerana, tanah bukit yang runtuh. Jumlah tanah di bukit adalah terlalu banyak. Dan tanah bukit yang banyak ini yang menenggelamkan manusia.
Adakah terlalu banyak tanah yang mendap di Masjid India?
Tidak.
Kedua, operasi menyelamat lebih mudah dilakukan di kawasan landai.
1) Jentera berat sukar bergerak ke kawasan berbukit.
2) Keadaan struktur bukit yang tidak kukuh tidak mengizinkan penggunaan jentera berat.
3) Keadaan struktur bukit yang tidak kukuh tidak mengizinkan ramai anggota penyelamat digerakkan ke kawasan tersebut.
4) Memindahkan terlalu banyak tanah bukit yang runtuh adalah tugas sukar.
Ketika berjalan kaki di Masjid India, pelancong India ini tidak melakukan sebarang aktiviti berisiko tinggi.
1) Pelancong ini bukan bergerak dalam cuaca buruk. Keadaan cuaca adalah baik ketika kejadian.
2) Pelancong bukan berada di kawasan berisiko tinggi seperti bukit, hutan, sungai atau pantai.
3) Kawasan yang dilalui oleh pelancong tidak menunjukkan sebarang tanda buruk seperti rekahan.
+ + +
Tragedi yang berlaku kepada pelancong India ini berlaku kerana kelemahan pihak yang bertanggungjawab terhadap maintenance.
Tugas maintenance adalah memeriksa sesuatu dari masa ke semasa untuk memastikan perkara itu berada dalam keadaan sepatutnya.
Maintenance tidak periksa keadaan tanah di Masjid India in a timely manner. Jadi maintenance tidak tahu struktur tanah di Masjid India sudah berada dalam keadaan lemah.
Possible tak struktur tanah baru berada dalam keadaan lemah? Jadi maintenance tak sempat detect.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk struktur tanah menjadi lemah ... ini memerlukan penerangan daripada pakar berkaitan tanah / geologi.
Kalau betul struktur tanah boleh menjadi lemah dengan cepat, kawasan seperti ini perlu dikenal-pasti lebih awal.
Apabila jumlah hujan berada pada takat tertentu, kawasan itu perlu ditutup kepada public.
Atau, sekurang-kurangnya public dimaklumkan bahawa kawasan itu tidak berada dalam keadaan selamat. Jadi, public yang mahu berada di kawasan tersebut perlu mengambil risiko sendiri.
Bagaimana pula struktur tanah menjadi lemah kerana kebocoran saluran air dalam tanah?
Ini adalah kelemahan maintenance. Maintenance perlu memastikan saluran dalam tanah tidak mengeluarkan air ke kawasan sekeliling kerana air tersebut boleh melemahkan struktur tanah.
+ + +
Elakkan duduk di kawasan berbukit. Elakkan bercuti di kawasan berbukit seperti kawasan perkhemahan Batang Kali.
Tuhan mencipta bukit dengan fungsi spesifik.
Apa fungsi bukit?
Sebagai pasak bumi. Umpama bukit-bukau dan banjaran adalah tulang belakang kepada bumi.
Bayangkan kita merosakkan tulang belakang kita. Kita berisiko tinggi untuk menjadi lumpuh. |
|
|
|
|
|
|
|
DBKL / pihak berkuasa x boleh pandang issue ini secara bermusim. Kena duduk settle kan juga. Atau mereka sendiri dah takut dan seram dgn kenyataan sebenar. Iyalah KL kan penuh dgn bangunan tinggi, mahal2, laluan mrt lrt. Apa2 pon kena ada pelan tindakan jangka pendek dan panjang juga.
Jakarta tenggelam, KL pulak sinkhole. Mesti buat something, risau bencana yg melanda KL kalau tiada tindakan yg serius dan bersifat jangka pendek shj |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 25-8-2024 11:16 AM
DBKL / pihak berkuasa x boleh pandang issue ini secara bermusim. Kena duduk settle kan juga. Atau me ...
Rakyat tidak ada kuasa untuk melantik kakitangan kerajaan. Tapi rakyat ada kuasa untuk melantik Ahli Parlimen.
Penduduk di Kuala Lumpur boleh pressure Ahli Parlimen di Kuala Lumpur untuk lebih proaktif menangani masalah-masalah di Kuala Lumpur seperti banjir kilat, pokok tumbang dan tanah runtuh.
Ahli Parlimen mempunyai access kepada Menteri. Menteri boleh menyelia kakitangan kerajaan supaya buat kerja dengan lebih baik.
Tapi, Menteri Wilayah adalah bekas Menteri Kesihatan, Dr Zaliha. Nampak Dr Zaliha ini bukan seorang Menteri yang berwibawa.
Adalah lebih baik Wilayah Persekutuan mempunyai Menteri yang berkaliber kerana ini adalah kawasan yang menjana berbillion ringgit aktiviti ekonomi dan menempatkan jutaan manusia.
Selain itu, tragedi yang berlaku di Kuala Lumpur akan mendapatkan liputan luas daripada media di seluruh dunia. Terutamanya jika manga melibatkan rakyat negara luar.
Ada baiknya jika Kerajaan melakukan persempadanan semula kawasan parlimen.
Jumlah penduduk di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar adalah terlalu tinggi. Masalah di Kuala Lumpur adalah masalah kompleks.
Seorang MP tidak boleh menjaga ratusan ribu penduduk dalam kawasannya. Serta menyelesaikan pelbagai masalah kompleks dalam kawasan tersebut.
Contohnya, Masjid India. Kedudukan Masjid India bukannya berhampiran dengan Bukit Bintang. Tak boleh pun nak jalan kaki dari Masjid India ke Bukit Bintang.
Tetapi, Masjid India berada di bawah kawasan parlimen Bukit Bintang. Bayangkan betapa banyaknya manusia dan masalah yang MP Bukit Bintang perlu handle?
Kalau kawasan kampung dan pedalaman boleh ada berpuluh-puluh Ahli Parlimen, kawasan bandar juga memerlukan ramai Ahli Parlimen untuk menyelesaikan masalah-masalah di bandar.
Isu persempadanan semula kawasan parlimen di bandar bukan isu politik. Ia bukan tentang kepentingan mana-mana parti politik.
Penduduk bandar sendiri yang mahukan lebih ramai Ahli Parlimen berwibawa bekerja di kawasan bandar. Dan Ahli Parlimen ini bekerjasama dengan Menteri dan agensi kerajaan untuk menyelesaikan masalah di kawasan bandar.
Adalah lebih mudah untuk penduduk bandar pressure Ahli Parlimen di kawasan bandar. Kerana, penduduk bandar tidak mempunyai kuasa untuk pressure agensi kerajaan.
Gaji kakitangan kerajaan sudah dinaikkan. Jadi kakitangan kerajaan mesti menghasilkan kualiti kerja terbaik. Kakitangan kerajaan perlu bersedia menerima tekanan seperti pekerja di multi-billion corporations. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu Highland Towers pun ada study mengatakan disebabkan bawah building tu adalah gua batu kapur. So kira piling tu letak betul2 atas gua batu kapur tu yang terus tumbang. Ni tajuk study iols masa PMR dulu. Masa tu Geography kena buat kertas kerja pasal kawasan perumahan. Iols buat pasal Highland Towers sebab dekat dengan area umah mak iols |
|
|
|
|
|
|
|
Actually kan si laili basir ni kan siapa dia? Iols ingat dia geotech engineer ke tengok linkedin diploma in education kat itm tapi hot cat?
Well know kl sits in hills on limestone, masa nak bina klcc pun sudah buat soil investigation ingat pakai taruk je ke. Gua kat cheras tu siapa tak tau paling femes batu caves. The issue is bila sudah banyak development, moved kan the sungai pusing kut sana pusing kut sini lama2 sungai ni dia akan balik ke aliran asal. Then macam kea pokok tumbang kat concorde haritu. Semua dah concrete air hujan nak serap ke mana, lama2 bawah terhakis juga. Tu yg lama2 jadi lompong terus jerlus ke bawah. Monitoring is best solutiin tapi kat malaysia ni semua org tahu, bab maintenance bab monitoring lembab. Lebih suka tunggu jadi baru nak action. Selagi x de org mati selagi tu meeting makan beehoon sejuk karipap dgn teh o manis. |
|
|
|
|
|
|
|
beberapa tahun lepas ada sorang porumer cari bgtau kat isu semasa ni..
pak sedara dia (geologist kott) lepas bersara dari gomen..
trus bgtau kat sedara mara..
jgn beli umah kat KL..
sbb KL ni batu kapur
--
seb baik den blom boli laie kat KL ni..
mmg nak settle down kaw luar bandar yg ado anak sungai..
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 25-8-2024 12:31 PM
Actually kan si laili basir ni kan siapa dia? Iols ingat dia geotech engineer ke tengok linkedin dip ...
I tak sure background dia..tp dia my senior jaman sekolah dulu.. dan aktif dgn aktiviti2 alami.. |
|
|
|
|
|
|
|
ardent91 replied at 25-8-2024 08:08 AM
sape2 yg beli or dok rumah kat area2 berbukit tinggi mesti tgah ketakutan skrg...
ya i know kejadia ...
Aku nengok villa usop selam pun aku dh cuak. Sound mcm jeles dgn ongkaya lah tp mmg aku tkot bebeno dgn kaki2 bukit, utan. Rumah tggi2 mcm condo aku gayat pulak sllu trbyg what if aku jatuh. What if blok condo ni runtuh. Mcm2 pkir.
Beli rumah landed. Rasa dh x pkir pelik2 yg bkn2. Rumah landed rsau la cara lain pulak. Mcm curi samun rompak pecah masuk rumah dll. Doa je la allah lindung siang mlm pagi ptg. |
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 25-8-2024 01:33 PM
beberapa tahun lepas ada sorang porumer cari bgtau kat isu semasa ni..
pak sedara dia (geologist ko ...
Mai tgok2 di kedah beb |
|
|
|
|
|
|
|
Masjid jamek ni area tpt iolss kije..laluan tu minggu seblm aci ni tenggelam..memang lalu situ sbb pi kedai jahit.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|