View: 39210|Reply: 36
|
[Dunia]
Rakyat Indonesia Bengang Menantu Jokowi Sewa Jet Peribadi RM35,000
[Copy link]
|
|
Sepuluh tahun yang lalu, imej Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi, duduk di kerusi ekonomi AirAsia bersama isterinya, Iriana, telah mencetuskan rasa kagum di kalangan rakyat Indonesia.
Ia simbol seorang pemimpin sederhana yang terbang dengan pesawat komersial dari Jakarta ke Solo semata-mata untuk menghadiri majlis graduasi anaknya.
Namun, sepuluh tahun kemudian, cerita sederhana bertukar menjadi ironi apabila anaknya, Kaesang Pangarep, bersama isterinya, Erina Gudono, dilaporkan menyewa jet peribadi Gulfstream dengan kos sewanya antara $6,000 hingga $8,000 per jam.
Dalam suasana ekonomi Indonesia yang bergolak dan rasa marah rakyat Indonesia dengan cubaan Jokowi memainkan undang-undang dengan tujuan mahu kekal berkuasa mengundang kritikan keras dari rakyat yang merasakan ini sebagai satu tamparan kepada mereka.
Media sosial menjadi medan utama bagi rakyat Indonesia meluahkan rasa tidak puas hati mereka.
Netizen mula membandingkan Jokowi satu dekad lalu dengan gaya hidup mewah anaknya kini.
Salah satu ciapan yang tular adalah dari @senjatanuklir, yang menulis, “10 years ago, he flew economy class to attend his son’s graduation. 10 years later, the same son is now renting a Gulfstream private jet, which costs between $6,000 to $8,000 per hour… In the middle of the country’s chaos…”
Kritikan terhadap gaya hidup mewah ini turut menjadikan Instagram Story Erina Gudono, yang memuat naik pemandangan dari tingkap jet peribadi tersebut dengan kata-kata, “USA here we go ????????.”
Tindakan ini menambah lagi kemarahan rakyat Indonesia, dengan berjuta-juta mereka berkongsi gambar berwarna biru dengan mesej “Peringatan Darurat,” menzahirkan kebimbangan mereka terhadap keadaan politik semasa di negara itu.
Di sebalik kritikan ini, Jokowi cuba mengatur catur dengan menggunakan Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI), yang majoritinya dikuasai oleh parti-parti utama Indonesia merangka Rang Undang-Undang Pilihan Raya Daerah (RUU Pilkada) yang berpotensi mengukuhkan lagi dinasti politik Jokowi.
RUU ini dilihat sebagai langkah untuk membatalkan keputusan Mahkamah Konstitusi dan memudahkan anak lelaki presiden bertanding jawatan penting di negara itu.
Ini bukan kali pertama undang-undang diubah bagi memudahkan pengaruh politik keluarga Jokowi.
Tahun lalu, perubahan terhadap syarat umur minimum calon presiden dan naib presiden membolehkan Gibran Rakabuming Raka, anak lelaki Jokowi, yang ketika itu berumur 36 tahun, layak menjadi calon Naib Presiden.
Langkah ini mencetuskan kontroversi, terutama apabila Anwar Usman, pakcik Gibran yang juga ipar Jokowi, terlibat dalam perubahan tersebut.
Kini, sepanduk-sepanduk yang mengumumkan “Kaesang 2024-2029 DKI Jakarta” mula muncul, menandakan satu lagi langkah untuk memperkukuhkan dinasti politik Jokowi.
Kaesang, yang baru berumur 29 tahun, dilihat bakal menjadi calon buat kota Jakarta dalam satu usaha Jokowi mahu mengembangkan pengaruh keluarganya di peringkat nasional.
Penyertaan keluarga Jokowi dalam politik turut dikaitkan dengan kepentingan ekonomi, khususnya dalam sektor perlombongan.
Laporan oleh Bersihkan Indonesia pada 2018 mendedahkan bahawa sektor perlombongan merupakan sumber utama pembiayaan kempen politik di Indonesia.
Keluarga Jokowi dan rakan kongsi mereka adalah antara pemain utama dalam industri ini.
Kritikan terhadap keluarga Jokowi bukan sekadar soal gaya hidup mewah tetapi juga pengaruh politik yang semakin kukuh.
Dalam suasana ekonomi yang mencabar, rakyat Indonesia semakin resah dengan perkembangan politik yang dilihat lebih mementingkan dinasti dan kepentingan ekonomi keluarga Jokowi daripada kepentingan rakyat.
Isu ini bukan sahaja mengundang kemarahan tetapi juga menimbulkan persoalan mengenai masa depan demokrasi di Indonesia. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apa kerlas naik Garuda |
|
|
|
|
|
|
|
kalau duit sendiri, ok saja. 35k ibarat 350 je bagi orang berduit. Kalau duit gomen, selayaknya dikecam kalau untuk urusan peribadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 25-8-2024 11:41 PM
Najib Razak 2.0
Tapi Jokowi tidak akan didakwa sebab dia dah berjaya wujudkan sistem kongsi gelap ....ayat nak sedap "RAKAN KONGSI"
Kalau di Malaysia dah habis terbogel Jokowi ni sebab IQ orang Malaysia lagi tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
Megawati pandai gunakan imej seorang anak tukang perabot untuk jadi Presiden, dengan loghat Jawa yang pekat dan pandai berlakon dgn imej kampungan dan polos. At same time Megawati yang mengatur dan dapat percent keuntungan dari Parti politik dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 25-8-2024 11:47 PM
DPR Indonesia tiada pembangkang sebab semua membentuk Koalisi...bersekongkol menyeleweng beramai ramai.
Parlimen paling jijik dan kotor di dunia
Semuanya wayang, berlakon sedang bersidang.
Jijikkk |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh benar ke menda sampai boleh berlakon jadi anak tukang perabot?semua org tau kot dia anak soekarno
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 26-8-2024 12:04 AM
alesandra replied at 25-8-2024 11:49 PM
bodoh benar ke menda sampai boleh berlakon jadi anak tukang perabot?semua org tau kot dia anak s ...
Anak tukang perabot tu adalah Jokowi...partai dia adalah PDI...Chairwoman PDI adalah Megawati
Megawati yang atur Jokowi sebagai puppet.
Jokowi ambil percent, Megawati ambil percent.
Takut terceyduk bila ganti Probowo, Jokowi dah letak ahli keluarga dia dalam banyak agensi pemerintah. Diorg ni semua buat penyelwengan...so Jokowi ni pakai ugut ugut la nanti kalau ada yg cuba menceyduk dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by alesandra at 26-8-2024 12:09 AM
takyah dia letak byk agensi la..anak dia gibran dah menang pun vp pada probowo nanti.cuma aku pelik laaa diorg neh tak belajar ke dari sejarah...nepo yg melampau?mcm mana suharto jatuh dulu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by alesandra at 26-8-2024 12:11 AM
retis pun marah chuols...retis sini?suka jadi macai ,barua.himpit sana sini demi kelansungan hidup..nak dapat projek nan hadoo
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 26-8-2024 12:18 AM
alesandra replied at 26-8-2024 12:07 AM
takyah dia letak byk agensi la..anak dia gibran dah menang pun vp pada probowo nanti.cuma aku pelik ...
Gibran Wakil Presiden dalam kerusi selesa la.
Sebab tu Orde Baru 98 akan berulang dan Pasca Orde Baru pun gagal...gagal buang Megawati pengamal Nepotisme Secara Halus.
Yang betul bagus, aku tengok Susilo. Indonesia naik dan membaik sebab Sosilo. Jokowi dan Megawati pula ambil kesempatan sistem yg lemah.
Aku tengok Anwar pun cuba wujudkan begini Nepotisme dan 100% Coalition Government tapi gagal. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia apa kurangnya. Anak ikut bapak pegi obersea. Anak dilantik dlm MOF. Sama jah. Reformasi lah tu di indo namanya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 26-8-2024 12:41 AM
Indonesia ni gagal sebab Governance System dia
Pertama sebab negara besar tapi guna Sistem Republik...semua percukaian dipusatkan ke Jakarta....ibarat nya sistem yg sesuai untuk Singapore digunakan untuk seluruh Indonesia...secubit garam boleh jadi perasa sekawah gulai ke?
Kedua Ahli Parlimen diundi mengunakan Sistem Proportional Represantation tanpa mengharamkan Coalition. Sepatutnya Proportional Representation tak perlu pun bentuk Coalition kecuali Westminster Parliamentary seperti Malaysia. Di Malaysia yang selamatkan Kerajaan Perpaduan (Coalition) adalah Sarawak dan Sabah..sampai DAP menyembah ratu minta ampun kepada orang Sarawak.
Kalau kat Indonesia, mana ada Pulau Jawa kena sembah ratu minta ampun pada Papua, Aceh dan Maluku. |
|
|
|
|
|
|
|
negara indon dah kaya bolehlah sewa jet bila lagi nak rasa |
|
|
|
|
|
|
|
Indon ni hasil bumi byk tapi itu la.. Rata2 aku jumpa ummah indo bila kata pasal pemerintahan kat sana mesti dia org ngeluh pasal korupsi....... |
|
|
|
|
|
|
|
Samalah dulu dgn Yindog satu lagi tuuu. Padan muka dah kena cerai dgn bini dia. Bahhahaha. Nak sgt jadi ahli club Al-dubhuri, lalu dicium2 dlm lift. Gegeh dulu naik heli, acah2 rindu dendam dkt anak boyot dia tu. Walhal rekyat pata timo kena bersejuk berhujan atas bumbung. Sial punya menantu. Padan muka engko, ex bapak mertua kau turun takhta je, kau pun sendu bankrupt. Padannnn muka kau. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 26-8-2024 06:26 AM
Carcosa replied at 26-8-2024 03:34 AM
Samalah dulu dgn Yindog satu lagi tuuu. Padan muka dah kena cerai dgn bini dia. Bahhahaha. Nak sgt j ...
Nepotisme susah nak diamalkan di Malaysia
Pertama orang Malaysia bijak bijak melalui peti undi boleh gagalkan Nepotisme contoh Mukhriz, Nurul Izzah tewas dalam PRU, Nurul Hidayah anak Zahid tewas dlm memenangi jawatan Ketua Wanita Bgn Datok.
Kedua, sebab Malaysia amalkan sistem Federalisme (ada 2 pemerintahan dlm 1 negara). Federal Government tak boleh kacau State Government. State Government tak boleh kacau Federal Government. Kalau Indonesia Kerajaan Pusat (Jakarta) boleh campur tangan terus hingga ke Kepala Desa(Ketua Kampung).
Ketiga Malaysia guna sistem westminster....contoh walaupun Anwar bentuk kerajaan, Kerajaan Perpaduan Anwar bukan dlm kerusi selesa...Indonesia guna Proportional Representation + Coalition... Ahli Parlimen Indonesia boleh wujudkan Political Gangsterisme.
Keempat Malaysia ada 2 jawatan tinggi YDP Agong dan Perdana Menteri. Indonesia cuma hanya Presiden...bila Presiden tiada, masih tak buat pilihanraya sebab boleh digantikan Wakil Presiden....kekurangannya Malaysia kena kerap buat pilihanraya.
Kelima YDP Agong terhad 5 tahun jawatan...Presiden Indonesia boleh 10 tahun menjawat jawatan Presiden , Nepotisme dan Political Gangsterisme sempat berlaku dan membarah
Punca utama Indonesia menjadi gagal total kerana rakyatnya IQ rendah tidak mampu mengubah apa2 melalui peti undi (bail box). |
|
|
|
|
|
|
|
Kaesang Pangarep
Gibran Rakabuming Raka |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak tanya..kat Indon ada tak bantuan untuk rakyat? Macam Malaysia la ada bantuan Rahmah, pencen Rahmah, pahtu ada program jelajah rakyat jual barangan dapur harga Rahmah..lepastu ada macam2 lagi bantuan itu ini.. potongan untuk OKU..
Ada tak? Kalau takda so sedih dan kesian. Dia macam rakyat semua hidup tanpa bantuan. |
|
|
|
|
|
|
|
haritu Thailand.. anak perempuan Thaksin jadi PM, selang berapa hari bapaknya dapat pengampunan diraja.. kelakar2. tapi negara kita pun apa kurangnya. hahahha. politik, kroni, sama je.
Politic is a way to make illegal things legal. |
|
|
|
|
|
|
| |
|