CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18461|Reply: 86

[Tempatan] Laporan kerugian Starbucks Malaysia teruknya

[Copy link]
Post time 29-8-2024 07:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 29-8-2024 08:24 AM

Kerugian sebelum cukai yang ditanggung pada suku semasa disebabkan oleh sentimen konflik di Timur Tengah.


SYARIKAT pengendali Starbucks Malaysia, Berjaya Food Berhad (BFood) mengalami kerugian sebelum cukai sebanyak RM87.34 juta bagi tahun kewangan terakhir 30 Jun tahun ini berbanding keuntungan sebelum cukai RM148.73 juta tahun sebelumnya.

BFood dalam satu kenyataan berkata, syarikat tersebut memperoleh pendapatan sebanyak RM730.3 juta berbanding RM1.12 bilion pada tahun kewangan terdahulu.

“Penurunan hasil dan kerugian sebelum cukai disebabkan pelupusan kepentingan ekuiti entiti kumpulan dalam Jollibean Foods Sdn Bhd.

Ia kerana menurutnya, keadaan pasaran semasa agak mencabar dan tekanan luaran menjejaskan prestasi syarikat berkenaan.

“Di sebalik kesukaran ini, kami tetap optimis dan berhati-hati. Kami menjangkakan ia bakal meningkat secara beransur-ansur dalam prestasi operasi sepanjang tahun kewangan akan datang.

“Walaupun mungkin mengambil masa untuk pulih kembali, kami yakin dengan perancangan strategik dan penambahbaikan operasi akan mengukuhkan semula kedudukan syarikat.

“Kami juga percaya pendapatan kewangan syarikat akan beransur pulih dan menjadi lebih baik,“ ujar BFood.

Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2024 08:24 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Starbucks kat Malaysia masuk 1.12 billion setahun? Jual kopi?
Tak yah nak export2, bukak kilang bagai. Jual kopi kat local jer.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Outlet tidak lagi ditambah malah dikurangkan. Wakaka. Tempat aku Starbuck kat lotus pun dah tutup. Ingatkan forever disitu..
Reason aku sebab boikot, price dan ada banyak pilihan kopi lain yang lebih sedap. Starbuck is overrated. Pening kepala la tan Sri Vincent Tan. Wawawawaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 08:10 AM | Show all posts
boikot salah satu...tapi salah satu lagi punca; harga dan rasa..

orang ramai dah ada alternatif macam gigi coffee, zeus, tealive, richiamo, kenanga coffee dan macam2 lagi la....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sedap pun starbuk ni...manis nak mampos...bagi aku sedap lagi zus dan gigi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2024 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
bagi i starbucks and zus sama je dedua tak sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 08:56 AM | Show all posts
actually brand2 f&b under Berjaya mmg byak yg melingkup.. wendys sblum ni pown katup.. pastu kenny rogers even masih ada tp quality mmg dah dropped giler.. pastu byak side dishes yg dulu ada skrg dah xder cam Garden Pasta Salad.. sape ingat Papa John Pizza? tu pown dulu under Berjaya skrg dah pupus dari bumi malaysia.. pastu brand2 f&b under NAZA pown same.. tutti fruity, bubba gump..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2024 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia sudah ada Chipotle?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesiapa yg ke jitra nak minum sedap dan affordable, pegi ke warung che ton di tepi dominoes dan kolej komuniti. Sedap dan murah.
You can thank me later
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 09:29 AM | Show all posts
kalau tak kena boikot pun, memang kopi ko tak sedap...

Dulu kalau nk lepak sementara kedai-kedai midvalley tu bukak pun, acik order starbucks R je dik..yang biasa kelaut dalam rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
asudau replied at 29-8-2024 09:29 AM
kalau tak kena boikot pun, memang kopi ko tak sedap...

Dulu kalau nk lepak sementara kedai-kedai mi ...

Coffee kat starbucks reserves lain ke dari starbucks biasa?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 09:45 AM | Show all posts
sedap tu subjektif ikut tekak masing2. iols still preferred Stabak utk latte/cappuccino/ hot choc. size venti dia berpatutan dgn harga.  
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpe la byk coffee local yg sedap2 dan murah. Aku support local je la skg. Local pon ok sgt dah skg
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 09:50 AM | Show all posts
yes...harga kopi dia mmg tak boleh bawak bincang langsung...

boikot yes... tapi kalau tak boikot pun mmg aku takkan pergi dah. cukup sekali bawak anak bini pergi rasa, pastu jgn nak pergi lepak SB lagi. buang duit.

very the, apa org cakap tu... pergi SB pastu bawak laptop lepak 2, 3 jam. mmg kedai kopi org buat mcm tu ke...?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 09:51 AM | Show all posts
asbab dr kempen boikot ni, aku rasa byk varieties dlm minuman dan makananan, suprisingly.. lg sedap kot dr jenama tutut

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2024 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Stopped going to sbucks sebab boikot- before this mmg kaki, tapi setiap outlet rasa tak sama, tu yg geram jugak kadang
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 10:26 AM | Show all posts
Duit I dalam Starbucks app tu pun ada lagi tak bersentuh since boycott. Kekdahnya tiap2 hari theyols bagi notifications macam2 promo. Buy 1 free 1 la. 2nd drink at RM5 la.

Rindu pulak theyols punya peppermint mocha yang ada time Xmas jah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
combo boikot + muncul brand lain. zus is the new starbucks tapi LOCAL. boikot dlm tempoh yg lama buat org move on terus ke brand lain tanpa menoleh ke belakang agittew
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
wadiunong replied at 29-8-2024 09:45 AM
sedap tu subjektif ikut tekak masing2. iols still preferred Stabak utk latte/cappuccino/ hot choc. s ...

Aku ingat aku sorg je ckp camni. Semua mwratib stabak mahal namampos. Aku pulak pegi sf, kenangan, aku rasa mahal namampos sbb beli saiz besar tp saiz dia sama saiz venti stabak & harga mcm harga venti. Gigi, zus, kenangan… semua latte fail, selain mahal x padan saiz. Sf je yg aku approve utk ganti stabak. Coffee bean punok lattenya.. tp tu laaa saiz 2-2 ni kecik je tp harga nk sama dgn venti stabak… Cafe2 pulak, lg mencekik rega dia. Pegi cafe Chef Kecik kat eco majestic, latte dia, cawan alaaaahaiii kecik ngat.. RM11.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.093999 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list