View: 16668|Reply: 29
|
Lelaki hampir terjatuh tanah mendap Jalan Masjid India peluk Islam - “Dia telah memilih nama barunya. Berumur 48 tahun dan masih bujang"
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengesahkan berita yang tular berkenaan pengislaman seorang saudara baharu di Islamic Outreach ABIM (LOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas tragedi tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur.
Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd. Samsudin berkata, saudara baharu tersebut memeluk Islam di bawah kelolaan IOA Masjid Negara pada hari Isnin lalu.
“ABIM memohon agar semua pihak memberi ruang kepada saudara baharu ini bertenang, menghormati privasi dan mendoakan kebaikan beliau.
“Semoga kita semua mendapat hidayah daripada Allah Subhanahu wa-Ta’ala, serta istigamah dalam mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Fahmi berkata, pihaknya menegaskan bahawa sesungguhnya, mempunyai agama adalah hak dan fitrah semula jadi manusia.
“Justeru, sudah semestinya tidak siapapun boleh memaksa atau dipaksa dalam perkara beragama. Hal ini selaras dengan firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala yang bermaksud:
“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).” (Surah al-Bagarah: 256).
“ABIM mengajak semua umat Islam untuk terus menyebarkan keindahan Islam, selanjutnya meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Subahnahu wa-Ta’ala,” katanya.
Katanya, ABIM juga mendoakan agar operasi pencarian mangsa tanah jerlus di Masjid India dipermudahkan, dan menzahirkan rasa simpati buat keluarga mangsa.
Terdahulu, tular hantaran mengenai seorang lelaki yang hampir menjadi mangsa terjatuh di lubang jerlus di Jalan Masjid India baru-baru ini yang telah memeluk Islam.
Menerusi hantaran tular itu di Facebook, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Kalidass atau nama Islamnya Haridath, 48, dikatakan terus membuat keputusan itu tidak lama selepas dia terselamat dalam insiden terbabit.
“Dia benar-benar yakin dengan adanya Allah SWT dan Allah SWT telah menyelamatkan dia dari ditelan bumi.
“Maka dia terus yakin yang Allah SWT sayangkan dia dan dia mesti masuk Islam dan menjadi seorang muslimin,” tulis hantaran itu.
Difahamkan, Haridath pada mulanya telah pergi ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, namun telah diarahkan untuk ke pejabat ABIM, Masjid Negara untuk urusan pengislaman dalam Bahasa Inggeris.
“Masya-Allah kami semua merasa terharu dengan hidayah yang Allah SWT campakkan kepada beliau serta-merta.
“Dia telah memilih nama barunya. Berumur 48 tahun dan masih bujang. Ibu bapanya sudah meninggal dunia. Dia betul-betul terharu bila kita peluk dia selepas dia mengucap syahadah, berlinang air mata,” katanya.
Jumaat lalu seorang wanita yang merupakan pelancong dari India yang sedang berjalan di kaki lima berhampiran bangunan Wisma Yakin, Jalan Masjid India tiba-tiba terjatuh ke dalam lubang akibat tanah jerlus.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Hidayah itu milik Allah.
Dia pilih lslam sebab kawasan masjid India ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 29-8-2024 07:59 AM
Do whatever it takes to survive in this chaotic werl.
Kalau agama mampu bawa ketenangan, berpegang la pada agama.
Kalau tanpa agama mampu bawa ketenangan, berpegang la juga kepada tanpa agama. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting, dah embrace agama baru, takyah bitter2 kutuk agama lama.
Kutuk penganut agama lama, takpa. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 29-8-2024 03:58 PM
Do whatever it takes to survive in this chaotic werl.
Kalau agama mampu bawa ketenangan, berpegang ...
dia akn dpt 'pakej lengkap' tak??? |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 29-8-2024 03:56 PM
Hidayah itu milik Allah.
Dia pilih lslam sebab kawasan masjid India ka?
Nasib baik tak berlaku depan gereja khatolik sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm tua dah , semoga meninggal dlm islam , senang , murah , ramai berebut uruskan jenazah .. bertuah tau tak |
|
|
|
|
|
|
|
Eh betul ke org yg sama mcm lain je dlm cctv tu |
|
|
|
|
|
|
|
i baru borak dgn pakistan potong rumput tadi.
dia rasa pelik sebab warga india tu tak jumpa2.
i straight cakap dengan pakistan tu...kalau warga china...habis kena saman.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lpasni type k senyap sunyi malas nk amik pot |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah
seronok tengok mualaf baru. start from clean slate kan if im not mistaken. please correct me if im wrong |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa Aci tu ada maki maki kat situ ke masa lalu masjid India tu.
Biasa masjid2 lama di ada karomah nye. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullillah...mungkin sebelum kejadian nie, saudara baru nie memang ada kawan2 Muslim yg baik2...setelah kejadian nie, hati dia pun terbuka nak jadi Muslim kerana bersyukur terselamat. Harap2 adalah ngo yg bantu dia untuk menjadi Muslim yang baik.
Semuga kita semua mendapat Hidayah untuk menjadi Muslim yang lebih baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Letak la gambar
Mana tau ada acik porem yang berkenan |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah stylus syukur
Apa yg buatkan dia terus terfikirkan ttg islam ye |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Syukur pada Allah swt dgn nikmat dan hidayah ni. Hidayah bermacam bentuk, ada juga dapat hidayah melalui perkahwinan, ujian, you cant cheat the feeling and senses anyway.
Acik porum mana yang andartu tu boleh la cuba try ngorat, mari kita ramai kan ukhuwah Islam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nikmat mana lagi yg nak didustakan bila terselamat dlm musibah.. semoga kekal istiqamah dgn Islam |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 29-8-2024 08:10 AM
dia akn dpt 'pakej lengkap' tak???
Dapat jadik bumis terus kan kalau dia Malaysian. Fikir2 la huntok pindah negara, habam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|