View: 45816|Reply: 23
|
Ramai ingin bermalam di Dataran Putrajaya sambut merdeka - “Tidak digalakkan bawa anak kecil, bayi sebab ruang tak kondusif untuk mereka”
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya esok merupakan antara acara sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.
Tinjauan Kosmo! di ruang hantaran pengguna media sosial mendapati, ramai yang mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bermalam dan berkampung di sekitar lokasi acara bagi memeriahkan ambang malam kemerdekaan hari ini.
Kata seorang pengguna Facebook, AZ Jonny, aktiviti bermalam di sekitar Dataran Putrajaya pastinya akan memberi pengalaman paling manis kepada mereka yang terlibat.
“Nak tahu semangat merdeka anda, jom turun bermalam di Dataran Putrajaya. Ajak suami, bini, anak-anak, kawan-kawan ikut sama. Kita rapatkan hubungan antara satu sama lain. Pasti akan jumpa kawan baru malam ini,” katanya.
Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa berkata, sebanyak 400 tapak perkhemahan dibuka kepada orang awam yang ingin bermalam sehari sebelum acara sambutan dan perarakan.
Katanya, lokasi tapak perkhemahan terletak di Taman Pancarona, belakang Istana Kehakiman dengan caj sewaan bermula serendah RM20 sehingga RM55.
Sementara itu, semakan Kosmo! di aplikasi TikTok, beberapa pengguna berkongsi tip kepada orang ramai yang ingin bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2024.
“Datang awal kalau nak tempat yang selesa dan strategik untuk nampak pertunjukkan. Tahun lepas pukul 12 tengah malam dah penuh. Tahun ini boleh rancang lebih awal.
“Sediakan payung atau baju hujan elak panas terik dan hujan. Bawa air dan makanan secukupnya. Untuk keselesaan boleh sediakan juga kipas tangan.
“Tidak digalakkan bawa anak kecil, bayi sebab ruang tak kondusif untuk mereka,” pesan Atiqah.
Sumber – KOSMO |
|
|
|
|
|
|
|
Ini lah masa nya spam content kat tt. |
|
|
|
|
|
|
|
Biorrr betik nak bermalam kat Dataran tu. Dgn Mpox nya, musim hujan nya. SG suspect mesti deme ni pasang khemah kan |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti org luar putrajaya la kan
org putrajaya dok dediam kat rumah tgk hari merdeka live kat tv je |
|
|
|
|
|
|
|
tahun lps, adik kakak ipar aku
drive dr Batu Pahat ke Putrajaya
join sambutan
smpai Putrajaya pkl 4 pagi
sempat tido kejap dlm keta
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahun depan aiols ghasa macam nak buat perangai darat gini bawa anak2. Sebab tapenah tengok live celebration Merdeka depan mata. Peringkat negeri pun tak pernah gara2 terlalu malas nak bersesak2 dek. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dengar kt radio ikim thn lps chup tempat lps maghrib ko |
|
|
|
|
|
|
|
Lain ye semangat merdeka zaman sekarang.
Pada aku cara ni lebih kepada "ambil peluang" yang ada saja. Tengok lepas acara nanti, itulah semangat merdeka cintakan tanah air yang sebenarnya. Mentaliti rakyat tahap apa.
Setakat camping bermalam dan buat kotor sana-sini (buat maksiat belum sentuh lagi), itu bukan semangat merdeka namanya. |
|
|
|
|
|
|
|
malam merdeka la nak isap puting...
|
|
|
|
|
|
|
|
gigihnya beranak kecik pun nk pegi sambut merdeka, duk umah tgk tv jer lah.. tunggu anak ko besar baru bawak pegi tengok bunga api |
|
|
|
|
|
|
|
Mak bapak yg ada anak2 kecik ngan baby tu tolong la lebih bhati2 sikit,jaga anak2 tu jangan ada kes hilang ke apa...dhlah banyak kes org hilang sejak kebelakangan ni,dengan kes banjir kilat la,tanah mendap la...even waktu raptai tadi pon ada kes |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 30-8-2024 05:14 PM
malam merdeka la nak isap puting...
Adoiiiii! Hahahaha kuis gentel segala |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi sanggup ko nyah berkampung dgn budak2 kecik nak sambut merdeka...
Dah tua2 ni duk rumah je lah |
|
|
|
|
|
|
|
Mak aku suka bawa adik beradik aku tengok perarakan merdeka.tp peringkat negeri je lah. Hampir setiap tahunla mak aku bawa masa zaman sekolah.semua adikberadik aku pergi. Aku sorang je yg tak pernah pergi. Adik. Aku cakap aku je pelik sbb tak pernah ikut.aku rasa biasa je sbb tak suka ramai org. |
|
|
|
|
|
|
|
Yihhhh koserrrrr nak bersesak2 berpanas2 melekit atas bawah! Bau mesti kepam. Bangun2 tido nak tgk perarakan, dgn tak mandi, tak gosok gigi. Yihhhh! |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas tu penuh sampah sarap buang merata. Elok sangat lah tu. Kepada yang tak buang sampah merata, beribu² tahniah. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy: Tahun depan aiols ghasa macam ...
Pegi la buat. Mesti akan dikenang sepanjang hayat anak² tu |
|
|
|
|
|
|
|
esok pagi nak masak nasi lemak, ayam goreng berempah, kopi panas.. duduk dpn tv tgk perarakan.. lagi syokkk |
|
|
|
|
|
|
| |
|