View: 6796|Reply: 44
|
[Tempatan]
Banyak pokok kena tebang.Cameron Highlands tak lagi sesejuk dulu
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 6-9-2024 08:27 AM
Cameron Highlands tak lagi sejuk seperti dulu
www.sinarharian.com.my
Oleh
NORMAWATI ADNAN
05 September 2024 10:00am
Kawasan peranginan Cameron Highlands semakin kurang sejuk.Gambar hiasan
CAMERON HIGHLANDS - Penerokaan bagi tujuan pelbagai projek komersial menjadi antara penyumbang cuaca di kawasan peranginan Cameron Highlands di sini semakin kurang sejuk.
Pembangunan dilakukan antaranya bagi tujuan aktiviti pertanian, eko pelancongan dan premis perniagaan itu menyaksikan banyak kawasan hijau dan pokok-pokok yang sepatutnya berperanan sebagai 'penghawa dingin' semula jadi terpaksa dimusnahkan.
Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), A Dilip Martin berkata, perubahan suhu paling ketara dapat dilihat dalam tempoh lima ke enam tahun ini apabila banyak pembukaan tanah-tanah baharu dilakukan.
Menurutnya, suhu dingin pada waktu siang di kawasan itu kini hanya mencapai 24 darjah celcius berbanding suhu sejuk 20 ke 21 darjah celcius sebelum ini.
"Kalau dahulu penduduk tempatan dan pengunjung terpaksa memakai pakaian tebal di sini kerana cuaca yang sangat dingin dan berkabus.
"Berbeza keadaan sekarang, orang ramai boleh berpakaian kemeja-T sahaja kerana udara sudah tidak lagi rasa sejuk," katanya kepada pemberita sempena program penanaman semula pokok bersama 34 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Brinchang di Pusat Biodiversiti Reach di Gunung Brinchang di sini pada Rabu.
Dilip Martin (kanan) menyantuni seorang pelajar yang turut sama menyertai program penanaman semula pokok dijalankan Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) di Pusat Biodiversiti Reach di Gunung Brinchang pada Rabu.
Program dengan kerjasama Yayasan Sime Darby yang dilaksanakan selama dua tahun bermula Mei lalu melibatkan 20,000 anak pokok untuk ditanam di kawasan-kawasan endemik.
Dilip Martin berkata, selain bagi tujuan pemuliharaan, penanaman semula pokok itu juga bertujuan mendapatkan kembali suhu dingin Cameron Highlands.
Katanya, sekiranya tiada langkah diambil, peningkatan suhu di kawasan peranginan itu boleh memberi kesan pengurangan pengeluaran ladang-ladang sayur dari sudut kualiti dan kuantiti.
"Dari aspek pelancongan sudah tentulah akan terjejas kerana persekitaran dingin merupakan tarikan utama pengunjung ke sini," katanya.
Seramai 34 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Brinchang menyertai program penanaman semula pokok dijalankan Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) di Pusat Biodiversiti Reach di Gunung Brinchang pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau berkata, aktiviti tanaman semula pokok yang digerakkan Reach sejak 14 tahun lalu telah berjaya memulihara 40 peratus melibatkan kira-kira 10 hektar kawasan hutan yang telah digondol.
Ujarnya, bagi kawasan Gunung Brinchang pula, dua hektar daripada keseluruhan 4.5 hektar yang diteroka pihak tidak bertanggungjawab telah ditanam semula dengan pokok-pokok spesies tempatan antaranya geruk, kelat, medang serai dan eugenia.
"Kebanyakkan pokok yang kita tanam telah berjaya mencapai usia antara 10 hingga 12 tahun.
"Lebih menarik apabila pemuliharaan ini berjaya menarik kembali kehadiran spesies haiwan yang jarang ditemui ke kawasan ini seperti asian golden cat, yellow-throated marten dan leopard cat," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"u orang ingat kita peduli ka...ini bukan kita negara la..kita 'pakai' buat wang saja la" -Abangla Peneroka tanah haram |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah pada tahun2 akan datang perlu gunakan aircond?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmm tahniah pahang |
|
|
|
|
|
|
|
Br blk dr CH last week
Betul mmg xsejuk kecuali dr lewat ptg ke awal pagi
Gelak2 je aku tgk org gigih bersweater lengkap bermuffler bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Pejabat Tanah Cameron Highland PALING RASUAH sebab isu ini tak pernah habis sejak dulu. Memang tiada penguatkuasaan. Kalau ada pun hanya jika sedang ada isu. |
|
|
|
|
|
|
|
rykall replied at 5-9-2024 03:03 PM
Pejabat Tanah Cameron Highland PALING RASUAH sebab isu ini tak pernah habis sejak dulu. Memang tiada ...
Saiya cinta sama ini negara"-Abangla Peneroka haram |
|
|
|
|
|
|
|
Jauhnya pergi cameroon dekat afrika sana |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak best pergi Gunung Pak Pak atau Brastagi di Sumatera sana....lagi best dari Cameron Highland. |
|
|
|
|
|
|
|
Malu kot adik angkat aku compare kesejukan CH dgn Gunung Pak Pak.
Ongok betul kerabat Pahang. |
|
|
|
|
|
|
|
last year pi cameron
siangnya hangat
tp air paip mmg sejuk
mlm pulak yes, masih sejuk mcm dulu
nk plk klu hujan
smpi ke tulang
|
|
|
|
|
|
|
|
Gunung Pak Pak Bharat lagi banyak Obyek² Wisata dan Situs² Horor juga.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 5-9-2024 03:32 PM
Pokoknya bisa ditebang {:mlwa ...
Obyek obyek wisata alam |
|
|
|
|
|
|
|
yelah betul mmg tidak sejuk mana pun 4 hari duk atas ni attand course awal pagi rasa sejuk. Semalam malam September 4, 2024 tidak sejuk pun biasa2 sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
10 thn dulu masih sejuk..jalan pun tak jem lagi time tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila tengok pic budak² skolah tu, teringat waktu station kat sana awal 2000, suhu sejuk tapi UV perit kat kulit. Merah² jer pipi bebudak sana nak² yg berkulit putih.
Those days la. |
|
|
|
|
|
|
|
Ms iolss kat kg dl..nak tau CH,BF,GH sejuk atau panas kat Raub tu pun blh tau..kalo Raub sejuk sana pun sejuk..kalo panas,lebih kurang je...tuk iolss la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh noooo, jangan la. Tempat fav iols ni. Suka pergi sana sebab sejuk dan bunga segar2 buat terapi mata |
|
|
|
|
|
|
| |
|